Saturday, March 7, 2009

Maulidur Rasul


Assalamu'alaikum W.B.T. wahai sahabat2ku.Tanggal 12 Rabi'ul Awwal 1430 Hijrah , kita akan menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Pertama dan selamanya marilah kita sama2 merafakkan kesyukuran kita ke hadrat ALLAH Subhanallah Taala kerana sehingga ke hari ini kita masih lagi diizinkan untuk hidup. Nikmat kesihatan di sememangnya amat bernilai. Oleh itu,janganlah kita alpa dan lupa atas nikmat yang ALLAH berikan kepada kita. Berbalik kepada cerita tentang Nabi Muhammad S.A.W. Saya telah menghadirkan diri ke ceramah bersempena Maulidur Rasul yang disampaikan Ustaz Abdul Rahman (Politeknik Seberang Perai).Sangat menarik tajuknya yang membincangkan tentang Sunnah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.Apa yang menarik tentang 12 Rabi'ul Awwal nie antaranya ialah semua 20 keturunan Nabi S.A.W. lahir pada tarikh yang sama.Sunnah Rasulullah yang menuntut kita cintakan ilmu.Kita berada di IPTA,IPTS,kolej2 swasta dan sebagainya untuk menuntut ilmu.Yang dimaksudkan dengan cintakan akan ilmu ini adalah kita mesti berlajar bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu.Tetapi ada di antara kita nie(termasuk saya sendiri) kadang2 alpa dan leka.Kita menuntut ilmu nie sambil lewa,tidak bersungguh walhal ini salah satu sunnah Rasulullah.Di mana kecintaan kita jika sunnahnya tidak kita ikuti dengan bersungguh-sungguh?cuba kita renungkan!Selain itu,kita perlu selalu perbaharui iman dan taqwa kita.Dengan ini,semakin hari kita semakin takut kepada ALLAH.Selain itu,Rasulullah mengajarkan supaya tidak derhaka kepada ibu bapa.Kita sememangnya sudah tahu bahawa syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.Namun,adakah kita benar2 tidak derhaka kepada ibu bapa kita?muhasabah diri!Selain itu juga,Solat kita juga perlu dijaga,jangan kita sengaja lambatkan atau tinggalkan.Hadis Rasulullah S.A.W,"Sesiapa yang sengaja melambatkan solat,dia akan masuk neraka bersama-sama Fir'aun,Hamas dan Ubai Bin Khalaf".Fir'aun dan Hamas boleh dikaitkan dengan kesibukan pimpinan pemerintahan,kerja atau peringkat kita nie,study or assignment.Awas!kita perlu hati2.Ubai Bin Khalaf pula dikaitkan dengan orang yang sibuk menjalankan perniagaan sehingga tidak melakukan solat.Lepas tu,bagi makan kat anak2,rezeki x berkat.Manakan mungkin peribadi akhlak anak2 itu terbentuk dengan baik jika diberi rezeki yang tidak berkat?Selain itu,Imam AL-Ghazali menasihati agar kita menghayati bacaan di dalam solat.Mungkin agak sukar tapi kita perlu cuba untuk memahami setidak-tidaknya apa peristiwa yang diceritakn,pengajaran dprd ayat dan sebagainya.Rasulullah juga menyuruh kita jauhi sifat sombong dan riak.Sifat inilah yang akan merosakkan Ummat Islam.Masing2 mementingkan diri sendiri sehingga tidak ambil kisah ape yang terjadi kepada kawan2 kita,jiran dan masyarakat."Tidak sempurna Iman seseorang itu selagi mana dia tidak mengasihi org lain sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri".Nabi juga suka makan beramai-ramai.Kita nie makan sorang2.Ade kadang2,tunggu kawan tido dlu pastu kita makan(kt hostel la nie!).Sampai mcm tu sekali!Sebab tu la makan banyak mana pon x kenyang.Jika kita makan ramai2 nie,InsyaALLAH walaupon skit kenyang gak!Nabi juga bersyukur apabila dia mendapat makan dan bersabar ketika beliau lapar.Nabi juga berlemah lembut kepada isteri2nya.Kita boleh lihat sendiri bagaimana Nabi S.A.W. boleh berlaku adil kepada isteri2nya.Klau saya,terus terang saya katakan memang saya tidak boleh.Nak uruskan sorang pon belum tentu.Sekarang saya masuk isu ummat nie!!sudah la tidak amalkan bahkan menghina lagi.Sebagai contoh yang berlaku di kampung saya.Orang kampung nie mengutuk ornag Tabligh nie iktikaf kat surau kampung saya nie.Sepatutnya mereka bersyukur sebab ade org yg sudi mengimarahkan lgi surau tu!ini lagi la hina,dipanggil kambing.Astagfirullah Hal 'Azim!!!!!!! Ya ALLAH,adakah ini salah satu petanda ummat akhir zaman?hanya Engkau sahaja yang Maha Mengetahui!Ape yang kita dapat lihat sekarang sunnah baginda sudah tidak relevan kepada ummat Islam.Al-Qur'an dan Hadis x boleh baca even x ley hafal.Lagu Siti Nurhaliza boleh hafal.Makanan baginda kurma ditolak ke tepi.Lebih suka makan nasi goreng USA la,Chicken Chop la..mcm2 lagi la!!Jadi kita yang masih lagi sedar nie,masih diberi petunjuk oleh ALLAH S.W.T. kita kne sedarkan ummat Islam hari ini.Kita wajib lakukannya,tapi kita memang lemah.Kitalah ummat yang selemah2 iman.Hanya mampu berdoa untuk mereka.Bersempena dengan Maulidur Rasul kali ini,saya menyeru kepada diri saya sendiri dan sahabat2 agar kita terus melaksanakan Sunnah Rasulullah S.A.W. serta menjadikannya sebagai lambang kehidupan kita!!!