Saturday, February 27, 2010

~6 Perkara Yang Mendorong Seseorang Itu Mengumpat Menurut Imam Al Ghazali~

SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain
dilaknat oleh Allah.
Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan
mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.
Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan
keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan
mereka.
Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu
orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan
sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal
di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada
Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka
yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan
yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai
beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."
Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu
mengumpat;
1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup
mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat
dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;
2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi
dan kehormatan seseorang;
3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh
dan rendah;
4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung
dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;
5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan
kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan
6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong
kerana memandang rendah orang lain.
Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk
menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;
Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu
berdosa besar;
#Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; dan
#Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana
mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

Thursday, February 25, 2010

~CINTA UNTUK SIAPA ?~

Menemui hati-hati yang dirahmati dan dilimpahi kasih Ilahi,

Perlu difahami dan dihayati satu hakikat yang dicurahkan oleh Rabbul 'Izzati ke seluruh pelusuk alam dan buat semua insan...

Tahukah anda?
Sesungguhnya CINTA adalah limpahan kasih-sayang YANG MAHA PENCIPTA kepada semua makhluk CIPTAANNYA. Ini juga bermakna CINTA merupakan anugerah ALLAH kepada hambaNya (MANUSIA). Sepertimana maksud firman Allah dalam surah Thaha ayat 39:
"Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih-sayang yang datang daripadaKu dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanKu."

Ayat di atas menjelaskan peristiwa ketika Allah mengilhamkan kepada ibu Nabi Musa a.s supaya memasukkan bayinya ke dalam peti dan dihanyutkan di Sungai Nil. Sehingga sampai ke istana Firaun yang sangat zalim yang dikenali sebagai musuh Allah. Dia juga merupakan musuh Nabi Musa a.s. Diiringi dan disusuli kakaknya yang menunjukkan kepada Asiyah isteri Firaun, siapa yang sesuai menyusui bayi Musa. Semuanya telah Allah atur begitu rupa menepati maslahat yang baik di sisiNya. Musa diasuh oleh Asiyah yang beriman, di istana Firaun. Dapat pula disusui oleh ibu kandungnya. Begitu besar rahmat Allah. Mengatur begitu rapi demi satu perencanaan besar, untuk tanggungjawab nubuwwah. Bakal menyebar kebenaran bagi seluruh alam...!

Hakikat Lebih Awal.
Pada penciptaan manusia yang pertama lagi; iaitu NABI ADAM a.s, terbukti CINTA itu FITRAH INSAN. Dikatakan demikian kerana pada mulanya Adam yang Allah ciptakan dan lantik sebagai khalifah Allah hidup sendirian. Ketika itu belum ada manusia lain selain dirinya. Dia berasa kesunyian dalam kemewahan hidup di syurga. Kemudian Allah menciptakan pula Hawa menjadi teman dan isteri bagi Adam. Mereka menjadi penghuni syurga buat beberapa ketika. Disebabkan mereka terpedaya dengan hasutan iblis, maka mereka dicampakkan ke dalam kehidupan dunia!. Begitulah bermulanya hidup manusia di mayapada ini. Namun mesti difahami, semuanya telah Allah atur sebaik-baiknya di dalam dakapan KASIH ILAHI lagi HAKIKI. Supaya dengannya kita sentiasa terpimpin ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat kelak.

Sudah Jatuh Cinta?
Sering kita mendengar orang berkata; TAK KENAL MAKA TAK CINTA.
Kini apabila kita ketahui bahawa Allah Yang Maha Bijaksana mencipta dan mengatur seluruh isi alam ini untuk memudahkan kita menikmati limpahan kasihNya, akan terbukalah jalan untuk kita kenali dengan lebih dekat CINTA ILAHI.

Seterusnya kita menyedari pula, segala apa yang kita hajatkan datang dari sisiNya. Bukan dari yang selainNya. Maka akan terbitlah rasa kagum kita terhadap kebesaran dan keagungan Allah .

Cinta Berputik.
Paduan antara KENAL dan KAGUM inilah yang menerbitkan sepenuh rasa CINTA TULUS seorang hamba seiring ketaatan dan kepatuhan kepada Al-Khaliq. Kemudian kesetiaan cinta akan terbukti dengan melaksanakan amal soleh. Inilah cinta hakiki di atas landasan kasih Ilahi. Inilah juga piawaian cinta untuk seisi alam. Semuanya dipersembahkan kepada Rabbul 'Izzati.

Kata Ibnu Qayyim:
"Tidak ada yang lebih disukai oleh hati, melainkan suka kepada penciptanya kerana;
* Penciptanya memelihara dan mentadbir segala urusannya.
* Penciptanya memberi rezeki.
* Penciptanya menghidup dan mematikan.

Cinta kepada Allah adalah;
* Kebahagiaan semua jiwa.
* Makanan setiap hati.
* Cahaya bagi akal dan mata."

Ibnu Taimiyah berkata:
"Hati manusia secara tabie berhajat kepada Allah kerana dua sebab;
1. Untuk beribadat.
2. Untuk berserah diri.
Hati tidak akan jadi baik, bersih, gembira dan tenang selagi belum sepenuhnya beribadah menyembah Allah dan sepenuh cintanya berpaut kepada Allah." Inilah cinta pertama dan utama.

Bentuk Sebenar Cinta Ilahi.
Imam Fakhru Al-Razi berkata:
"Orang yang memahami faedah beribadat, akan senang mengerjakan ibadat dan akan merasa berat untuk mementingkan orang lain selain Allah."

Rabiatul Adawiyah berkata:
"Kekasihku tiada yang menandingiNya,
Sekali pun Kekasih ku tidak dapat kupandang dengan mata,
Namun Dia tetap hadir bersama degup jantungku.
Dia akan kusanjung dan kupuja, sekali pun ada orang lain di sampingku.
Jiwa dan hatiku kupersembahkan hanya untukNya."

Begitulah bentuk cinta Ilahi yang menguasai hati;
Laksana pohon dalam hati.
Akarnya adalah kepatuhan kepada Allah.
Dahannya ialah makrifatullah.
Rantingnya takutkan kemurkaan Allah.
Daunnya adalah malu kepada Allah.
Buahnya ialah istiqomah.
Air dan bajanya adalah zikirullah.

Bukti dan Pengorbanan Cinta.
apabila tautan jiwa si pencinta terhadap yang dicintainya telah begitu teguh dan padu, dia sanggup berkorban dan mengorbankan apa saja yang dimilikinya. Semata-mata memuaskan penerimaan yang dicintainya. Dengan itu, dirinya sendiri juga akan merasa bahagia.

Begitulah juga halnya bagi setiap diri yang teguh cinta dan kepatuhannya kepada Allah, dia akan sedaya-upaya berusaha memenuhi perintah Allah juga menjauhi laranganNya.

Dia tidak akan ragu-ragu dalam memenuhi arahan-arahan berikut;
* Katakanlah(​Muhammad)​:​ Jika kamu mengasihi Allah, ikutlah aku nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampuni dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS Ali-Imran:31)

* "Tidak beriman seseorang dari kamu, sebelum Allah dan RasulNya lebih dicintai daripada orang lain."(HR Bukhari dan Muslim)

Anugerah Kualiti Cinta.
Semestinya kita yakini Allah berlaku benar di dalam janjiNya. Telah sedaya upaya kita buktikan ikrar cinta terhadap Allah. Iaitu apa jua bentuk ibadah kita adalah semata-mata untuk beroleh redha Allah.
Maka layaklah kita beroleh anugerah dan pengiktirafan;
* "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beraaml soleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam hati mereka rasa kasih dan sayang."(QS Maryam: 96)

* Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda; "Jika Allah mencintai seseorang hamba, maka Jibril berseru..., Sesungguhnya Allah mencintai Fulan. maka cintailah dia! Maka seluruh penghuni langit mencintainya. Kemudian dijadikan orang-orang yang menyambut cintanya di bumi."

* Rasulullah juga bersabda; "Allah berfirman pada hari qiamat, 'Manakah orang-orang yang saling mencintai dengan keagunganKu? Pada hari ini Aku melindungi mereka di bawah lindunganKu, pada hari yang tiada lindungan selain perlindunganKu.​"​(​HR Muslim)

Begitulah hasilnya yang akan kita perolehi sekiranya kecintaan kepada Allah kita beri keutamaan. Segala kebaikan akan mewarnai jalan hidup kita. Semua tahap cinta yang kita lalui, akan mampu kita realisasikan praktiknya dalam batasan yang telah Allah tetapkan...

* Cinta ayah-ibu terhadap anak-anak akan berlangsung sepertimana yang Allah pertanggungjawa​bkan.​

* Cinta anak terhadap ayah-ibu juga dalam rangka ketaatan yang Allah tetapkan.

* Cinta suami-isteri tertakluk kepada peraturan-​peraturan dan hak yang Allah perintahkan.

* Cinta sesama saudara muslim semestinya demi mendapatkan keredhaan Allah.

Doa:
"Ya ALLah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMU cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu. Juga cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.

Ya Allah! Jadikan aku mencintaiMu dengan sepenuh hatiku dan redha kepadaMu dalam segala usahaku.

Ya Allah! Setiap apa ayng aku perolehi dari apa yang aku cintai, jadikanlah ia kekuatan yang Engkau redhai. Setiap yang Engkau singkirkan daku dari apa yang aku cintai, jadikanlah ketenangan dalam hatiku.

Ya Allah! Jadikanlah cinta ku kepadaMu menguasai seluruh yang aku cintai.
Dengarlah permohonan hambaMu wahai Yang Maha Mendengar. Amiin."

Thursday, February 18, 2010

~Baju Ketat~

Bicara tentang batasan aurat,
Terutama sekali bagi muslimat,
Kerana kelihatan dalam masyarakat,
Dibuangnya Islam, dijauhinya adat.

Yang kelihatan pada remaja,
Batas aurat tidak dikira,
Pakaian ditubuh tidak terjaga,
Tanpa malu, silu dan dosa.

Tudung nipis terbayang rambut,
Rambut terjulur kerana singkat,
Kepala dililit kepala kain diikat,
Jambul tertonjol terasa hebat.

Baju t-shirt menjadi kegemaran,
Nampak ketiak tiada lengan,
Bulu roma jelas kelihatan,
Parut dan tahi lalat bertebaran.

Baju sendat tertonjol dada,
Sepatutnya dilabuh berlaku tiada,
Lelaki melihat menempa dosa,
Menjadi fasiq mudah sahaja.

Seluar ketat menjadi pakaian,
Tiada beza lelaki perempuan,
Terutama jeans pudar jadi pilihan,
Sarung nangka pun boleh tahan.

Apa jadi dengan remaja,
Namanya Islam, iman tiada,
Perintah Tuhan buat bersahaja,
Larangan Allah buat selamba.

Allah murka Syaitan menang,
‘Perempuan berpakaian tapi bertelanjang’
Ada baju tak cukup benang,
Dihumban ke neraka sangatlah malang.

Saya hanya boleh menasihat,
Kepada remaja dan muslimat,
Ikut Islam akan selamat
Ikut syaitan akan dilaknat.

Friday, February 12, 2010

~Sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) Salah Di Sisi Islam~



Oleh Mohd Hariri Bin Haji Mohamad Daud, (Panel Penulis Luar Jakim), Majalah Cahaya keluaran Februari 2009.

Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-​tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.

Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.

Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampuradukka​n akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )

Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”




Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.

Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.

Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).

Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.

Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-​perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya. Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :

1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.

2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.

3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.

4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.

5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

Namun, segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-​lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya.

Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya juga menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina. Firman-Nya:“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” (Surah Al-Isra :32)

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melalukan perkara-​perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga agar lebih proaktif untuk memastikan tidak wujud program sambutan kepada hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.




Secara kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.
Firman Allah SWT : 'Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.' (Surah ai-Ghaafir : 39)



Sumber : http:​/​/​www.​islam.​gov.​my/​

Thursday, February 4, 2010

~Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak Di Rogol & Cabul~

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Moga DiPelihara

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http:​/​/​www.​zaharuddin.​net/​

12 Ramadhan 1428 H

24 September 2008

P/S ; DIBENARKAN SEMUA PIHAK UNTUK MENGEDARKAN TULISAN INI. SAYA MEMBERIKAN KEIZINAN MALAH GALAKKAN.

Tuesday, February 2, 2010

~Kategori Tawakal Umat Akhir Zaman~

Kalau umat Islam di akhir zaman ini bertaqwa, pasti Allah akan bela. Allah akan bantu. Allah akan curahkan keberkatan dari langit dan bumi. Itu semua janji Allah, Maha Suci Allah dari mungkir janji.

Namun, sungguh menyedihkan nasib umat Islam dan juga nasib negara berpenduduk Islam di hari ini. Terbelakang, miskin, huru-hara, bencana. Tidak nampak adanya pembelaan dan bantuan Tuhan. Apakah Tuhan mungkir janji ? Itu tidak mungkin ! Artinya, umat Islam di akhir zaman ini masih belum bertaqwa sehingga belum nampak bantuan Tuhan.

Satu faktor yang membuat Umat Islam di akhir zaman ini susah hendak bertaqwa ialah karena tawakal kepada yang bukan selain Allah. Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi membagi tawakal menjadi 4 (empat) kategori:

1. Tawakal kepada makhluk.
2. Tawakal kepada makhluk campur tawakal pada Tuhan
3. Tidak tawakal pada Tuhan & tidak tawakal pada makhluk
4. Tawakal kepada Tuhan, ini yang sebenarnya.

Kategori 1. Tawakal Kepada Makhluk.

Tawakal kepada makhluk ini memiliki banyak bagian. Diantaranya yang penting-​penting:​

a) Tawakal kepada diri.

Apa yang dimaksud dengan tawakal kepada diri? Satu perasaan hati yang tenang dengan perasaan-​perasaan seperti: “selagi aku kuat, selagi aku sehat atau aku tak sakit, aku bisa hidup, aku tak susah hati, aku bisa makan bisa minum dan cari rezeki.” Artinya dia tawakal kepada diri. Artinya dia sudah MENUHANAN DIRI cuma dia tidak menyebut diri dia Tuhan. Dia bertawakal atau bersandar pada diri

b)Tawakal kepada harta.

Selagi duit ada dalam bank, selagi harta ada, selagi kebun ada, aku tak risau. Selagi rumah ada aku tenang. Dia memiliki harta benda yang yang dirasakan dapat membela dia. Dia berTuhankan harta.

c) Tawakal dengan gaji.

Orang yang mendapat gaji bulanan ini dia tenang dengan gajinya. “Selagi aku mendapat gaji bulanan aku bisa hidup, bisa makan, bisa minum, bisa kawin”. Bukan mulut yang berkata tapi perasaannya yang mengatakan seperti itu. Sebab tawakal itu soal batin, soal perasaan. Orang yang mendapat gaji bulanan ini paling tidak bertawakal dengan Tuhan. Bila sudah tanggal gajian, dapat gaji. Untuk apa susah, aku ada gaji. Gaji sudah jadi Tuhan. Sebab itu orang paling tak bertawakal dengan Tuhan adalah orang yang mendapat gaji bulanan. Orang yang paling bertawakal dengan makhluk adalah orang yang mendapat gaji bulanan terutama bila gajinya besar.

d) Tawakal kepada orang.

“Selagi tetangganya ada, karena dia pemurah, dia selalu tolong aku”. Dia tenang dengan tetangga. Dia bertawakal dengan tetangga. Tetangga menjadi Tuhan-nya.

e) Tawakal dengan pemerintah.

Selagi aku dapat bantuan subsidi dari pemerintah, tenang hatiku. Aku bisa makan, aku bisa hidup. Pemerintah menjadi Tuhan.

f) Ada org bertawakal dengan ilmunya.

Dengan ilmuku, aku bisa dapat duit dan harta. Aku berbicara 1 jam saja dapat 300 ribu. Aku counseling 500 ribu. Aku mengajar sebulan bisa dapat 3 juta. Selagi ilmu ini ada, tak perlu bimbang. Tenang hati dan lega rasanya. Dia telah berTuhankan ilmu. Dia berTuhankan akalnya.

Kategori 2. Tawakal Kepada Tuhan Sedikit, Kepada Makhluk Sedikit.

Dia mengakui juga bahwa Tuhan bagi rezeki. Dia tawakal kepada 6 hal di atas sedikit, tawakal kepada Tuhan juga sedikit. Dia orang beragama, mengerjakan sholat, dan berpuasa. Kalau kategori no 1 tadi Tuhan langsung tidak ada. Yang kategori kedua ini Tuhannya ada dua. Tuhan sebenar & Tuhan yang berupa benda-benda tadi baik ilmu, gaji, tetangga, diri atau pemerintah. Pergantungannya​ bercampur antara makhluk dengan Tuhan. Seolah-olah makhluk setaraf dengan Tuhan. Ini soal batin, mungkin tidak pernah diucapkan. Tawakal itu faktor hati dan faktor ruh.

Kategori 3. Tidak Tawakal Kepada Tuhan dan Tidak bertawakal Kepada Makhluk.

Dengan Tuhan tidak bertawakal itu mudah saja. Memang dia tidak pikir dan tidak kenal Tuhan. Dengan makhluk dia tak bergantung, tidak ada gaji, tidak ada pangkat, badan tidak sehat sehat, “aku ni mau jadi apa?”

Kalau panjang umur dia akan gila sebab hidup dia tak ada tempat bergantung. Dia tidak tawakal pada Tuhan, kepada makhluk pun juga tidak. Dia rugi dunia akhirat. Dia kecewa putus asa, di akhirat masuk neraka sebab tidak kenal Tuhan.

Kategori 4. Inilah orang yang Bertaqwa. Orang ini semata-mata bersandar dengan Tuhan

Walau dia banyak harta, dia tak pikir harta itu sebab Tuhan bisa tarik balik. Dia tidak bersandar dengan pangkat, pangkat juga bisa dicopot. Begitu juga dia tak bersandar pada diri sebab Tuhan bisa binasakan diri dia. Tuhan bisa tarik apapun yang ada pada diri dia. Begitu juga dia tak bersandar dengan ilmu, Sewaktu-waktu dia bisa dengan mudah menjadi lalai & gila. Ilmu itu tidak dapat lagi membelanya.

Orang seperti ini, kalau dia tidak ada harta, pangkat, dan jabatan, dia akan semakin bersandar kepada Allah. Kalau ada pun dia tidak bersandar dengan semua itu. Sebab kalau ada pun sewaktu-waktu Tuhan bisa tarik balik. Inilah kategori tawakal yang sejati. Untuk tawakal sungguh susah. Selalu di tipu dengan setan yang halus.

Kalau begitu, apakah kita tidak disuruh berusaha? Tidak perlu cari ilmu? Tidak perlu memegang jabatan? TIDAK, itu semua syariat. Semua aktivitas yang dibuat, baik berbentuk jabatan, gaji, dan ilmu itu memang harus dibuat. Itu syariat atau perintah Tuhan yang menyebabkan seseorang dapat pahala. Ilmu kalau kita pelajari mengikuti syariat, kita akan dapat pahala. Kalau kita memiliki jabatan, dan kita emban jabatan itu ikut syariat, itu ada pahala di sisi Tuhan. Ilmu, jabatan, harta, perlu dibuat sebagai sistem Islam tapi jangan bersandar kepada mereka seolah mereka yang memberi bekas kepada kita.

Mengapa orang payah dapat taqwa ?

Faktor hati! Faktor tidak menyerah bulat-bulat kepada Tuhan. Dia masih merasa faktor ilmu, faktor pangkat, yang menjayakan dia. Jadi kalau orang tak tawakal kepada Tuhan, tapi tawakal kepada diri, pangkat, dan pemerintah, maka dia syirik khafi. Akidah sudah cacat, dosa besar cuma tak kekal dalam neraka. Di sinilah banyak orang sangkut mengapa susah hendak bertaqwa.

Sembahyang malam mudah, berkorban mudah tapi tawakal susah. Di sinilah tersangkut terutama orang makan gaji. Moga-moga kuliah ini jadi panduan kita menyuluh batin kita, untuk kita membetulkan batin kita supaya jadi bertaqwa sehingga dapat bantuan dari Tuhan.

~Nikmat Mengenal Allah~

Wahai Allah Dzat Yang Maha Mengetahui segala ilmu, Yang Maha Menciptakan Dinul haq, sesungguhnya hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui Islam yang sebenar-​benarnya.​ Karena itu, tuntunlah kemampuan hamba-Mu ini untuk mengutarakan kebenaran-Mu.

Jadikan siapa pun yang ikut menyimak kebenaran-Mu ini, Kau bersihkan hatinya dengan sebersih-​bersihnya,​ sehingga tidak ada satu niat pun, kecuali ingin mencari kebenaran-Mu dan bertemu dengan-Mu.

Tidak ada kenikmatan yang lebih besar di dunia ini daripada nikmat mengenal Allah. Bahkan bagi orang yang sudah mengenal-Nya, nikmat dunia dan seisinya ini tidak akan mampu menandinginya. Alam semesta ini hanya sebahagian kecil saja dari nikmat yang diberikan Allah kepada hamba-Nya.

Seseorang tidak akan dapat mengukur nikmat Allah dengan dunia yang ada di tangannya. Bahkan, alam semesta berikut isinya pun tidak akan mampu mendatangkan kenikmatan Allah yang tiada tandingannya. Bagi orang yang mengenal Allah, segala sesuatu kejadian yang menimpa dirinya hanyalah nikmat yang diberikan oleh-Nya semata.

Kurang wang adalah nikmat karena ia akan selalu berikhtiar di jalan Allah, sehingga menambah pahala ikhtiar dan kesabaran jika dirinya tawakkal kepada-Nya. Banyak wang pun merupakan nikmat, karena dapat lebih banyak mempunyai kesempatan untuk beramal di jalan Allah.

Badan sihat adalah nikmat, karena ia lebih mampu untuk melakukan ibadah, beramal, dan berjihad di jalan Allah. Sakit pun merupakan nikmat, karena akan melebur segala dosa jika dirinya tabah dan sabar menerimanya dengan tidak meninggalkan ikhtiar zahir; mencari obat penyembuh.

Dipuji adalah nikmat, karena dapat mendengarkan kebesaran Allah dan merasakan bagaimana hebatnya Allah menutupi aibnya. Dihina pun merupakan nikmat karena dapat melihat keaiban-​keaiban diri sendiri di samping dapat menjadi ladang pahala sabar bagi dirinya sendiri.

Bagi orang yang mengenal Allah, semua kejadian adalah nikmat semata. Subhanallah! Mudah-mudahan kita semua digolongkan oleh-Nya menjadi ahli makrifat seperti itu. Namun sayang, ternyata hanya sedikit sekali orang yang mengenal Allah (arifbillah). Kebanyakan hanya tahu nama saja, tidak merasakan kelazatan nikmat bersama-Nya.

Padahal, barangsiapa sudah merasa bersama-Nya, tidak mungkin merasa kesepian karena Allah 'Azza wa Jallaa senantiasa bersama hamba-Nya, bahkan lebih dekat dari urat lehernya sendiri. Bagi orang yang sudah mengenal Allah, tidak mungkin lupa barang sedetik pun kepada-Nya!

Bagaimana akan lupa, kalau setiap mata memandang segala sesuatu, yang terbayang dalam benaknya adalah hasil pekerjaan-Nya. Kalau setiap telinga mendengarkan sesuatu, niscaya segala yang berbunyi itu buah tangan-Nya. Kalau setiap mulut memakan dan meminum sesuatu, mutlak segala makanan dan air itu ciptaan-Nya.

Tidak akan merasa kesepian di kala sepi dan terlena di kala ramai bagi orang yang sudah makrifat kepada-Nya. Karena, Allah-lah Dzat yang selalu memelihara dan mengawasi setiap makhluk-Nya dengan tanpa mengenal lupa. Di tengah orang banyak, di tengah pertempuran, di mana saja, mesti ingat kepada-Nya!

Allah pun pasti akan mencabut rasa takut dari hati orang yang telah makrifat kepada-Nya. Bagaimana akan takut, sedang segala yang ditakuti juga diurus oleh-Nya dan pasti akan musnah. Tiada daya dan kekuatan, kecuali atas izin dan inayah-Nya. Laa haulaa wa laa quwwata illaa billaah!

"Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang, kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." [QS. At Taghabun (64): 11]

Lantas, adakah ahli makrifat atau arifbillah takut miskin? Pasti tidak! Karena, Allah adalah Dzat Yang Maha Kaya. Bukankah jagad raya dan alam semesta ini semuanya milik Allah? Bagaimana mungkin takut miskin kalau sudah kenal dengan Dzat Yang Menguasai segalanya? Makhluk, sedikit pun tidak memiliki kekuasaaan untuk mempunyai apa-apa, bahkan tubuhnya sendiri pun mutlak milik-Nya.

Takut miskin itu karena kita belum kenal akan kehebatan dan kekayaan Allah, ragu terhadap pembahagian kekayaan dari-Nya. Allah-lah Yang Maha Berkehendak dan Maha Bijaksana. Tiada sedikit pun tandingan bagi-Nya. Allahu Akbar...!

Sungguh, dunia ini tiada ertinya. Karena yang hebat dan indah itu hanyalah Allah semata. Oleh sebab itu, tatkala mata terpesona kepada dunia, sebenarnya bukanlah kepada dunianya, melainkan kepada kehebatan perbuatan-Nya. Dengan demikian, tidak ada sedikit pun kekurangan dan keburukan di dunia ini jika dikaitkan kepada Allah.

Kendati mata melihat binatang yang menjijikkan penuh kuman penyakit sekalipun, pandangannya akan tetap penuh syukur kepada-Nya. Maha Suci Engkau ya Allah, segala puji bagi-Mu yang telah mentakdirkan kami sebagai makhluk ciptaan-Mu yang sempurna.

Itulah golongan orang yang sudah merasakan kelezatan dunia. Ternyata kebahagiaan di dunia ini tidak semata dilihat dari bentuk duniawinya. Karena, kalau cuma itu yang dijadikan sebatas tanda kebahagiaan, bererti lebih banyak orang kafir yang hidupnya bahagia, karena mereka lebih banyak dilimpahi kekayaan dunia.

Alhamdulillah, ternyata yang namanya bahagia adalah jika kita senantiasa bersama Allah dalam segala keadaan. Imam Al Ghazali menulis dalam bukunya bahwa akan sedikit di antara umat Muhammad yang masuk kedalam golongan 'Aarifiin (golongan yang mengenal Allah).

Sebagian besar orang sebelum hatinya ingat kepada-Nya, telah terlebih dahulu ditutupi dengan selalu ingat kepada dunia dan segala isinya. Dunia yang hanya sebagian kecil dari alam semesta saja sudah dapat menutupi hatinya, bagaimana mungkin boleh memasuki tingkat makrifat kepada Allah yang menguasai segala jagad raya alam semesta ini.

Sebahagian besar dari kita lebih suka kepada dunia daripada mengharapkan bertemu dengan-Nya. Kita lebih suka dipandang mulia oleh sesama manusia daripada mencari kemuliaan yang telah dijanjikan-Nya kepada orang-orang yang bertaqwa. Padahal Allah-lah Dzat yang memiliki dan menguasai kebesaran dan kemuliaan. "Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan." (QS. Ar Rahman [55]: 27))

~Persoalan Cinta Suci dan Cinta berasaskan Islam~

Apakah cinta suci itu? Bila seseorang lelaki mencintai seorang wanita dengan tulus, suci dari pengaruh nafsu, Sebuah cinta yang jauh dari kekejian dan terhindar dari perbuatan tidak senonoh. Cinta seperti ini biasanya didorong oleh rasa taqwanya kepada Allah. Dan kefahaman tentang pengertian cinta menurut Islam yang didukung keinginannya yang kuat dalam menjaga kesucian sesugguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan (Yusuf: 53). Termasuk paling rendah keteguhan wara’ adalah hendaklah seorang Muslim menundukkan pandangan dari seorang wanita yang bukan mahramnya (An-Nur: 30-31) Keteguhan taqwa adalah hendaknya seorang lelaki menghindari berkhalwat dengan seorang wanita bukan mahramnya.

Namun begitu apabila seseorang itu dilamun cinta maka nilai-nilai seperti romantik, caring, sentimental value, sehati sejiwa, fantastik akan terjadi dan terserlah. Apakah semuanya ini benar atau hanyalah palsu?

Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih ke arah nilai-nilai di atas semuanya adalah retorik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih menghala kepada rangsangan nafsu yang disalah ertikan kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan. Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta bersyariatkan Islam.

Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya. Jika tidak berminat, masakan sanggup mengorbankan wang kepada seseorang. Romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam Islam. Bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam? Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar-benar pencinta-​pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan-​peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating.

Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis kerana was-was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati. Malah orang yang benar-benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah-lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati. Itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat. Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa? Rasa rindu yang amat sangat, sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah. Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar-benar berlandaskan iman. Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita, tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta serta mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta dan akhirnya terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan.

Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keuAllah pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itu lah cinta hakiki yang tidak boleh di jual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya. Apabila individu itu benar-benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat di dalam diri respondennya.​.​.​.​.​ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was-was akan kebaikan, keimanannya dan keuAllah pendirian responden.

Jika ia benar-benar memahami konteks iman di dalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran-​cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua, tiga atau ke empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa. Malah masalah samada sayang atau tidak sayang tidak timbul kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama-sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang diakhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga.

Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah Islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam. Bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata-kata.

Sememangnya tidak di nafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta, contohnya ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang di cintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura-puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik, bercakap yang baik-baik di depan orang yang di cintainya. Almaklumlah yang di cintai itu seorang yang beriman tetapi bila bercakap dengan kawan kawan lain mulalah membebel entah apa-apa kerana asas malu tiada.

Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam, jika ingin memulakan ikatan cinta itu, maka hendaklah berasaskan cinta yang penuh didikan iman. Perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut. Ini disebabkan ianya lebih ke arah mengheret masalah baru yang mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari. Semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak untuk di cintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini, tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri. Ilmu yang di pelajarinya sekiranya tidak di amalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.

Begitu juga dengan anak-anak muda kita, bilamana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya, jangan mudah terusik hati, perhati kan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita. Maksud sifat asalnya dan muamalat asalnya, kerana jika kita mudah membenarkan hati di lalui maka ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidakfahaman konsep cinta berasaskan islam. Biarlah di katakan diri kita ego atau sombong. Ego untuk kebaikan yakni menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan. Benarkah begitu? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat-sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak. Bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik?

Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik. Persoalannya dengan cara yang bagaimana? Jawapannya sudah tentulah dengan meminang wanita ini. Sebab wanita ini bukan calang-calang imannya, tentulah terfikir di hati mereka. "Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk di kuasai, kerana apabila diberinya cintanya pada aku...akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang diizin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah"

Jadi kata-kata bidalan ‘Berkawan biar beribu bercinta biar satu’ tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut di tambah dengan bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam bersebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam sebab kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.


Rayuan Manja atau Cumbu Rayu

Rayuan manja atau cumbu rayu adalah kata-kata indah, sebagai ungkapan yang menarik dan tertarik hati. Dalam kaca mata Islam cumbu rayu ada dua macam :
1.Yang diharamkan, iaitu cumbu rayu yang dapat membangkitkan nafsu syahwat. Ianya diharamkan kerana dapat menimbulkan kemerosotan nilai moral, untuk menutup pintu kerosakan dan menghindari fitnah. Jika Islam mengharamkan sesuatu, pasti akan mengharamkan juga hal-hal yang boleh menghantarkan kepada sesuatu yang haram tersebut. Contohnya, bila Islam mengharamkan zina maka ia mengharamkan pula aktiviti yang boleh mendekatkan kepada perzinaan.
2.Yang dibolehkan, iaitu rayuan jenis ini adalah rayuan yang tidak membangkitkan nafsu syahwat. Contohnya, seperti nasihat menasihati ke arah kebaikan dan sabar.


Renungkanlah Bersama

Islam adalah agama yang menggabungkan dengan fitrah manusia, dengan perilaku dan undang-​undangnya,​ juga mengakui adalah fenomena cinta yang melekat sebagai fitrah manusia (Ar-Rum:30). Jika memang demikian, maka jadikanlah cinta penuh kasih sayang sebagai pendorong kemajuan, untuk membina ketinggian yang kekal, sebagai jalan menuju kediaman yang kekal abadi di syurga. Tentu sahaja hal di atas tidak mungkin wujud jika tidak menjadikan cinta kepada Allah, kepada Rasulullah, dan jihad fi sabilillah di atas cinta kepada kehidupan, keluarga, kerabat dan tanah air, cinta kepada dunia, harta dan kesenangan lainnya. Betapa mudah jalannya dakwah Islam yang dilakukan oleh para prajurit dan para da’i yang mukmin dan mukhlis, para pemuda yang saling membina persaudaraan Islam dalam kehidupan sehari-hari, dan saling bertukar fikiran dengan penuh kasih sayang, serta menunjukkan sikap-sikap yang mulia di dalam tingkahlaku mereka.

Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut di cintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik. Di situ sudah menampakkan penilaiannya, dimana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik dan begitu lah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga. wallahu'alam bissawab.

Berkata Imam Nawawi: "Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya, disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula. Itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang, namun tidak lama kerana kasihNya.