
Hati kita belum boleh tenang walaupun kita sudah mendidik anak-anak dengan baik di rumah. Berapa ramai ibu bapa yang baik-baik, tapi memiliki anak yang punah. Agak merungsingkan juga apabila didapati sebahagian daripada anak-anak gadis yang dihantar ke tempat-tempat perlindungan bagi wanita terlanjur adalah anak kepada ibu bapa yang beragama dan berpendidikan.
Kepincangan dalam sistem pendidikan, bahana media bobrok yang semakin canggih, pengaruh rakan sebaya serta kelemahan dalam didikan anak mungkin antara punca yang menyebabkan anak-anak terjebak dengan mungkar zina.
Dalam siri yang lepas, saya telah mengulas beberapa aspek pendidikan berkaitan hubungan pergaulan dalam Islam. Kurangnya kepekaan ibu bapa dalam ilmu batas-batas pergaulan dalam Islam, kadang-kadang turut menjadi penyebab menularnya wabak zina dalam masyarakat. Tidak kurang ibu bapa yang gagal memahami perkembangan psikologi dan biologi anaknya sendiri dan tidak menyedari tarikan persekitaran yang kuat yang mengajak anak-anak muda ke arah perzinaan. Bahkan lebih malang lagi, zina yang termasuk dalam dosa besar itu, kadang-kadang dianggap remeh oleh sesetengah ibu bapa lantaran ceteknya kesedaran Islam.
Gejala seks yang meruncing…
Pengaruh bahaya zina pada hari ini begitu meruncing. Hari ini terdapat segelintir anak-anak gadis di bangku sekolah yang berasa malu dan tersisih dengan kawan-kawannya jika masih belum ada pengalaman tidur dengan lelaki. Ada dari kalangan mereka pula yang telah mula berjinak dengan budaya seks sejak dari sekolah rendah. Di kalangan remaja lelaki pula, mereka yang terlibat dengan gejala seks sehingga mengunjungi pusat-pusat pelacuran. Kerap kali juga kita mendengar remaja-remaja lelaki dan wanita hari ini tinggal serumah bercampur bebas mengadakan pesta seks. Malah ada di kalangan mereka yang sudah tingal bersama seolah-olah seperti pasangan suami isteri walaupun tanpa apa-apa ikatan yang sah.
Gejala hodoh seks bebas ini kononnya berpijak di atas perasaan cinta yang suci murni. Kotak fikiran anak-anak muda diisi dengan propaganda cinta yang dianggap sebagai satu perasaan murni yang mendekatkan antara lelaki dan wanita serta menghalalkan apa sahaja bentuk hubungan fizikal.
Sejak dari pra sekolah hingga ke menara gading, anak-anak kita hari ini dicandukan dengan pemikiran cinta bebas ala-Barat ini, melalui segala wahana promosi seperti kartun animasi, iklan, filem, drama, computer game, novel dan lain-lain. Kebobrokan tata budaya dan kehancuran institusi keluarga di Barat itu seolah-olahnya mahu diimport seluruhnya bagi menjangkiti masyarakat Islami di sini. Sedangkan bagi Islam, soal zina dan penjagaan keturunan merupakan soal besar yang perlu ditangani dengan penuh berhemah.
Bahkan dalam sebuah Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w mengaitkan zina dengan iman, mafhumnya: “Tiada berzina seorang yang berzina sedang dia seorang yang beriman”.
Dekat pun tak boleh!
Allah SWT bukan sahaja mengharamkan zina, bahkan melarang umat Islam mendekati zina. Ini bermakna segala bentuk tindakan yang boleh mendekatkan seseorang itu dengan zina dikira sebagai dosa dan maksiat. Bahkan dalam satu hadis, perkara-perkara yang membawa kepada zina ini juga dinamakan sebagai zina dalam konteks yang lebih luas. Ini bermakna terdapat zina mata, zina telinga, zina mulut, zina pada wangian dan lain-lain.
Seseorang lelaki dianggap melakukan dosa zina mata apabila melihat wanita dengan penuh ghairah dan bernafsu kerana berbuatan itu menghampirkan kepada zina hakiki. Demikian juga wanita yang melihat lelaki dengan perasaan yang sama. Serupa juga dengan wanita atau lelaki yang sengaja menggayakan pakaian, diri atau wangi-wangian dengan hasrat untuk menarik perhatian dan menggoda perasaan orang lain.
Selain itu, Islam amat menjaga soal akhlak-akhlak mulia yang perlu diamalkan agar tidak terjebak dalam pergaulan bebas berlainan jantina. Sebenarnya pergaulan bebas inilah yang menjadi permulaan kepada masalah zina sebenar. Budaya keluar dating, berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna, berkawan bebas lelaki wanita dan sebagainya mendorong kepada zina. Jika ibu bapa dapat mengawal gejala ini sejak awal lagi, maka ia telah dapat menutup satu pintu besar ke arah zina.
Rejam yang menggerunkan
Hukuman rejam bermakna melemparkan batu ke arah pesalah zina sehingga dia meninggal dunia. Batu yang bersaiz sederhana dilempar dengan kuat ke arah pesalah zina oleh mereka yang disekelilingnya secara bertubi-tubi sehingga dia meningal dunia. Hukuman ini dikenakan ke atas penzina muhsan atau yang pernah berkahwin. Hukuman ini memang keras dan menakutkan. Kekerasan hukum ini menunjukkan betapa zina merupakan satu dosa yang amat besar dan penyakit yang serius.
Bagi pesalah yang bukan muhsan pula, Islam menetapkan hukuman sebat sebanyak 100 kali. Kedua-dua hukuman ini ditetapkan oleh Allah bagi menghapuskan kesalahan zina dari akar umbi. Islam amat mengambil berat soal maruah, kehormatan dan keturunan kerana ia menjadi asas kepada kekuatan sesuatu masyarakat.
Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengingatkan anak-anak agar sentiasa menjauhi perbuatan zina. Mereka perlu difahamkan tentang betapa besarnya kesalahan zina di sisi Allah. Rasulullah s.a.w bersabda (riwayat al-Bukhari):
“Tidak halal darah seorang muslim yang mengucap ‘tiada Tuhan melainkan Allah dan aku ini Rasulullah’, kecuali kerana tiga perkara iaitu: Penzina yang telah berkahwin, membunuh balas nyawa dengan nyawa dan orang yang meninggalkan agamanya dan meninggalkan jemaah (kaum Muslimin).”
Derita berpenyakit
Dr Abdullah Nasih ‘Ulwan, menyebut bahawa zina bukan sahaja mendatangkan kemurkaan Allah, bahkan membawa kecelakaan yang besar sepanjang hidup seperti penyakit-penyakit kronik serta bahaya sosial, moral dan rohani. Mereka yang melakukan zina akan terjebak dengan pelbagai penyakit seperti AIDS, sifilis, penyakit saluran kencing, jangkitan di anggota kemaluan.
Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w (riwayat Ibn Majah dan Al-Baihaqi):
“Wahai Muhajirin! Lima perkara jika kamu ditimpa balanya, sedang aku berlindung diri daripada Allah agar kamu tidak ada di waktu itu…tiada muncul zina yang dilakukan secara terang-terangan dalam sesuatu kaum, melainkan akan merebaknya penyakit taun dan penyakit yang belum pernah dikenali sebelumnya.”
Kesimpulannya, zina merupakan satu penyakit masyarakat yang melanda dunia hari ini. Umat Islam yang sentiasa berpegang bahawa zina sebagai satu dosa besar perlu berusaha sedaya upaya untuk menghindari wabak yang datang dari Barat ini. Ibu bapa sebagai manusia yang paling hampir dengan anak-anak perlu mendidik anak-anak memahami bahaya zina dan perbuatan yang dapat menghampiri zina. Anak-anak perlu difahamkan tentang besarnya kemurkaan Allah ke atas penzina dan mereka yang hidup dalam budaya zina.
Sumber - http://www.almuslimah.com.my/?p=177
Tuesday, September 7, 2010
~ Jangan Biar Dia Mendekati ZINA ~
~ Kisah Couple ~
1. Assalamua'laikum. hai boleh sayer kenal sayer tertarik dengan perwatakan sopan awk, da lamer sayer perhati awk, awk budak baik n tertarik ngan tudung labuh awk...... sayer harap kiter boleh berkenalan.. ..ukhwah fillah eh orang kater... sayer x pandai sangat arab...
2. Terima kasih menerima sayer, sayer akan try sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat, sayer tau sayer bukan baik, tp sayer sentiasa cuber terbaik untuk awak...
3. Ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak... kuar ngan kekawan tau, balik kontek,,, sayer doakan awk.
4. wak, nape x kontek sayer, sayer risau awak kuar lelamer... ye,,,sayer x der hak, sayer tau sayer percaye awk, tp sayer x tau nak kater mcmmaner,kiter x bertemu selalu, just nampak dari jauh jerkan..., tp sayer rase awk mcm berada depn sayer...mungkin nie yang orang kater cinta kot, wak, wak cinta sayer? x nak bagitau,,, tp sayer tau awak cinta sayer... awk da malu nak jalan tempat sayer lepak sebab malukan... heheh...tq. ..sayer cinta awk...
5. wak, selain family, wak sayang siaper? saper sayer dalam hati awk?
6. wak, dari kawn kiter just panggil sayer awk jer, mcm sayer x istimewa untuk awk jer.. sayer teringin gak nak jadi mcm kawn sebilik sayer nie, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan jer...tq sayang...
7. yang, kekadang sayer tengok ayg nie mcm x percayer sayer je,,, yela, sayer just tanyer awk pakai ape jerkan ;( hehehe... yer tq bgtau, makin sayang sayer kat awk...
8. yang, sayer nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk sayer, sayang la pemberi semangat untuk sayer... yang, sayer harap ayang n sayer x der rahsia lg...jgn risau, ini kan membuktikan sayer take care ayang kan... so, jangan risau k, yer... sayer akan jaga rahsia kiter... just msg je kan...
9. ayang dah lamer kiter msg, boleh x kite jumper? yer... ayang bawa lah kekawan k,,, tq yang...
10. tq panggil sayer ngan panggilan abg,,, abg tunggu da lamer da,,, abg tau, kiter x leh pakser dalam perhubungan. ..
11. ayang, wat pe 2, nak cakap cikit, naper ayang bawa satu batalion nak jumper abg?? ayang x percayer abg eh....
12. ayang kiter jumper k,,, abg suka ayang pakai tudung yang sayer beli 2, yang mcm wardina 2, bukan ayang x cantik, jadi makin cantik,,,,nipis sikit jer..kiter jumper nanti ayang bawa la sorang jer k...
13. ayg,abg nak mintak maaf dengan aper yang jadi... abg td tersentuh jari ayg,
tq yang, tol ckp ayang, tersentuh x per...makin la tebal cinta abg kat ayang.. ayang suker jumper abg?tq yang, td cian tengok kawn ayang duk je diam,...yer. .. nanti abg bawa kawn abg, leh dier borak kan...yang, abg suker tngk mater ayang,malu malu lak dier,,,ayang td cantik...
14. tq jumper td,ayang cantik... abg romantik pun salah ker? suker abg romantik eh, td jumper da berani tenung abg.... tq.... tengk kwn ayang n kawan abg mcm melekat jer... senang la kiter jumper... tengk, ALLAh membrkati kiter...ayang da solat? doakan abg sekali k...
15. yang,just nak tanyer... ayang cintakan abg berape peratus?aper tandanyer? 50% je...yang, nak tanyer, rambut ayang pnjng x, just terpikir,,,,
16. td terbeli tudung pendek, ,,, yang bg kat ayang tu...yang, bg lah gmbr ayng special untuk abg pakai tudung 2...cantiknyer ayng...gmbr nie abg wat wallpaper hp...
17. yang, cintakan abg berape peratus?sepenuh hati? tq!!!!!!! ilove u sayang....
18. yang, da lamer kiter couple, x kan abg pegang tangan nak mara, ayang kan milik abg...tq paham abg...
19. kater ayang cintakan abg sepenuh hati... kalu ayng cintakan abg aper buktinyer yang,,,,
--------------------------------------------------------------------------
Adakah anda salah seorang yang tersenyum apabila membaca perenggan- perenggan di atas? Saya adalah salah seorang yang tersenyum. Senyum kerana terkena pada diri sendiri atas sikap yang lalu. Senyum tersebut yang pada mulanya rasa suka bertukar menjadi benci. Senyum bertukar pada pemikiran. Berfikir akan sebuah lagi sifat-sifat najis yang berada di dalam diri saya.
Percaya ataupun tidak, ayat-ayat najis di atas turut digunakan oleh individu yang mengaku memperjuangkan Islam dan mengaku berdakwah. Seperti saya contohnya, dengan lantang saya menulis, bercakap di majlis-majlis keramaian dan usrah tentang dakwah, marhalah, takwin, tanzim dan sebagainya namun apabila berada di belakang ahli jemaah lain, menjadi taik, menjadi najis kepada perjuangan Islam. Atas kesedaran betapa kotornya najis ini, maka ia perlu di istinjak! Perlu di buang! Walau di depan orang atau di belakang orang, saya mesti menjadi 'orang yang sama'. Tidak hipokrit! Tidak berpura-pura!
Jika di lihat rentetan perenggan di atas, ia adalah satu proses merosakkan masa depan seorang ahli jemaah. Ramai ahli jemaah yang keluar dari jemaah berpunca seperti kes di atas. Mereka keluar jemaah kerana berasa seronok dengan buaian nafsu dan sedar pada masa yang sama, jemaah melarang perbuatan itu. Setelah barangkali melakukan istikharah (istikharah taik kucing), maka dia membuat keputusan melepaskan jemaah bagi meneruskan agenda hidupnya yang dirasakan amat seronok dan amat termotivasi iaitu cinta!
Seronoknya bercinta. Semua orang tahu. Ramai yang telah dan sedang mengalaminya. Bercinta sesama ahli jemaah terasa bagaikan sebuah perjuangan Islam yang indah. Setiap hari, bahkan mungkin setiap setengah jam, ada saja sms-sms peransang berjuang, sms tazkeerah, sms khaifahaluk, sms apa sahaja tentang Islam! INDAH! Sangat Indah! Siapa yang tidak suka akan sebuah keindahan? Semua orang suka. Semangat berjuang membuak-buak. Keinginan berjuang mendesak-desak. Masakan tidak, cinta dan berjuang adalah nikmat yang sangat istimewa. Bila keduanya bercantum, maka nikmat itu menjadi kuasa dua. Tentulah seseorang yang bercinta dalam jemaah itu menjadi hebat, mantap dan sebagainya.
Namun, ramai yang terlupa, nikmat berjuang bukanlah dibuktikan melalui rasa seronok, rasa riang, rasa gembira, rasa suka. Nikmat Cinta memang dibuktikan dengan perkara tersebut, tetapi berlainan pula dengan nikmat berjuang. Nikmat berjuang yang sebenar adalah ketika mana seorang pejuang itu diuji oleh Allah dengan sesuatu ujian. Berjuang dirasakan amat indah apabila ditentang, di halang dengan pelbagai rintangan. Itulah nikmat berjuang! Sama sekali bukan hanya sms-sms 'selamat berjuang' daripada seorang kekasih. Bukan sms peneman dikala hadir ke program jemaah. Bukan sms peringatan ketika dalam perjalanan ke program jemaah. Bukan bukan dan bukan! Itu bukan berjuang. Itu bercinta. Jemaah hanya spare part ketika itu.
Lantaran itu, seseorang ahli jemaah yang bercinta dan dalam masa yang sama dia juga berada dalam saf perjuangan hendaklah memastikan bahawa, cinta pada kekasih itu hanya sekadar sementara dan jangan dijadikan sebagai satu aset tetap dalam perjuangan. Jika tidak, akan berlaku kekeliruan antara duanya yang mana, jika berlaku konflik pada percintaan, maka ia akan mempengaruhi potensi dan komitmen sang pejuang tadi.
Namun, jika ingin bercinta wahai sahabatku sekalian.... berhati-hatilah. Bercinta bermakna sedang menghadapi risiko. Risiko yang terlalu banyak. Antaranya mungkin, putus cinta, putus jemaah, dan macam-macam lagi.
Saya ada satu kes perihal dua orang ahli jemaah yang memegang jawatan tertinggi dalam tanzim jemaah. Keduanya bercinta atau istilah lain bercouple. Mereka sudah hampir bertunang. Sememangnya mereka saling cinta mencintai antara satu sama lain. Ditakdirkan, ibu kepada muslimat ini menolak cinta mereka kerana berlainan negeri.
Ibu muslimat ini mahu menantunya satu negeri dengannya. Puas muslimat ini memujuk ibunya agar menerima muslimin tadi, namun sia-sia sahaja. Akhirnya, muslimat ini akur akan permintaan ibunya. Dengan berat hati, diberitakan jua kepada 'calon'nya si muslimin ini tadi. Apa responnya? TIDAK!! Tak BOLEH! Itulah respon seorang ahli jemaah muslimin yang pernah (atau sedang) memegang jawatan tinggi dalam tanzim.
namun, keputusan muslimat ini muktamad. Kehendak ibu mesti diutamakan. Muslimin ini bingung. Terkejut. Terkesima. Satu perkara yang tidak pernah terduga di dalam akal fikirannya. bayangkan, sudah merancang untuk bertunang, tetapi ia BERUBAH sekelip mata. Cuba anda kelip mata anda sekarang. Buka. Ya, sepantas itulah ia berubah!
krn takdir Allah itu Maha BEsar.kita hanyalah merancang dan takdir itu ditangannya.
Bagaimana mengatasi? Entah! Saya sendiri bingung memikirkannya. Hakikatnya, Dunia Cinta yang melalaikan perlu ditinggalkan! Itu step pertama! Sanggup? Jika step pertama pun sudak tidak sanggup, bagaimana hendak pergi ke step kedua....
p/s:ana copy paste dr sahabat ana.semoga dapat memberi pengajaran kepada kita.Wallahu `Alam~
Sunday, September 5, 2010
~ Israeli researchers develop promising new HIV treatment ~
JERUSALEM (AFP) - – Israeli researchers have developed a new treatment for HIV that kills human cells infected with the virus and could lead to a breakthrough in treating AIDS, the Haaretz newspaper said on Friday.
Whereas current treatments focus on inhibiting the replication of the HIV virus, the new treatment destroys infected cells without damaging healthy ones, the newspaper said.
The process makes use of peptides, or short protein segments, which vastly increase the replications of the virus once it enters a cell, causing the cell's self-destruction, Haaretz said, citing one of the researchers.
"The usual medications kill the virus that has entered the body during infection and the (peptide) treatment allows cells infected with the genetic load of the virus to be killed," Abraham Loyter, who carried out the study, was quoted as saying.
The study was published in the peer-reviewed British journal "AIDS Research and Therapy" in August and was co-authored by Loyter, Aviad Levin, Zvi Hayouka, and Assaf Friedler.
The researchers could not be reached on Friday, a day off in Israel.
They have registered an Israeli patent but the treatment must still be tested on animals and humans, Haaretz said.
Around 33.4 million people suffer from the human immunodeficiency virus (HIV) which causes AIDS. The vast majority, more than 30 million, live in low and middle-income countries, according to the World Health Organisation.
Saturday, September 4, 2010
~ Amalan Di Bulan Ramadhan ~
Ramadhan menjelang dan persiapan hendaklah diadakan dengan memahami cara beramal di bulan Ramadhan mengikut sunnah dan jangan menjalani ibadah Ramadhan mengikut adat kerana Rasullah pernah bersabda didalam hadisnya :
Barang siapa menghidupkan sunnahKu ketika rosak umat-Ku maka baginya mendapat pahala seratus syahid. Oleh itu berhati-hatilah melakukan amal supaya mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kesan yang baik disepanjang bulan Ramadhan dan dibawah ini dicatatkan amalan-amalan mengikut sunnah.
CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN
1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Solat Tarawikh 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
10.Jangan tidur sesudah sahur.
11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12.Tadarus pendek.
13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15.Jam 10.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
18.Solat Zuhur berjemaah.
19.Tadarus pendek.
20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
21.Solat Asar berjemaah di Masjid.
22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
24.Segera Solat Maghrib di Masjid.
25.Makan malam bersama keluarga.
26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.
KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN
1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.
2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.
3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.
4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.
5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.
6. Memperbanyak sedekah: Rasulullah adalah orang yang paling pemurah, dan beliau lebih pemurah lagi di bulan Ramadhan. Hal ini berdasarkan riwayat Ibnu Abbas t, ia berkata:
"Rasulullah adalah manusia yang paling pemurah, dan beliau lebih pemurah lagi di bulan saat Jibril umenemui beliau, …HR. al-Bukhari.
Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan
1. Sebelum puasa timbang badan
2. Kawal berbuka puasa
3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan
4. Elakan daripada makan berlebihan
RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN
1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.
2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.
3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :
i)) I'tikaf di malam-malam Lailatul Qadar: I'tikaf dalam bahasa adalah berdiam diri atau menahan diri pada suatu tempat, tanpa memisahkan diri. Sedang dalam istilah syar'i, i'tikaf berarti berdiam di masjid untuk beribadah kepada Allah dengan cara tertentu sebagaimana telah diatur oleh syari'at. I'tikaf merupakan salah satu sunnah yang tidak pernah ditinggal oleh Rasulullah r, seperti yang diceritakan oleh Aisyah radhiyallahu 'anha:
"Sesungguhnya Nabi r selalu i'tikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan sampai meninggal dunia, kemudian istri-istri beliau beri'tikaf sesudah beliau." Muttafaqun 'alaih.
i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.
ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah
iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.
iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.
v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.
vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.
SELAMAT TINGGAL RAMADHAN
i. Pastikan Tarawikh terakhir
ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.
Semoga kita termasuk di antara orang-orang yang mendapat taufik dari Allah untuk mengamalkannya agar kita mendapatkan kebaikan dan keberkahan bulan Ramadhan.
Semoga mendapat faedah dan manafaat daripada perkongsian ringkas ini. Dan mungkin juga boleh dikongsikan dengan saudara Muslimin muslimat yang lain. Wallahu A'lam.
Monday, August 30, 2010
~ Unmarried Muslim couples evicted in Malaysia ~
Sunday, August 22
KUALA LUMPUR, Malaysia – Malaysian Islamic authorities have been evicting unmarried Muslim civil servants from government-owned housing if they are caught with their partners alone in a private place, a news report said Sunday.
Several Muslims have been evicted from their homes in government quarters under a campaign launched early this year to rid the country's administrative capital Putrajaya of activities deemed immoral under Malaysian Islamic laws, the New Straits Times reported.
Che Mat Che Ali, director of the Federal Territory Islamic Affairs Department, said the measure was introduced under the campaign "Toward Zero Immoral Activities in Putrajaya 2010."
"It may seem harsh but we want the people of Putrajaya to know that we take this matter seriously," he was quoted as saying.
He said those caught by Islamic morality police were hauled up in court and then asked to move out.
Che Mat or other department officials could not immediately be reached.
Muslims, who make up two-thirds of the country's 28 million people, are subject to morality laws, such as forbidding them to drink alcohol in public, enforced by Islamic authorities and courts. The country's large Christian, Buddhist and Hindu communities are not subject to such laws.
Malaysia, long hailed as a moderate Islamic country, made headlines earlier this year when it whipped three Muslim women with a rattan cane after a court found them guilty of sex out of wedlock.
~ GANJARAN BESAR PUASA ENAM ~
Assalamu`alaikum Warahmatullah Wabarakatuh
BAGI sesetengah orang, Syawal dianggap bulan
berpesta dan bersuka ria dengan jamuan dan juadah, sehingga ada yang
meraikannya sebulan penuh seolah-olah puasa lenyap dalam kamus hidup
mereka.
Tetapi hakikatnya, pada Syawal
masih terdapat ibadat puasa iaitu 'puasa enam'. Cuma ia tidaklah menjadi
suatu kewajipan seperti dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun, ibadat sunat
itu adalah kesinambungan kepada ibadat Ramadan. Walaupun tidak berdosa
sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada
bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi
soleh terdahulu.
Nabi Muhammad SAW ada
menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada
Syawal melalui beberapa hadisnya. "Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan
(puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh."
(Riwayat Muslim)
Dalam hadis lain
dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a,
Rasulullah SAW menjelaskan, sesiapa yang melakukan ibadat seperti itu
(puasa Ramadan dan enam Syawal) dosanya dibersihkan seperti bayi baru
dilahirkan ibunya.
Penegasan Nabi SAW itu
menunjukkan puasa enam amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap
wajib. Baginda menggalakkan umatnya rajin beribadat, iaitu ibadat fardu
disusuli amalan sunat. Ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda
aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar
dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana
menyahut anjuran agama.
Menurut ulama,
puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik- baiknya (lebih afdal)
dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti
lima hari lagi berturut-turut. Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan
pada mana-mana hari asalkan masih di dalam bulan terbabit dan boleh juga
dilakukan dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.
Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara
berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.
Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam
hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan. Pendapat
pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat
Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.
Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan
adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: "Niat puasa
enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada".
Imam As-Syafi'i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat
dalam mensyarahkan bab 'seyang tiap amalan dengan niatnya' bahawa:
Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah,
puasa qada dan puasa sunat. Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab
Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau
nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika
Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat
itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.
Pendapat
kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang
ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat
hanya puasa qada pada bulan Syawal. Mereka akan mendapat dua ganjaran
sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini
kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.
Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid.
Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia
akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus. Bekas ketua jawatankuasa
fatwa al-Azhar, Sheikh 'Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal
puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat
bersama puasa ganti. Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat
ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan
mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal. "Bagaimanapun, dianjurkan
seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan
puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih)."
Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya
didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi
puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum
tiba Ramadan akan datang. Sesetengah ulama berpendapat, orang yang
mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah 'membayar' terlebih dulu,
kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa
enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.
Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan
dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai
dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam
syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.
Wallahu`alam

