بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين
Nilai kejujuran ibarat mutiara yang indah harus diamalkan dalam diri setiap insan
PEMIMPIN adalah suatu amanah yang harus diserahkan kepada seseorang yang ahli untuk memimpin. Kerana bila kepemimpinan diberikan kepada orang yang bukan ahlinya, akan mengalami kegagalan bahkan kerosakan serta kehancuran yang akan dialaminya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila suatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kehancurannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
Merujuk hadis di atas, dapat difahamkan dengan jelas Islam menganjurkan, apabila memilih seorang pemimpin hendaknya harus diketahui kemampuan dan kejujurannya memimpin. Kejujuran sebagai kata lawan daripada kedustaan yang memang mudah untuk diucapkan, tetapi payah untuk dilaksanakan. Nilai kejujuran adalah ibarat mutiara yang indah harus diamalkan dalam diri setiap insan kerana kejujuran akan membawa kedamaian dan rasa aman dalam masyarakat. Ertinya, siapapun yang menjadi pemimpin yang mempunyai sifat jujur akan dapat melahirkan kedamaian dan rasa aman sejahtera.
Seorang pemimpin yang jujur pasti akan disayangi rakyat, kerana mereka menikmati rasa aman, damai, dan mendapatkan perlindungan daripada penindasan dan penganiayaan.
Sebaliknya pemimpin dusta akan dibenci dan dicemuh oleh rakyatnya, kerana mereka berasa tidak aman daripada penindasan dan ketidakadilan.
Mereka sentiasa menunggu pemimpin itu jatuh daripada kerusi kepemimpinannya.
Antara kriteria pemimpin yang terbaik itu ialah:
Mencintai rakyat dan dicintai rakyat. Seorang pemimpin yang baik akan dicintai oleh rakyatnya disebabkan perilakunya yang baik, bertanggungjawab dengan jabatannya sebagai pemimpin dan ia bekerja gigih dengan mencurahkan segenap tenaga serta fikirannya untuk mendatangkan kemaslahatan terhadap rakyatnya.Beliau sangat disayangi rakyat sehingga terjalin ikatan kasih sayang antara pemimpin dengan rakyatnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik pemimpin ialah yang kamu sayangi dan sayang pada kamu, dan kamu doakan mereka dan mereka mendoakan kamu.” (Hadis riwayat Muslim).
Seterusnya, pemimpin yang baik itu akan didoakan oleh rakyatnya semoga ia sentiasa dilimpahkan Allah dengan rahmat dan pertolongan-Nya, kesihatan dan kekuatan dalam menjalankan tugasnya sebagai pemimpin yang penuh bertanggungjawab untuk kemaslahatan rakyatnya. Dengan demikian saling mendoakan kebaikan antara pemimpin dan rakyatnya.
Memiliki teladan (uswah hasanah) yang baik. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya sudah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu iaitu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Surah al-Ahzab, ayat 21).
Bersifat istiqamah (konsisten). Jika ada peraturan, undang-undang ditetapkan, maka harus dipatuhi bersama. Peraturan itu harus konsisten di laksanakan. Bagaimana rakyat boleh mematuhi kepada pemimpin atau undang-undang, kalau undang-undang yang dibuatnya itu sering diubah tanpa kompromi atau musyawarah dengan sesuka hatinya oleh yang berkuasa hanya untuk kepentingan kekuasaannya. Pemimpin yang baik selalu melaksanakan kejujuran dan istiqamah dalam melaksanakan peraturan dan undang-undang yang dibuatnya
Sumber : http://epondok.wordpress.com/
Sunday, April 25, 2010
~ Pilih pemimpin berpandukan agama ~
~ Ingat Allah hiburan golongan beriman ~
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين
MANUSIA sukakan hiburan. Malah, ada ketikanya hiburan menjadi suatu keperluan bagi sesetengah orang seperti makanan dan minuman.
Alasannya, hiburan boleh mendatangkan ketenangan, mengurangkan tekanan dan menyegarkan emosi.
Benar, ketegangan dan kegersangan emosi boleh menyebabkan seseorang itu jadi pemarah, perengus, tertekan dan resah.
Menyuburkan emosi memang penting kerana dari situ akan timbul sikap kasih sayang, prihatin dan peka pada persekitaran sekeliling.
Tetapi apabila disebut hiburan bukanlah semata-mata yang mungkin difahami anak remaja kini iaitu nyanyian, konsert, pesta, karaoke, kelab malam atau berpeleseran saja. Malah, melihat keindahan alam, melancong, ekspedisi dan berkelah juga hiburan.
Ada tiga kategori hiburan:
i- Bagi seorang mukmin ialah iman, amal ibadat, wirid dan zikir atau apa saja perbuatan yang membawa pahala daripada Allah adalah hiburan.
Ini kerana hasil daripada itu adalah ketenangan dan ketenteraman. Jiwa yang sentiasa hidup dan segar. Emosi pula terkawal.
Perkara inilah yang dimaksudkan Allah dalam al-Quran iaitu firman-Nya bermaksud: “Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang.”
ii- Hiburan kategori kedua iaitu apa saja cara yang dapat menghilangkan keresahan dan kerunsingan yang tidak bertentangan dengan syariat serta akidah.
Malah, jika dihayati hiburan jenis ini dapat dijadikan cara untuk mendekatkan diri pada Allah. Umpamanya, jika berkelah atau berekspedisi di samping dapat menghilangkan bosan dapat juga merasai kehebatan ciptaan Allah, meresap di jiwa lalu timbul rasa gerun kepada-Nya.
Tetapi hakikatnya, ramai yang tidak menyedari hikmah di sebalik berhibur. Jadi, hiburan hanya sekadar hiburan, terhenti setakat itu saja.
Namun, hiburan kategori ini selagi tidak bercanggah dan tidak memberi kesan negatif, ia ibarat ubat mengurangkan kesakitan yang dapat menghilangkan keresahan buat seketika, tetapi tidak dapat menghapuskan punca keresahan itu.
iii- Hiburan kategori ketiga paling popular terutama muda-mudi. Konsert artis, nyanyian yang lalai, pesta, kelab malam dan berpasangan adalah menjadi hambatan hidup remaja kini.
Hiburan ini bukan saja tidak bersifat menyembuhkan, malah umpama penagihan dadah. Memang seronok, ibarat gula-gula, manis dan sedap tetapi tidak mengenyangkan.
Keseronokan itu bukan bererti kebahagiaan atau ketenangan. Malah, beransur-ansur membawa akibat buruk dan negatif pada jangka masa panjang.
Hiburan kategori ini mendatangkan kesan buruk pada hati yang tidak dapat dikesan. Hati menjadi keras, gelap, lalu terdinding daripada mendapat kelazatan mengingati Allah, malah sukar untuk menerima kebenaran.
Justeru, orang yang mendapat hiburan hakiki (sebenar) umpama mendapat hidangan dan makanan lazat lagi enak, tidak perlu lagi pada gula-gula yang tidak berkhasiat.
Selalunya hanya kanak-kanak yang amat gemar pada gula-gula, manakala golongan dewasa tidak kerana mereka lebih mengutamakan makanan mengenyangkan.
Sumber : http://epondok.wordpress.com/
Monday, April 12, 2010
Saturday, April 3, 2010
~Lihat rokok Ingat Babi~
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dkirim oleh epondok di April 3, 2010
KUALA LUMPUR – Ekoran dakwaan penemuan sel darah babi dalam penapis (filter) rokok, Kementerian Kesihatan mengambil tindakan segera menghantar sampel rokok di negara ini ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tindakan itu bagi menyiasat sejauh mana kebenaran dakwaan Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney, Australia mengenai penemuan itu.
Wallahu`alam
http://epondok.wordpress.com/
~Peguam Muslim bantah ubah hukuman sebat Kartika~
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dikirim oleh epondok di April 3, 2010
Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini menzahirkan perasaan dukacita mereka dengan arahan Sultan Pahang yang meringankan hukuman sebatan syarie ke atas bekal model Kartika Sari Dewi Sukharnor kepada perintah menjalankan kerja khidmat kemasyarakatan.
http://epondok.wordpress.com/
Menurut PPMM, titah Sultan itu langsung tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika yang sebelum ini mahu disebat secara syarie atas kesalahannya itu dilaksanakan.
Kartika ditahan pihak berkuasa ketika minum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008 dan selepas mengaku bersalah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan.
“PPMM yang mewakili lebih seribu ahli yang berkelulusan undang-undang dan syariah khuatir titah perintah ini tidak mempunyai keabsahannya di sisi undang-undang kerana walaupun bertindak sebagai ketua agama negeri KDYMM Sultan Pahang seharusnya mempertahankan undang-undang Islam serta memperkukuhkan institusi mahkamah syariah.
“Hak dan kuasa sebagai ketua agama hendaklah dijalankan mengikut hukum agama itu sendiri,” menurut kenyataan media yang dikeluarkan di Bangi, Selangor.
Kata PPMM lagi, undang-undang Islam telah menetapkan secara definitif hukuman bagi kesalahan meminum arak.
“Walaupun sebatan syarie sebanyak enam kali itu tidak mencapai jumlah yang ditetapkan oleh hukum syarak, namun ianya hendaklah dilaksanakan juga kerana ia lebih hampir kepada hukum syarak.”
Sebatan syarie amat ringan
Menurut PPMM, mereka juga musykil peringanan hukuman itu yang didakwa berasakan faktor kemanusiaan sedangkan hukuman berkenaan sendiri adalah amat ringan dan mempunyai falsafahnya yang tersendiri.
“Sebatan syariah amat berbeza dengan sebatan sivil yang mencedera dan menzalimi pesalah. Sebatan syariah lebih bersifat mendidik sebagaimana bapa mendidik anaknya,” kata kenyataan itu.
PPMM berkata undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan diperkenan oleh Sultan memperuntukkan kaedah peringanan hukuman bagi pesalah syariah.
“Peringanan hukuman bagi kesalahan syariah pula hendaklah dibuat atas nasihat Mufti. Mufti pula bertanggungjawab menasihati DYMM Sultan berdasarkan hukum syarak.
“Dalam hal yang demikian PPMM tidak dapat menggarap peruntukan yang manakah terpakai kepada peringanan hukuman kepada kerja kebajikan ini,” kata kenyataan itu.
Menurut PPMM lagi, tindakan beberapa ahli-ahli politik termasuk menteri-menteri dan kumpulan NGO lain berhubung isu itu jelas membelakangkan undang-undang Islam dalam pendirian mereka mengaut keuntungan politik atau populariti.
Kartika mula jalani khidmat masyarkat
“Setiap undang-undang yang ditetapkan oleh Allah itu mempunyai falsafahnya yang tersendiri dan kadang-kadang menjangkaui logik akal manusia. Oleh itu, kita tidak boleh menggunakan akal fikiran sendiri bagi menandingi ketetapan Allah itu.”
Berikutan titah Sultan Pahang itu, Kartika memulakan hukuman khidmat masyarakat di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, di Kuantan kira-kira jam 9.35 pagi tadi.
Sebelum itu, beliau diberi taklimat di Bahagian Penguatkuasa di Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) selama 20 minit.
Kartika menerima sepucuk surat Rabu lalu yang memaklumkan mengenai keputusan itu.
Surat berkenaan ditandatangani Timbalan Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu, Pahang, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.
Surat tersebut berbunyi:”Menjunjung titah perintah kebawah Duli Yang Maha mulia Sultan Pahang, saya dengan ini memaklumkan kepada Puan bahawa berikutan daripada Majlis Mengadap Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang yang diadakan pada 3 Mac 2010, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sulatan Pahang selaku Ketua Agama Islam Negeri Pahang telah berkenan memutuskan bahawa sebagai ganti kepada hukuman sebat Puan dititah perintah supaya menjalankan kerja khidmat kemasyarakatan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatima, Kuantan di alamat Jalan Tengku Muhammad, 25050 Kuantan selama 3 minggu mulai 2 April 2010.”
Thursday, April 1, 2010
~April Fool ?~
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Utk renungan dan pengajaran semua..
Asal Usul April Fool
Assalamualaikum..
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan
bersama.
Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan
budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali.
Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan.Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.
Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan.
Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca tentang suatu terjadi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia
mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah
bertapak berkurun-kurun lamanya si Granada, Sepanyol, kerajaan Islam
akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam
di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk
menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas
hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar
dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka
dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang
Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan,
telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
lalu menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan
kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.
Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera
Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Petikan drpd Risalah Fikrah - Peliharalah Allah, nescaya Allah akan
memelihara kamu ......rawahu ttirmizi Illal Liqaq
Tuesday, May 19, 2009
JANGKITAN SELSEMA KHINZIR
Petikan Utusan Malaysia "Angka kematian akibat jangkitan selesema babi di Mexico meningkat kepada 103 orang hari ini ketika 400 orang dimasukkan ke hospital dan kira-kira 1,600 yang lain disyaki dijangkiti penyakit tersebut. Wabak yang berlaku di Mexico sejak beberapa hari lalu ini telah mencetuskan kebimbangan global kerana beberapa kes juga dilaporkan di Amerika Syarikat dan Kanada.Kemungkinan jangkitan juga sedang diperiksa di Eropah, Israel dan New Zealand.
Jutaan rakyat Mexico kini berkurung di rumah dan mereka yang keluar memakai topeng mulut, terutamanya di Mexico City yang menyaksikan kerajaan menghentikan acara awam dan menutup muzium, bar dan stadium dalam usaha mengawal jangkitan. – Reuters
Firman Allah surah Al-Hadid ayat 22 yang ertinya : Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri semuanya telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah.
Adakah Selsema Babi @ swine flu ini suatu lagi bencana yang akan menelan jutaan umat manusia seperti yang dijangka oleh ramai ahli saintis bahawa akan berlaku suatu wabak virus dalam dekad terdekat ini yang akan membunuh jutaan manusia.
Firman Allah surah Ar-Rahman ayat 37-38 yang ertinya : Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti kilauan minyak. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
BAHANA SELSEMA KHINZIR
Dulu selsema burung… sekarang selsema Khinzir…
Seperti yang diketahui umum (harap tahu), wabak Selsema Babi sedang melanda Mexico dan Amerika Utara beberapa hari lepas. 81 orang maut di Mexico ,menjangkiti 12 orang di Amerika Syarikat dan buat pertama kalinya pihak berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara berkenaan yang baru pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan terpaksa dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga..
Update! : 65 orang telah dijangkiti penyakit ini di Amerika Syarikat, California Perintah berkurung… Costa Rica pula menjadi negara pertama di Amerika Tengah pertama mengesahkan virus berkenaan disahkan menular di negara itu , manakala Eropah, Israel dan New Zealand terus menyaksikan peningkatan kes.Korea juga telah melaporkan rakyat mereka telah dijangkiti selsema babi… buat masa ni 9 orang telah dikesan.
Selsema Babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.
Namun menurut laporan Centres of Disease Control and Prevention Amerika Syarikat atau singkatannya CDC, jumlah kes Selsema Babi dilihat semakin meningkat sejak Disember 2005 sehingga Februari 2009, dan semua kes ditemui di negeri-negeri Amerika Syarikat. Sedari Mac 2009 hingga April 2009, lebih 1000 kes Selsema Babi dikesan di Mexico, dan lebih dari 80 kematian yang dikaitkan dengan virus H1N1 dilaporkan. Tanggal 26 April 2009 (kelmarin), Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini sebagai kecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih 20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.
Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah seperti, selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya, muntah-muntah dan cirit-birit. Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara. Selsema Babi mudah menjangkiti manusia lain dalam lima ke sepuluh hari pertama jangkitan. Ubat yang disarankan adalah seperti; amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi.
Sebagai langkah pencegahan juga, orang awam digalakkan memakai topeng dan juga melaporkan diri pada klinik atau hospital berdekatan jika ada melawat negara-negara (dalam sebulan yang lepas) yang telah diisytihar dilanda wabak Selsema Babi.
Renung-renungkan :
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah Al-Nahl Ayat 115









