PERSPEKTIF CINTA DALAM ISLAM
الحمد لله واحد الأحد الفرد الصمد الذى لم يلدو لم يولد ولم يكن له كفوا أحد . أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له . له الملك و له الحمد وهو على كل شئ قدير . و أشهد أن محمدا عبده و رسوله أرسله الله بشيرا و نذيرا بين يدى الساعة فأد الأمانة و بلغ الرسالة و نصح الأمة و جاهد فى الله حق جهاده . الصلاة و السلام على حبيبنا و شفيعنا و زخرنا محمد بن عبد الله إمام المتقين و قائد الدعاة المجاهدين و على آله و صحبه و من سار على هديه إلى يوم الدين . أمـا بـعــد
قال الله تعالى : و اعتصموا بحبل الله جميعا و لا تفرقوا و اذكروا نعمة الله عليكم إذ كنتم أعداء
فألف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمته إخوانا
( ال عمران 103 )
MUQADDIMAH
Kewujudan manusia merupakan keunikan alam anugerah Allah swt. Komunikasi antara mereka memperlengkapkan survival sebuah kehidupan , manakala hubungan raya manusia dan penciptanya pula menempah kejayaan hakiki . Manusia memiliki fitrah kejadian yang seni dan agung jua sebagai pembalut naluri yang berfungsi untuk membina kestabilan asas keinsanan seorang manusia . انسانية الإنسان
Cinta menepati satu angka dari perangkaan fitrah manusia . Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan mengganggu fitrah manusia .
Kesenian cinta yang didasari runtunan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian , keamanan dan ketenangan . Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsaikan keghairahan nafsu dan kebejadan iblis laknatullah . Demi kemakmuran manusia sejagat , kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada Allah swt .
Rasulullah saw. telah bersabda :
من سره أن يجد حلاوة الإيمان فليحب المرء لا يحبه إلا لله عز و جل
( رواه أحمد و الحاكم )
“ Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah swt. ”
Permasaalahan cinta antara yang dihadapi secara serious oleh ummat Islam hari ini . Pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan ummat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik . Krisis cinta palsu telah memapah ummat Islam ke medan pertembungan yang memusnahkan etika spiritual malah membunuh solidariti dan menodai sosial .
Individu muslim sewajarnya peka terhadap kehadhiran cinta yang menguasai jiwa . Cinta yang berlojikan nafsu dan syahwat hanyalah cinta palsu yang penuh sandihina .
Firman Allah swt :
لا تتبع الهوى فيضلك عن سبيل الله إن الذين يضلون عن سبيل الله لهم عذاب شديد بما نسوا يوم الحساب
( ص 26 )
“ Dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu , kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah . Sesungguhnya orang - orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat kerana mereka melupakan hari perhitungan .”
Firman Allah swt.
و قال نسوة فى المدينة امرأت العزيز تراود فتاها عن نفسه قد شغفها حبا إنا لنراها فى ضلال مبين
( يوسف 30 )
“ Dan wanita - wanita di kota berkata : Isteri Al Aziz ( sebutan bagi raja di Mesir ) menggoda bujangnya untuk menundukkan dirinya . Sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu adalah sangat mendalam . Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata .”
Cinta yang dinaungi kesucian fitrah dan berpandukan aqidah Islamiyyah ialah cinta hakiki yang membina realiti kemakmuran dan mengundang keampunan Allah . Firman Allah swt :
قل إن كنتم تحبون الله فاتبعونى يحببكم الله ويغفرلكم ذنوبكم و الله غفور رحيم .
( ال عمران 31 )
“ Katakanlah : Jika kamu menyintai Allah maka ikutlah aku nescaya Allah menyintaimu dan mengampunkan dosa - dosamu . Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang .”
CINTA DI PENYATA WAHYU
Menelusuri cinta bahagia dan hakiki sayugianya melangkah melalui lebuhraya yang luas terbentang menuju penyata Ilahi . Sebarang lorong dan alur rentas yang tidak menuju Irsyadur Rabbani hanyalah mempertemukan cinta dan nafsu dalam serkap yang gelita . Melalui penyata yang juga merupakan surat kiriman dari Allah swt. telah tertera mengenai cinta .
1. Cinta kehadhrat Ilahi .
Ketinggian nilai taqarrub Al A’bid kepada Khaliq dapat dikesan melalui skil cinta murni kehadhrat Ilahi . Tanpa cinta kepada Allah , perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan ia menjadi tunjang kepada Islam . ( أول الدين معرفة الله )
Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap . Firman Allah swt :
و من الناس من يتخذ من دون الله أندادا يحبونهم كحب الله و الذين ءامنوا أشد حبا لله
ولو يرى الذين ظلموا إذ يرون العذاب أن القوة لله جميعا و أن الله شديد العذاب
( البقرة 165 )
“ Dan diantara manusia ada orang - orang yang menyembah tandingan - tandingan selain Allah . Mereka menyintainya sebagaimana mereka menyintai Allah . Adapun orang - orang yang beriman sangat cinta kepada Allah . Dan jika seandainya orang - orang yang berbuat dholim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa pada hari kiamat bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat siksaanNya ( nescaya mereka menyesal ) ”
Meletakkan diri dalam zumrah orang - orang yang menyintai Allah mestilah bertindak penuh dengan mematuhi perintah Allah dan Rasulnya . Firman Allah swt :
قل إنما أنا بشر مثلكم يوحى إلى أنما إلهكم إله واحد فمن كان يرجوا لقاء ربه فليعمل عملا صالحا و لا يشرك بعبادة ربه أحدا .
( الكهف 110 )
“ Katakanlah : Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu , yang diwahyukan kepada ku : Bahawa sesungguhnya tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa . Barangsiapa yang mengharap perjumpaan dengan tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada tuhannya .”
Pencinta Allah adalah pemilik iman yang komited merangkap pejuang yang dinamis . Mereka menanggapi kewujudan Allah sebagai Qadhi Rabbul Jalil yang tiada tandingan . Firman Allah swt :
أفحكم الجاهلية يبغون و من أحسن من الله حكما لقوم يوقنون
( المائدة 50 )
“ Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki , dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang - orang yang yakin ”
Firman Allah swt :
و من يعمل من الصالحات من ذكر و أنثى وهو مؤمن فأولئك يدخلون الجنة ولا يظلمون نقيرا
( النساء 124 )
“ Barangsiapa yang mengerjakan amal - amal soleh , baik lelaki mahupun wanita sedang ia beriman maka mereka itu masuk syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun ”
Merekalah tentera Allah yang terpilih untuk bertugas gigih bagi memastikan agama Allah tertegak dimuka bumi ini , pula layak menyandang pingat kejayaan sejati . Firman Allah swt :
ياأيها الذين ءامنوا من يرتد منكم عن دينه فسوف يأتى الله بقوم يحبهم و يحبونه أذلة على المؤمنين أعزة على الكافرين يجاهدون فى سبيل الله ولا يخافون لومة لآئم ذلك فضل الله يؤتيه من يشآء و الله واسع عليم .
( المائدة 54 )
“ Hai orang - orang yang beriman , barangsiapa diantara kamu yang murtad dari agamanya , maka kelak Allah akan mendatangkan suatu qaum yang Allah menyintai mereka dan mereka pun menyintai Allah , Yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mu’min , yang bersikap keras terhadap orang kafir , yang berjihad di jalan Allah dan yang tidak takut celaan orang yang suka mencela . Itulah kurniaan Allah , diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui .”
Individu mu’min dalam memburu kesempurnaan ibadat dan kejayaan perjuangan sepastinya merangkul erat nilai cinta kepada Allah swt .
1. Taqarrub kepada Allah swt.
2. Senantiasa mengawasi perintah Allah swt . ( agar tidak lalai )
3. Berjihad di jalan Allah swt .
Kecintaan kepada Allah swt. antara semboyan untuk mengundang nusrah dan cinta Ilahi sedangkan nusrah ( pertolongan ) dan cinta Allah pula menjadi sarana terpenting yang digunakan untuk menjamin keistiqamahan dan kekuatan dalam menghadapi konspirasi musuh - musuh Allah swt.
Memiliki cinta Allah swt. seharusnya menjadi kebanggaan individu muslim lantaran keagungan nilai dan ketulusan ihsanNya . Namun menjadi suatu kesukaran untuk meraih cinta Allah tanpa pengabdian yang menjurus tepat kepadaNya . Menjelaskan tentang nilai cinta Allah , telah berkata Al Allamah Abu Yazid Al Busthomi :[1]
ليس العجب من حبى لك و أنا عبد فقير إنما العجب من حبك لى و أنت ملك قدير
“ Bukan suatu yang menghairankan aku menyintaiMu kerana aku hamba yang faqir tetapi apa yang menghairankan ialah cintaMu kepadaku sedang engkau adalah yang Maha berkuasa ”
Gejala Munafiq .
Kecintaan kehadhrat Ilahi adalah manifestasi dari sebuah keimanan yang kental, keyakinan padu yang tidak berbelah bahagi dan ketundukan tulus penuh khusyu’ di hadapan Allah swt . Sikap bermain kayu tiga dengan Allah swt. pula adalah penjelmaan dari sebuah kemunafiqan yang bejad .
Sebahagian besar ummat Islam hari ini , terdedah kepada bahaya munafiq apabila sedar atau tidak mereka sering bermain kayu tiga dengan Allah swt. Mereka menyatakan ikrar untuk hidup dan mati kerana Allah swt setiap kali mereka mendirikan solat , namun malang 100 kali malang , sejurus mereka selesai sembahyang , berhamburanlah kata - kata yang tidak selayaknya diucapkan.
Zaman modern , macam mana nak laksanakan Islam ?
Nak laksanakan Islam , tak semestinya kena bentuk negara Islam !
Hukum hudud hanya membuatkan orang lari dari Islam !
Demikianlah antara bilah - bilah perkataan yang nyata menggambarkan kejahilan , pendustaan dan lemah jiwa . Sekaligus menafikan ikrar mereka untuk hidup dan mati kerana Allah swt .
Sifat -sifat munafiq . [2]
1 . Dusta :
Firman Allah swt :
و من الناس من يقول ءامنا بالله و اليوم الأخر و ما هم بمؤمنين يخادعون الله و الذين ءامنوا و ما يخدعون إلا أنفسهم و ما يشعرون . فى قلوبهم مرض فزاد هم الله مرضا و لهم عذاب أليم بما كانوا يكذبون
( البقرة 8 - 10 )
“ Di antara manusia ada yang mengatakan : Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang - orang yang beriman . Mereka hendak menipu Allah dan orang - orang yang beriman padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar . Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah akan penyakitnya dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta .”
2. Bodoh sombong .
Firman Allah swt :
و إذا قيل لهم لا تفسدوا فى الأرض قالوا إنما نحن مصلحون . ألآ إنهم هم المفسدون و لكن لا يشعرون . و إذا قيل لهم ءامنوا كمآ ءامن الناس قالوا أنؤمن كمآ ءامن السفهآء ألآ إنهم هم الســفهآء و لكن لا يعلمون
( الــبقرة 11 - 13 )
“ Dan bila dikatakan kepada mereka : Janganlah kamu membuat kerosakkan di muka bumi , mereka menjawab Sesungguhnya kami orang - orang yang melakukan kebajikan . Ingatlah , sesungguhnya mereka itulah orang - orang yang membuat kerusakkan tetapi mereka tidak sedar . Apabila dikatakan kepada mereka : Berimanlah kamu sebagaimana orang - orang lain telah beriman , mereka menjawab Adakah kami akan beriman sebagaimana orang - orang bodoh itu beriman ? Ingatlah sesungguhnya merekalah orang - orang yang bodoh , tetapi mereka tidak mengetahui .”
3. Menukar petunjuk dengan kesesatan .
Firman Allah swt :
و إذا لقوا الذين ءامنوا قالوا ءامنا وإذا خلوا إلى شياطينهم قالوا إنا معكم إنما نحن مسـتهزءون . ألله يستهزئ بهم و يمدهم فى طغيانهم يعمهون . أولئك الذين اشتروا الضلالة بالهدى فما ربحت تجارتهم وما كانوا مهتدين
( الـبـقرة 14- 16)
“ Dan bila mereka berjumpa dengan orang - orang yang beriman , mereka mengatakan kami telah beriman . Dan bila mereka kembali kepada syaithan - syaithan mereka , mereka mengatakan : Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu , kami hanyalah berolok - olok . Allah akan membalas olok - olokkan mereka dan membiarkan mereka terumbang ambing dalam kesesatan mereka . Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk , maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk .”
Kecintaan kepada Rasul saw.
Perutusan duta besar المصطفى صلى الله عليه وسلم adalah pemegang mohor agung untuk mengurus dan mengendalikan titah perintah Allah sehingga terlaksana pengabdian diri kepada Allah dan pembenterasan thoghut . Firman Allah swt :
و لقد بعثنا فى كل أمة رسولا أن اعبدوا الله و اجتنبوا الطاغوت فمنهم من هدى الله و منهم من حقت عليه الضلالة فسيروا فى الأرض فانظروا كيف كان عاقبة المكذبين .
( النحل 36 )
“ Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan rasul pada tiap - tiap ummat untuk menyeru manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah dan menjauhkan thoghut , maka sebahagian mereka mendapat petunjuk Allah dan sebahagiannya orang - orang yang telah pasti kesesatannya , maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang - orang yang dusta .”
Justeru itu menjadi hak mutlak bagi Baginda rasul saw. bahawa ia semestinya dicintai lantaran Baginda telah berselut lumpur menghidupkan obor buat ummah sekaligus menyungkurkan juak Jahili . Menyintai Baginda rasul saw. bererti memberi syahadah dan ikatan bai’ah demi perlaksanaan syariat Allah swt . Firman Allah swt :
وما ءاتاكم الرسول فخذوه وما نهاكم عنه فانتهوا واتقوا الله إن الله شديد العقاب .
( الحشر 7 )
“ Apa yang dibawa datang oleh Rasul kepada kamu maka hendaklah kamu terima dan apa yang dilarangnya bagimu maka hendaklah kamu tinggal dan bertaqwalah kepada Allah swt . Sesungguhnya Allah sangat keras hukumanNya .”
Realiti cinta kepada Saiyidil Mursalin saw. mampu menghadhirkan cinta Allah sebagai satu gandingan cinta sejagat . Cinta inilah yang berenergy tinggi mampu ke lokasi tenang dan bahagia serta berfungsi sebagai penyelamat dari sambaran azab Allah swt. Firman Allah swt :
قل إن كان ءابآؤكم و أبنآؤكم و إخوانكم و أزواجكم و عشيرتكم و أموال اقترفتموها و تجارة تخشون كسادها و مساكن ترضونها أحب إليكم من الله و رسوله و جهاد فى سبيله فتربصوا حتى يأتى الله بأمره والله لا يهدى القوم الفسقين
.
( التوبة 24 )
“ Katakanlah : Jika bapa - bapa , anak - anak , saudara mara , isteri - isteri , kaum keluarga , harta kekayaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah - rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah terlebih kamu cinta dan kasih daripada Allah dan Rasul serta Jihad dijalanNya maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang - orang fasiq .”
Mempertahankan kesucian hadis ( sunnah ) di akhir zaman .
Mempertahankan kesucian nilai hadis atau sunnah bukti kecintaan kita terhadap Baginda saw setelah sekian lama mendahului kita . Mutaakhir ini , suara - suara mempertikai keshohihan hadis dan kemuliaan sunnah kian berleluasa .
Di negara kita , kejutan yang dibuat oleh penulis kontraversi Kassim Ahmad mengenai hadis dalam bukunya Hadis satu penilaian semula ( buku ini telah diharamkan ) masih dirasakan debarannya . Termasuklah penubuhan JAM (Jamaah Al quran Malaysia ) yang ditubuhkan pada Ahad 11 Jun 1995 di rumah universiti , Universiti Malaya .[3]
Kekeliruan yang dilontarkan ke tengah - tengah masyarakat mencetuskan pergolakkan ummah . Apapun alasan , merekalah golongan ingkar sunnah . Al Imam Asy - Syafie ra. mendedahkan tiga jenis golongan ingkar sunnah .[4]
1. Menolak keseluruhan hadis .
2. Menolak hadis kecuali yang menyamai maksud dengan ayat Al quran .
3. Menolak hadis ahad dan hanya menerima hadis mutawatir .
Golongan ini wajib diperangi habis - habisan demi cinta sejati kepada Baginda Rasul saw. Insan yang maksum. Tambahan pula tiada syak lagi bagi mereka yang mengingkari Sunnah , mereka juga mengingkari Al quran . Mengingkari Al quran adalah kufur yang nyata . Firman Allah swt :
قل أطيعوا الله و الرسول فإن تولوا فإن الله لا يحب الكافرين .
( ال عمران 32 )
“ Katakanlah : Taatilah Allah dan RasulNya . Jika kamu berpaling , maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang - orang kafir.”
Firman Allah swt :
و من يعص الله ورسوله ويتعد حدوده يدخله نارا خالدا فيها وله عذاب مهين .
( النساء 14 )
“ Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan RasulNya dan juga melanggar ketentuan - ketentuanNya nescaya Allah memasukkannya kedalam api neraka sedang ia kekal didalamnya baginya siksa yang amat hina .”
Cinta mukmin .
Interaksi cinta sesama mukmin adalah pembuluh yang menyalurkan izzah dan himmah ummah Muhammadiah . Keperihatinan Islam mengorientasi ummah berkombinasi dan bersepadu adalah melalui perlaksanaan program ukhuwwah ad - diniah yang bercagarkan percintaan sesama insan . Abu A’la Al Maududi telah merakamkan :[5]
لست مبالغا فيما أقول إنه لا توجد نظرية لا فى القديم و لا فى الحديث توحد الإنسانية و تصلح أساسا للدولة العالمية إلا نظرية الإسلام و الإسلام ققط هذه هى منهجية الوحيد التى باستطاعتها أن تجمع بين الناس جميعا و تجعل منهم عائلة واحدة يتكون منها مجتمع عالمى و تنشاء عليها دولة عالمية .
" Tidak keterlaluan jika aku mengatakan bahawa tiada satu teori pun samaada kuno atau modern yang mampu menyatukan manusia dan memulihkan asas daulah antarabangsa melainkan Islam . Inilah satu - satunya manhaj yang mampu menghimpunkan manusia keseluruhan dan menjadikan mereka keluarga yang satu,(melaluinya ) terbentuk masyarakat dan daulah antarabangsa .”
Jalinan erat hati dan tenaga sesama mukmin , menyuburkan semangat bahu membahu ( تناصر ) dalam pembinaan aqidah yang mantap , sosial yang sihat dan kekuatan tenaga yang ampuh . Aqidah yang mantap , sosial yang sihat dan kekuatan yang ampuh merupakan senjata serampang tiga yang efektif untuk menggempur elemen Jahiliyyah dan menangani manipulasi Al Ahzab modern .
Berlansungnya pembelengguan dan penjajahan ummah terkini lantaran ketandusan cinta dan kegersangan kasih sayang . Dunia kini merintih kehausan Mahabbah , Saadah dan A’dalah angkara retaknya solidariti ummah . Lantas itu Allah swt. berfirman :
و اعتصموا بحبل الله جميعا و لا تفرقوا و اذكروا نعمت الله عليكم إذ كنتم أعدآء فألف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمته إخوانا و كنتم على شفا حفرة من النار فأنقذكم منها كذالك يبين الله لكم ءايته لعلكم تهتدون
( ال عمران 103 )
“ Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali agama Allah dan janganlah berpecah belah dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh - musuhan , maka Allah mempersatukan hati - hati kamu lalu jadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara dan kamu telah berada di tepi jurang api neraka lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya . Demikian Allah menerangkan ayat - ayatnya kepadaMu agar kamu mendapat petunjuk .”
Nilai cinta mukmin .
1. Ikatan Aqidah . ( رابطة العقيدة )
فإن تابوا و أقاموا الصلوة و ءاتوا الزكوة فإخوانكم فى الدين و نفصل الأيات لقوم يعلمون .
( التوبة 11 )
“ Jika mereka bertaubat , mendirikan solat dan menunaikan zakat maka mereka adalah saudara kamu seagama dan kami menjelaskan ayat - ayat itu bagi kaum yang mengetahui .”
2. Kebahagiaan Insaniah ( سعادة البشرية )
إن المتقين فى جنات و عيون . ادخلوها بسلام ءامنين . و نزعنا ما فى صدورهم من غل إخوانا على سرر متقابلين
( الحجر 45 - 48)
“ Sesungguhnya orang bertaqwa itu berada dalam syurga ( taman ) dan berhampiran mata air yang mengalir . Di katakan kepada mereka : Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman . Dan kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada di dalam hati mereka , sedang mereka merasa bersaudara, duduk berhadap - hadapan .”
3. Masyarakat soleh . ( اصلاح المجتمع )
إنما المؤمنون إخوة فأصلحوا بين أخويكم و اتقوالله لعلكم ترحمون .
( الحجرات 10 )
“ Sesungguhnya orang -orang yang beriman adalah bersaudara maka damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat .”
4. Persaudaraan yang erat . ( أخوة الرفيقة )
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : والذى نفسى بيده لا يؤمن عبد حتى يحب لجاره - أو قال - لأخيه ما يحب لنفسه
( أخرجه البخارى - فتح البارى 13 )
“ Demi Tuhan yang diriku berada di dalam genggamanNya , tidak beriman seseorang hamba sehingga ia kasih kepada jirannya ( atau ) saudaranya sebagaimana ia kasih kepada dirinya sendiri .”
5. Selamat dari azab . ( رفع العذاب )
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : سبعة يظلهم الله يوم لا ظل إلا ظله ( و منهم )
رجلان تحابان فى الله اجتمعا عليه و تفرقا عليه
( متفق عليه )
“ Tujuh golongan akan dinaungi oleh Allah di bawah naunganNya pada hari tiada naungan kecuali naunganNya ( sebahagian daripada mereka ) ialah dua lelaki yang berkasih sayang kerana Allah dan mereka bertemu serta berpisah berasaskan kasih sayang kerana Allah swt.”
Integrasi cinta mukmin .
Cinta mukmin antara priority pelengkap gerakan Islam yang berwibawa . Duat yang berkasih sayang sebagai tenaga dinamis membina keutuhan tanzim sementara budaya berpesan - pesan dengan kebenaran dan kesabaran beroperasi lancar di atas nama cinta sedangkan ia adalah sumber kekuatan dalaman .
Seringkali tercetusnya pertelingkahan yang menggugat kekuatan dalaman dikalangan ahli gerakan Islam dalam persoalan kecil yang melibatkan perasaan dan peribadi . Pertelingkahan ini pula jika tidak dibendung akan terus menyalakan api permusuhan dan semangat berdendam .
Fenomena ini berlaku dek kerana terlalu rapuh nilai kecintaan sesama mereka . Ukhuwwah Islamiyyah hanya menjadi teori haraki dan idea pidato sedang ia tidak di terjemahkan dalam kehidupan perjuangan mereka .
Tidak dinafikan untuk membina kasih sayang dan membentuk persaudaraan adalah terlalu sukar . Ianya memerlukan hati yang bersih , niat yang suci dan pengalaman bergaul serta mengenal hati budi saudara kita .
Saksikanlah betapa ramai mereka yang mendakwa sebagai anggota gerakan Islam tetapi lebih ringan lidah untuk menikam dan membicara perihal saudara semuslim dari belakang daripada menutur bahasa lunak untuk menasihati dan menegur secara berdepan ( terus terang ) .
Tidak kurang juga mereka yang lebih ringan tangan untuk menuding saudara semuslim berlaku salah dan sebagainya daripada berpegang tangan penuh mesra untuk membimbing dan memandunya .
Lebih parah apabila ada dikalangan mereka dengan hanya sedikit pertelingkahan yang berlaku , mereka mula menarik muka masam mencuka dan tidak memberi salam . Sedang Rasulullah saw. bersabda :
لا تدخلون الجنة حتى تؤمنوا و لا تؤمنوا حتى تحابوا أ و لا أدلكم على شئ إذا فعلتموه تحاببتم افشوا السلام بينكم
(رواه مسلم فى كتاب الإيمان باب لا يدخل الجنة إلا المؤمنون )
“ Kamu tidak dapat memasuki syurga sehingga kamu benar - benar beriman dan tidak kamu beriman sehingga kamu berkasih sayang . Mahukah kamu Aku tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya kamu akan berkasih sayang : Mengucap salamlah dikalangan kamu .”
Persefahaman , perseimbangan , pengorbanan dan persaudaraan pula merupakan intisari cinta mukmin . Sabda Rasulullah saw .
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : مثل المؤمنين فى توادهم و تراحمهم و تعاطفهم كمثل الجسد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر و الحمى .
( متفق عليه ) “ Perumpamaan orang - orang yang beriman , pada kasih sayang , silaturrahim dan sikap lemah lembut mereka seperti tubuh badan yang satu , apabila satu anggota terasa sakit maka seluruh tubuh turut merasa sakit dan demam .”
Al Imam Hassan Al Banna ketika menafsirkan Islam , menyentuh perihal ukhuwwah Islamiyyah : [6]
إن الإسلام عقيدة و جنسية ليست جنسية الدم و الأرض و لكنها الأخوة و الروح وهى أقوى و أفضل .
“ Sesungguhnya Islam adalah Aqidah dan kebangsaan , bukan kebangsaan yang berdasarkan darah dan sempadan geografi tetapi kebangsaan yang berasaskan persaudaraan dan roh justeru ia lebih kuat dan afdhal .”
Baginda Rasul saw. di ambang pembentukan Daulah Islamiyyah Al Fadhilah terlebih dahulu mempersaudarakan Al muhajirin dan Al Ansar agar mereka saling cinta menyintai di antara satu sama lain sebagai asas kombinasi padu ke arah pembinaan daulah .Sabda Rasulullah saw :[7]
ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الإيمان أن يكون الله و رسوله أحب إليه مما سواهما و أن يحب المرء لا يحبه إلا لله و أن يكره أن يعود فى الكفر كما يكره أن يقذف فى النار .
( رواه البخارى )
“ Sesiapa yang ada padanya tiga perkara , nescaya ia mendapat kemanisan iman iaitu : Allah dan Rasul terlebih ia kasih dari keduanya , Ia tidak menyintai seseorang melainkan kerana Allah dan ia benci kembali menjadi kufur sebagaimana ia benci dicampakkan kedalam neraka .”
Mendhohirkan rasa cinta sesama mukmin .
Sebahagian daripada adab Islami , apabila kita kasih kepada sahabat seperjuangan kita ( kerana Allah ) sewajarnya kita memberitahu bahawa kita menyintainya .
Sabda Rasulullah saw :
إذا أحب الرجل أخاه فليخبره أنه يحبه .
( رواه أبو داود فى كتاب الأدب )
“ Apabila seseorang mengasihi saudaranya maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia mengasihinya ”
Ikatan cinta yang disedari bersama ini akan menambahkan semangat bekerjasama dan saling teguh meneguh diantara satu sama lain dalam menghadapi tribulasi perjuangan menegakkan ugama Allah swt . sekali gus dapat menghalang hasutan syaithan jin dan syaithan manusia yang berusaha memutuskan tali persaudaraan sesama mukmin .
Cinta dunia .
Terpesona dan ghairah terhadap sandiwara dunia mencacatkan kredebeliti ummah malah menyemarakkan barah Al Wahnu . Ketika ditanya mengenai Al Wahnu ( الوهن ) , Baginda Rasul menjawab :
حب الدنيا و كراهية الموت .
“ Cintakan dunia dan takut mati “
Firman Allah swt :
اعلموا أنما الحيوة الدنيا لعب و لهو و زينة و تفاخر بينكم و تكاثر فى الأموال و الأولاد كمثل غيث أعجب الكفار نباته ثم يهيج فتراه مصفرا ثم يكون حطاما و فى اللأخرة عذاب شديد و مغفرة من الله و رضوان و ما الحيوة الدنيا إلا متاع الغرور
( الحديد 20 )
“ Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan , perhiasan dan bermegah - megah antara kamu serta berbanga - bangaan tentang banyaknya harta dan anak , seperti hujan yang tanam - tanamannya mengkagumkan para petani , kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian hancur . Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhoanNya Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu .”
Sabda Rasulullah saw.
حب الدنيا رأس كل خطيئة .
( أخرجه ابن أبى الدنيا و البيهقى فى شعب الإيمان)
“ Cinta dunia adalah kepala segala kejahatan .”
Firman Allah swt :
إن الذين لا يرجون لقاءنا و رضوا بالحيوة الدنيا و اطمأنوا بها و الذين هم عن ءاياتنا غافلون . أولئك مأواهم النار بما كانوا يكسبون
( يونس 7 - 8 )
“ Sesungguhnya orang - orang yang tidak mengharap pertemuan dengan kami dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang - orang yang lalai dari ayat - ayat kami , mereka itu tempatnya ialah neraka di sebabkan tindakan mereka .”
Kehancuran dunia hari ini berpunca dari kerakusan dan sikap tamak haloba segolongan manusia yang berusaha membolot kemewahan dunia . Masaalah penghakisan tanah , kepupusan hidupan liar , ketipisan lapisan ozon adalah antara permasaalahan yang mengancam kestabilan dunia angkara tindakan mereka . Firman Allah swt :
ظهر الفساد فى البر و البحر بما كسبت أيدى الناس ليذيقهم بعض الذي عملوا لعلهم يرجعون .
“ Telah dhohirlah kerosakkan di daratan dan di lautan angkara tangan manusia , supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada akibat perbuatan mereka . Semoga mereka kembali ( ke jalan yang benar ) . ”
Cinta dunia menjadi satu vacum yang membekukan daya juang dan kepekaan ummah terhadap rentak tari musuh . Faktor ini mengekalkan ummah di bawah paras ‘ lemah ’ seterusnya menggagalkan strategi pembinaan khilafah Islamiyyah . Sementara pelupusan iman , taqwa , tawakkal dan tawadhu’ yang mengakibatkan keonaran sosial juga bertunas cambah dari sentimen cinta dunia yang tidak berkesudahan .
قال أبو سليمان الدرانى : إن كانت الآخرة فى القلب جاءت الدنيا تزاحمها فإذا كانت الدنيا فى القلب لم تزاحمها الآخرة
لأن الآخرة كريمة و الدنيا لئيمة .
“ Jika akhirat berada didalam hati , akan datang dunia mendampinginya , jika dunia berada didalam hati , akhirat tidak akan mendampinginya kerana akhirat adalah kemuliaan sedang dunia adalah kecelaan .” [8]
Keindahan dunia sebagai satu saringan , yang sengaja dibentangkan oleh Allah untuk menguji siapakah mereka yang layak menduduki Jannatul Firdaus .
إنا جعلنا ما على الأرض زينة لها لنبلوهم أيهم أحسن عملا .
( الكهف 7 )
“ Sesungguhnya kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya , agar kami menguji mereka siapakah diantara mereka yang terbaik perbuatannya.”
Anasir cinta dunia .
1. Cinta harta .
Harta sering membuat manusia menjadi lupa diri dan tanggungjawab . Harta jugalah sering menewaskan kekuatan pejuang . Justeru itu Baginda Rasul saw. bersabda :
فو الله ما الفقر أخشى عليكم ولكنى أخشى عليكم أن تبسط عليكم الدنيا كما بسطت على من كان قبلكم
فتنافسوها كما تنافسوها فتهلككم كما أهلكتهم
( متفق عليه )
“ Demi Allah , bukan kefaqiran yang aku takut menimpa kamu , tetapi aku takut kamu di bentangkan dengan kemewahan dunia seperti dibentangkan kepada ummat dizaman dahulu , lalu kamu bergelumang dengan dunia dan merebutnya sebagaimana mereka sebelum kamu lalu kamu binasa sebagaimana mereka binasa .”
( Memiliki harta tidak dihalang oleh syara’ sebaliknya cinta harta itulah yang di pandang keji . Harta bermanafaat apabila ia menjadi alat bantu perjuangan menegakkan agama Allah swt .)
انفروا خفافا و ثقالا و جاهدوا بأموالكم و أنفسكم فى سبيل الله ذلكم خيرلكم إن كنتم تعلمون
( التوبة 41 )
“ Berangkatlah samaada ringan atau berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu di jalan Allah , sedemikian itu terlebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui .”
2. Cinta pangkat dan kedudukan .
Cinta pangkat dan kedudukan , jika turut melanda individu dalam gerakan Islam akan menyuburkan lagi persengketaan dingin yang melambatkan proses mencapai kemenangan . Jika disedari , satu soalan akan menerjah : untuk apa mengejar pangkat , kedudukan dan publisiti sedang di akhirat kelak kita akan menjadi manusia yang hina dina ?
Al Fudhail telah mengingatkan kita :[9]
لو كانت الدنيا من ذهب يفنى و الأخرة من خزف يبقى لكان ينبغى لنا أن نختار خزفا يبقى على ذهب يفنى
“ Kalaulah dunia ini terdiri dari emas yang akan binasa dan akhirat dari tanah bakar ( tembikar ) yang kekal , sayugianya kita memilih tanah bakar yang kekal berbanding emas yang binasa.”
3. Cinta keturunan ( Asobiyyah )
Sabda Rasulullah saw. :
ليس منا من دعا إلى عصبية و ليس منا من قاتل على عصبية و ليس منا من مات على عصبية .
( رواه أبو داود )
4. Cinta nafsu .
Firman Allah swt :
ولو اتبع الحق أهواءهم لفسدت السموات و الأرض .
( المؤمنون 17 )
“ Jika sekiranya kebenaran itu mengikut hawa nafsu mereka nescaya hancur berkecai langit dan bumi ”
Firman Allah swt :
و أما من خاف مقام ربه و نهى النفس عن الهوى فإن الجنة هى المأوى .
( النازعات 40 - 41 )
“ Dan adapun orang - orang yang takut kepada kebesaran tuhannya dan menahan keinginan hawa nafsu maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya .”
CINTA MUDA MUDI ( REMAJA ) :
PERMASAALAHAN DAN PENYELESAIAN .
Mengharungi pasca modern , mencetus komunikasi berani antara manusia . Sopan susila , adat budaya dan adab bangsa kian diketepikan . Susila barat , budaya hippies dan adat rimba dibangga - banggakan sebagai trend dunia terkini.
Muda mudi adalah egensi yang terlalu ketara membantu penguatkuasaan gejala keruntuhan moral . Pergaulan bebas menjadi slogan perjuangan mereka . Hidup mereka hanyut ke tengah gelombang ganas yang membunuh aqidah . Realiti ini suatu tragedi yang mencuit perasaan .
Cinta dikalangan muda mudi turut tercemar oleh wabak jijik yang bermaharajalela . seringkali percintaan antara mereka berakhir dengan kekecewaan dan maksiat yang keji .
Filem - filem cinta yang kini laris di pawagam - pawagam seluruh negara antara saham pihak berwajib dalam membentuk masyarakat muda mudi yang mabuk cinta tanpa peduli halal dan haram . Harus diingati bahawa kita selaku mukmin tidak sebebasnya bertindak sesuka hati . Sabda Rasulullah saw :
الدنيا سجن المؤمن و جنة الكافر .
( أخرجه مسلم )
“ Dunia ialah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”
Realiti sebuah tragedi .
Asy - Syaqi bersyair :
نظرة فابتسامة فسلام فكلام فموعد فلقاء و قال الشاعر : و ما الحب إلا نظرة اثر نظرة تزيد نموا إن تزده لجاجا .
Maksudnya :
1. Main mata dan senyum lirik sebagai agenda pertama dalam aksi mengorat . Sekiranya ada response , pasangan semakin bertindak .
2. Bersahut suara dan saling hubung - menghubungi melalui surat , telefon dan sebagainya . Kesempatan ini akan digunakan oleh kedua - dua pihak untuk berbuat sesuatu agar hubungan semakin erat termasuk penggunaan mentera .
3. Merancang pertemuan ( dating ) di tempat - tempat umum untuk meluahkan perasaan masing - masing . Bungaan ayat diluahkan demi memaut hati pasangan .
Contoh :
a . Lautan api sanggupku harungi .
b . Kalau tak percaya belahlah dada .
c . Berkorban apa saja , sanggup sehidup semati .
d . Sanggupku serahkan tubuh demi cinta .
4. Tatkala kemesraan kian bersemi , pasangan bercinta teramat sukar untuk tidak ‘ menyentuh ’ antara satu sama lain . Tindakan minima , mereka akan bersentuhan bahu dan berpegangan tangan ketika berjalan .Tindakan mereka lebih berani apabila mereka beraksi di tempat sunyi seperti kelab istirehat , kelab malam , di tepi pantai dan seumpamanya .
5. Sentuhan demi sentuhan disiri pertemuan berikutnya akan mematikan rasa malu yang ada pada pasangan tersebut . Nokhtah inilah bermula sebuah cinta bernoda . Palitan kotor dan lumuran jijik melingkari cinta mereka . Namun pasangan sebegini sering beralasan sekadar ‘ ringan - ringan ’
6. Sentuhan mula dilakukan dilakukan di bahagian yang paling biasa seperti mengurai rambut dan mengusap tangan . Fenomena yang dianggap biasa ini jarang dibantah oleh pihak gadis .
7. Akhirnya rentetan sebuah realiti membawa satu tragedi hina dek rangsangan nafsu rambang .
Begitulah gelumang cinta penuh noda lakonan muda mudi yang tidak berpedoman . Nafsu dan syahwat menjadi kriteria utama hidup mereka . Sedangkan Allah telah memperingatkan dalam firmanNya :
إن النفس لأمارة بالسوء
( يوسف 53 )
“ Sesungguhnya nafsu menganjur kejahatan ”
Gejala bohsia dan bohjan yang melanda negara kita hari ini , satu realiti yang mencemaskan . Nafsu mengatasi malu . Inilah bahana cinta nafsu yang tidak dibendung , malah ada pihak yang sengaja mencurah minyak di atas api yang sedang marak . Pencerobohan konsert Salem cool , Scorpion , Micheal Jackson , Inul Daratista dan lainnya ke negara kita tanpa restu dari orang yang beriman telah cukup membuktikan jenis minyak yang mereka curah ke atas api nafsu remaja yang sedang marak .
( Kajian terhadap pekerja kilang di Lembah Kelang membongkarkan : 21 % daripada mereka pernah berlaku sumbang . 14% sering melakukan hubungan seks dan 21 % lagi pernah melakukannya . “ Keruntuhan moral remaja ini banyak dipengaruhi oleh media massa , kemudahan mendapatkan video lucah , percampuran bebas lelaki dan perempuan serta sikap tidak ambil peduli jiran sekeliling .” ) [10]
Penyelesaian .
الإسلام هو الحال demikianlah slogan kebenaran . Pemendapan syariat Islam dalam mengemukakan teori penyelesaian terhadap krisis moral muda muda hari ini merupakan satu jenayah yang terlalu kejam . Lantaran tindakan itu mencetuskan pergeseran jiwa dan fitrah muda mudi tanpa panduan .
1. Mendalami urusan ugama . ( تفقه فى الدين )
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من يرد الله به خيرا يفقه فى الدين .
( رواه البخارى و مسلم)
“ Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah nescaya diberi faham tentang ugama”
Pendidikan Islam selayaknya dijadikan asas pendidikan dalam sebuah negara yang mengaku Islam sebagai ugama rasmi sementara ugama - ugama lain tetap dirai’ sistem pendidikan mereka . Sikap double standard yang meletakkan institusi pengajian Islam awam di kelas bawah punca kemelesetan ilmu dan aqidah .
Alasan masyarakat majmuk yang memaksa sistem pendidikan Islam tidak dijadikan asas pendidikan negara adalah alasan yang karut . Mengapa ugama rasmi negara yang majmuk ini di sebut sebagai Islam .? Kenapa tidak disebut ‘ ugama majmuk ’ ? dan kenapa pula pendidikan negara tidak disebut pendidikan Islam ? Soalnya , keseriousan dalam menangani ehwal ugama Islam masih bersifat pinggiran .
فمن يرد الله أن يهديه يشرح صدره للإسلام و من يرد أن يضله يجعل صدره ضيقا حرجا كأنما يصعد فى السماء كذالك يجعل الله الرجس على الذين لا يؤمنون .
( الأنعام 125 )
“ Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberi petunjuk padanya , nescaya Ia melapangkan dadanya untuk Islam . Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatan , nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit , seolah - olah ia sedang mendaki ke langit . Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang - orang yang tidak beriman .”
2. Tidak bergaul bebas . ( عدم الإختلاط المذموم )
Suasana percampuran lelaki dan perempuan tanpa kawalan syariat wajib dibasmi . Bermula dari sekolah hingga ke pusat hiburan . Pergaulan tanpa batas inilah punca menularnya gejala free sex atau zina terkutuk .
Firman Allah swt :
ولا تقربوا الزنا إنه كان فاحشة و ساء سبيلا .
( الإسراء 32 )
“ Dan jangan kamu hampiri zina maka sesungguhnya zina adalah perbuatan yang amat keji dan suatu jalan yang buruk.”
3. Membentuk keperibadian . ( تشكيل الشخصية )
قد أفلح من ذكاها و قد خاب من دساها .
( الشمس 9 )
“ Sesungguhnya beroleh kejayaanlah siapa yang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah siapa yang mengotorinya .”
Empat unsur pembentukan syakhsiyyah Islamiyyah .
a . Aqidah Rabbaniah ( العقيدة الربانية )
b . Komited dengan syariat Allah swt. ( الإلتزام بشريعة الله )
c . Melawan nafsu . ( المجاهدة بالحق )
d . Sabar menghadapi tentangan dalaman atau luaran. ( الصبر و المصابرة )
4. Berkomitmen dengan Jamaah Islam . ( الإلتزام بجماعة المسلمين )
Penglibatan dengan gerakan Islam dan aktivitinya sebagai benteng kukuh dari ancaman gelombang sosial yang tidak menentu . Dasar dan prinsip gerakan Islam mampu memandu jiwa ke jalan yang lurus sekaligus menanam rasa benci meluat kepada maksiat dan kebathilan .
Firman Allah swt :
ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير و يأمرون بامعروف و ينهون عن المنكر و أولئك هم المفلحون .
( ال عمران 104 )
“ Dan hendaklah ada dari kalangan kamu segolongan ummat ( Jamaah ) yang menyeru kepada kebajikan , menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran . Mereka orang - orang yang beruntung .”
5. Membentuk suasana yang baik . ( تكوين البئة الصالحة )
Mencipta lokasi solehah yang jauh dari agenda - agenda Iblis yang memukau ummah . Reka cipta ini mestilah di pandu oleh alim ulama’ dengan penuh sedar dan insaf .
Pembangunan Insan terlebih utama dari pembangunan metarial justeru yang akan mengendali metarial kelak ialah insan . Apakah ertinya pembangunan metarial yang serba terkini dengan bangunan puluhan tingkat dan sistem komunikasi canggih tetapi dihuni oleh mat - mat rock yang bermatlamatkan hiburan “dunia rock ” dan mereka yang korupsi aqidah .
Merealisasikan amal soleh dalam pelan pembangunan Insan dan metarial sayugianya ditangani oleh semua pihak bermula dari Dewan Rakyat sehinggalah ke Warung Rakyat .Firman Allah swt :
كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف و تنهون عن المنكر و تؤمنون بالله
( ال عمران 110 )
“ Kamu adalah sebaik - baik ummat yang dilahirkan untuk manusia , menyuruh yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah ”
6. Memuliakan sunnah perkahwinan . ( اشراف الزواج )
Perkahwinan sebagai institusi pembentukan dan pengurusan ummah yang bermoral . Sewajarnya ia menjadi program yang menggalakkan . Fenomena hari ini mendedahkan kepada umum bahawa perkahwinan amat sukar dilaksanakan dengan pelbagai peraturan ketat yang tidak munasabah dan adat yang keterlaluan seperti mensyaratkan khatam Al quran , hafal surah , mas kahwin terlalu tinggi dan sebagainya [11]. Memadailah syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam .
a. Muslim
b. Wali
c. Saksi
d. Ijab dan qabul
e. Mas kahwin .
Kesempurnaan rumahtangga muslim yang memerlukan kepada pengawalan dan penghayatan amal Islami merupakan suatu didikan yang berterusan , tidaklah ia menjadi semata - mata syarat untuk berkahwin . (Maksudnya : Kahwin atau tidak , amal Islami mesti dilaksanakan . )
Harus diinsafi , jangan sampai penzinaan itu menjadi lebih mudah dari perkahwinan sedang penzinaan mengundang murka Allah yang tidak dapat dibendung lagi melainkan taubat dan menjalani hukuman hudud . Sementara perkahwinan , walau asasnya serba lemah dan kurang , namun ia halal dan boleh diselamatkan dengan bimbingan dan pedoman amal Islami .
Kesukaran berkahwin menyebabkan muda mudi hari ini mengadakan “Majlis perkahwinan ” sendiri berwalikan janji - janji manis dan bersaksikan gelora nafsu bejad serta penyerahan ‘mahkota’ sebagai mas kahwinnya . Berlakulah penzinaan sebagai ijab dan qabul yang amat keji dan terkutuk . Soalnya siapa yang bertanggungjawab ??
Sabda Rasulullah saw :
يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر و أحصن للفرج و من لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء
( رواه البخارى و مسلم )
“ Wahai pemuda , barangsiapa yang mampu dikalangan kamu maka hendaklah berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana sesungguhnya puasa itu ada tutupan ( menutup nafsu ) ”
( Antara agenda yang membantu perkahwinan ialah menggunakan institusi “ orang tengah ” yang bersih dari pakatan noda dan dosa untuk menjayakan proses perkahwinan .)
CINTA SELEPAS BERKAHWIN
Cinta bersemarak dengan nilai yang suci murni dari dosa dan noda akan menumbuhkan kebahagiaan dan kepuasan yang hakiki . Cinta sebelum perkahwinan adalah dengusan perasaan yang sering membawa imej yang pura - pura dan keterlaluan .
Luahan perasaan dan rengekan suara antara pasangan yang belum halal hanyalah membentuk cinta bernoda dan dikuasai oleh helah syaithan . Sungguh pun batas syariat cuba di pelihara namun menjadi suatu hal yang perlu dibimbangi apabila berlansung hubungan cinta antara dua pasangan yang bukan muhram .
Sikap merahsiakan perhubungan antara pasangan bukan muhram ini antara api syubhat yang bakal membakar hangus benteng syariat antara mereka . Cinta di peringkat ini juga memberi kesan negatif kepada psikologi individu yang terlibat lantaran angan - angan dan khayalan yang sering menghantui .
Perkahwinan sebagai satu penyelesaian kepada konflik “ cinta lutong ” ini. Ianya akan mengajar erti realiti sebuah cinta . Cinta sejati adalah kemuncak rasa yang sukar dicapai . Pengorbanan dan ketabahan sebagai modal pokok kearah pencapaiannya .
Merentasi cabaran dan menyelami perasaan masing - masing ( antara kedua - dua pasangan ) akan menjelaskan nilai cinta murni yang suci dari penipuan dan khayalan bahkan penuh keinsafan dan tanggungjawab .
Tips cinta untuk kebahagiaan Bait Muslim .
Marhalah Amal Islami .[12]
1. Pembentukan peribadi muslim
2. Pembinaan rumahtangga muslim
3. Membimbing masyarakat menuju Ilahi
4. Membebaskan tanahair dari belenggu penjajahan kuffar
5. Memulihkan kerajaan dari sampukan thoghut .
6. Penguasaan alam .
( Seringkali isu kegagalan rumahtangga di perkatakan sehingga ia memberi kesan buruk kepada pasangan yang akan berkahwin . Dapat disaksikan di negara - negara barat apabila muda mudi mulai bosan dengan perkahwinan lantas mengamalkan free sex .)
Rumahtangga yang berjaya ialah yang memiliki suasana asas sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam firmanNya :
و من ءاياته أن خلق لكم من أنـفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة و رحمة إن فى ذلك لأيات لقوم يتفكرون
( الروم 21 )
“ Dan diantara tanda - tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk mu isteri - isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang . Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda - tanda bagi kaum yang berfikir .”
Pendakian ke puncak amal Islami iaitu Ustaziatul Alam ( Penguasaan Alam ) mestilah melalui beberapa marhalah dan aqabah . Bait muslim sebagai marhalah kedua merupakan aqabah yang sukar didaki dengan penuh jaya dan gemilang . Ketabahan , kesabaran dan kebijaksanaan antara prinsip untuk berjaya .
Rumahtangga pejuang Islam .
Aktivis gerakan Islam ( samaada pihak suami atau isteri ) sewajarnya memandang serious urusan mengenderai rumahtangga muslim agar ia tidak menjadi sebab gugurnya seorang aktivis . Penegasan ini dibuat memandangkan keaktifan pejuang memungkinkan rumahtangga terabai , sedang rumahtangga muslim adalah markaz terbaik untuk pengkaderan generasi akan datang yang bernaung di bawah lembayung Al quran dan jihad .
Kedua dua pihak ( pasangan suami isteri ) mesti memahami penglibatan aktifnya dalam gerakan Islam tanpa ia sendiri turut memahami bahawa rumahtangga muslim adalah salah satu agenda gerakan Islam , mencetuskan ketegangan atau kehambaran dalam hidup berumahtangga .
Kebijaksanaan menyusun program menurut prioriti mampu menyelamatkan keadaan . Suatu nokhtah penting yang memerlukan sebuah keinsafan bersama , bahawa rumahtangga yang gagal dan hambar adalah antara jalan rentas menuju ke garis penamat bagi episod perjuangan seorang aktivis .
Tips cinta untuk suami .
Bersikap baik dan lembut dengan isteri
Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak terburu menerima fitnah
Jangan sekali - kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik
Bersabar terhadap karenah isteri
Mengendali nafkah dengan ( tidak bakhil dan boros )
Bergurau senda dengan anak dan isteri ( berkasih sayang dan mesra )
Membantu tugas - tugas isteri dirumah
Jujur dan menepati janji dengan anak dan isteri
Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga
Tidak bermesra dengan wanita lain
Menjaga rahsia isteri
Tidak merendah - rendahkan isteri di hadapan orang lain
Tidak makan hasil kerja isteri .
Tips cinta untuk isteri .
Berterima kasih diatas pemberian suami dan senantiasa mengenang jasanya
walaupun kecil .
Segera memenuhi permintaan suami
Bertindak diatas keizinan suami , jangan sekali kali mengangkat suara .
Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri
Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi
Jaga hartanya dengan sebaik - baik tadbir
Jaga maruahnya dengan sebaik - baik taqdir
Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu daripadanya
Membantu urusan perjuangannya
Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami
Berlembut apabila dimarahi dan senyum apabila digembirakan
Mengekalkan sifat malu terhadap suami dan bijak menutur kata dihadapannya .
Menghormati keluarga suami
Menjaga rahsia suami
Tips cinta untuk kedua suami isteri .
Persefahaman
Ta'awun ( bekerjasama )
Wujudkan suasana romantis
Atasi bebanan kerja
Kepuasan seks
Elakkan sikap suka mengkritik pasangan
Saling percaya mempercayai diantara satu sama lai
Menghayati amal Islami
Kebijaksanaan mentadbir dan menyelesaikan masaalah rumahtangga .
Penutup.
Hidup manusia menjadi pasif tanpa cinta bahkan bertaraf durjana tatkala tiada nilai cinta rabbani yang menjadi asas pergerakkan manusia membebaskan diri daripada kepungan api neraka Allah . Justeru itu cinta harus dipertemukan dengan fitrah demi kesejagatan Al hayah ( kehidupan ) anugerah Ilahi .
Manusia wajib menyintai Allah swt. , Rasul saw. dan sesama mukmin sebagai teras pembinaan Daulah Islamiyyah Al Fadhilah . Tanpa cinta berperspektif Islam , dunia akan binasa dan musnah dek kemarau nusrah ( pertolongan ) dan hidayah Ilahi serta permusuhan manusia akan berpanjangan.
Nilai cintalah , ummat menjadi satu Izzah ( keunggulan ) menjadi milik mereka. Firman Allah swt :
و اعتصموا بحبل الله جميعا و لا تفرقوا و اذكروا نعمت الله عليكم إذ كنتم أعدآء فألف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمته إخوانا و كنتم على شفا حفرة من النار فأنقذكم منها كذلك يبين الله لكم ءاياته لعلكم تهتدون .
( ال عمران 103 )
“ Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulu bermusuh - musuhan , maka Allah menyatukan hati - hati kamu , lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah bersaudara dan kamu telah berada di jurang api neraka , lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya . Demikianlah Allah menerangkan ayat - ayatnya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk .”
CINTA ILAHI
DALAM SANUBARI API MERAH MENYALA
MEMBAKAR RASA MEMBAKAR JIWA
MERCU KEAGUNGAN MU
KU CARI DALAM SINAR RAHMAT MU
BERIBU HARAPAN KU PASRAHKAN
KE HADHRAT MU ILAHI
ILAHI
KURNIAAN CINTA SUCI
PENAWAR DOSA KU
YANG BERNANAH MEMBARAH DIHATI
QALBU MERONTA
RERANTAI MEMBELENGGU JIWA
TERSIKSA MENONGKAH DERITA
DI DALAM USAHA MENCARIMU
ILAHI
DALAM KEMBARAKU
TERSESAT FIRASAT
TANPA SULUHANMU TERBUANG
SENDIRIAN
INGINKU CAPAIKAN
MAHLIGAI CINTAMU
TAKKAN KU DERITA LAGI
SELEPAS NIKMAT CINTA INI
OH ILAHI
TERIMALAH CINTA KU
[1] Lihat ترجمة فى الطبقات الكبرى ( 1 : 65 )
[2] Lihat Tafsir Al Munir Juz. 1 m/s 79 oleh Prof. Dr. Wahbah Az Zuhaili .
[3] Meruju’ kepada ‘ Pengumuman penting ’ dalam Siaran Jamaah Al quran Malaysia ( IQRA’ ) Jil. 3 Bil. 3 ( Jun 1995 )
[4] Al - umm bagi Imam Syafie .
[5] Risalah كيف السبيل إلى وحدة الأمة الإسلامية oleh Abu A’la Maududi .
[6] أحادث الجمعة oleh Imam Hasan Al Banna
[7] Shohih Bukhari . Kitabul Iman , bab حلاوة الإيمان
[8] Lihat المسـتخلص من تزكية الأنفس oleh : Us. Said Hawa m/s 253
[9] Lihat المسـتخلص فى تزكية الأنفس oleh Us. Said Hawa m/s 253
[10] Berita minggu 25 Jun 1995 . Kenyataan Anggota EXCO Kerajaan Negeri Selangor Dr. Zainal Abidin Ahmad .
[11] Lihat عقبات الزواج oleh Abdullah Nasih Ulwan .
[12] Lihat Nazarat fi Risalatul Taalim oleh Muhammad Abdullah Khatib m/s 229
Sunday, January 24, 2010
~ PERSPEKTIF CINTA DALAM ISLAM ~
Thursday, January 21, 2010
~AWALUDDIN MAKRIFATULLAH~
AWALUDDIN MAKRIFATULLAH
Awal-awal agama adalah mengenal Allah." Usaha asas untuk membawa kebesaran Allah kedalam hati kita adalah dengan menyakini Kalimah Laillahaillallah, dan ikut jalan Rasulullah SAW.
Sabda Rasullulah SAW:
"Awal-awal agama adalah mengenal ALLAH".
Ini menunjukkan pentingnya mengenal ALLAH sebagai Tuhan, sehingga perkara pertama yang mesti dikenalkan kepada manusia adalah ALLAH.
Salah satu cara mengenal Allah ialah dengan mengenal diri sendiri. Maksudnya ialah hakikat diri yang sebenarnya. Adapun maksud diri yang sebenarnya itu bukanlah diri yang bersifat lahiriah, kerana jasad ini tidak membawa makna yang sebenar untuk mengenal Allah SWT.
Pada abad moden ini ramai dikalangan kita tidak mengenal dirinya yang sebenar. Mereka menganggap bahawa dirinya hanyalah tubuh badan yang terdiri daripada kulit, daging, tulang, darah dan sebagainya. Yang dimaksudkan diri yang sebenarnya ialah diri batin/roh iaitu diri yang datang dan akan kembali kepada Allah SWT.
Ulama ilmu ketuhanan atau ilmu tauhid berpegang bahawa diri kita ini merupakan tangga untuk mengenal Allah, sesuai dengan dalil yang mengatakan "Siapa yang mengenal dirinya, sesungguhnya ia akan mengenal Tuhan-nya". Dikalangan ulama tasauf atau ulama ilmu ketuhanan selalu menasihatkan carilah diri kamu di dalam diri", maksudnya ialah menyuruh agar kita mencari hakikat diri kita yang sebenarnya terlebih dahulu. Apabila kita telah menemukan diri kita yang sebenarnya pasti kita akan mengakui hakikat adanya Allah SWT.
Mengajak manusia untuk mengenal ALLAH tidak sama dengan mengajak untuk percaya kepada ALLAH. Hari ini pun jika kita tanya setiap orang tentang adanya ALLAH pasti percaya akan adanya ALLAH. Tetapi dalam kenyataannya seolah-olah ALLAH sudah tidak ada dalam kehidupannya.
Pada perasaan terkesan ada atau tidaknya ALLAH sama saja. Manusia sudah tidak mengkaitkan setiap kejadian dengan ALLAH, hanya dikaitkan dengan sebab-sebab lahirnya saja. Banjir, gempa bumi dan bermacam-macam bencana alam yang lain dianggap sebagai bencana alam biasa, tidak dikaitkan oleh peringatan dan hukuman ALLAH bagi hamba-hambaNya yang sudah lalai denganNya.
Tetapi apabila manusia telah mengenal ALLAH barulah jiwanya hidup. ALLAH Maha Berkuasa, Menghidupkan dan Mematikan, Maha Mendengar dan Melihat, Penjaga dan Pelindung, yang mewujudkan apa saja di dunia ataupun di akhirat. Tidak ada sebutir debu pun yang wujud tanpa sepengetahuan ALLAH. ALLAH lah yang menciptaan langit dan bumi seisinya, yang menciptakan manusia, hewan, tumbuhan dan lain-lainnya.
Tidak takut dan cintakah kita dengan ALLAH?... Padahal baru beberapa sifat saja yang kita lihat. Jika manusia telah merasakan nikmat yang diberikan ALLAH dan kehebatanNya, barulah timbul rasa cinta dan takut kepada ALLAH. Jika melakukan perbuatan, meskipun sekecil apapun, dia akan bertanya-tanya dalam hatinya apakah ALLAH suka atau tidak dengan perbuatanku ini. Inilah obat yang paling mujarab, obat utama untuk manusia terhadap penyakit-penyakitnya di dunia yang sementara ini.
Bila rasa cinta kepada ALLAH telah timbul dan tertanam dalam hati seseorang, maka dia akan menyayangi seluruh milik ALLAH, baik itu manusia, tumbuhan, hewan, dan seluruh makhluk serta isi bumi baik yang terlihat mata ataupun tidak. Bila manusia telah takut dengan ALLAH maka manusia tidak akan melakukan hal-hal yang negatif, sehingga sebenarnya tidak lagi diperlukan suatu undang-undang atau peraturan untuk mengatur manusia yang dibuat manusia sendiri, kerana pada hakikatnya manusia tidak berani melakukan hal-hal negatif dan akan berkasih sayang dengan setiap apapun ciptaan ALLAH jika manusia telah cinta dan takutkan ALLAH, Tuhan semesta alam.
Setiap manusia perlu memperjuangkan ALLAH, agar orang kenal ALLAH. Sehingga akan timbul kehidupan manusia yang damai dan sejahtera sesuai fitrah manusia. Pada kenyataannya pada hari ini sebagian umat Islam jika akan memperjuangkan Islam, diperjuangkannya dulu syariatnya. Bukan memperjuangkan ALLAH dulu supaya kenal dengan ALLAH. Padahal yang mempunyai syariat adalah ALLAH dan Allah lah yang sepatutnya diperkenalkan dan diperjuangkan terlebih dulu.
Rasullulah SAW berjuang selama 13 tahun untuk menanamkan iman dan tauhid. ALLAH diperkenalkan dulu, sehingga mereka kenal ALLAH dan timbul rasa cinta dan takut dengan ALLAH. Bila mengenalkan syariat dulu orang akan menerima Islam tidak dengan suka rela tetapi dengan terpaksa, sebab telah diikat oleh halal dan haram.
Sebagai contoh seorang anak disuruh begitu saja untuk menyiram tanaman bunga, dia tidak diceritakan dulu bahwa bunga itu adalah milik ibunya yang melahirkannya, mengasihinya memeliharanya dari kecil. Kemungkinan anak itu akan melakukan kerja itu dengan terpaksa. Tetapi apabila anak itu tahu bahwa bunga itu adalah milik ibunya yang telah melahirkannya dan memeliharanya tentulah anak itu akan merasa sangat nikmat untuk berkhidmat kepada ibunya, dan rela melakukan apa saja demi ibunya.
Begitu juga dengan ugama kita, sebelum dikenalkan kepada syariatnya maka perkara pertama yang harus diperkenalkan dulu adalah dengan yang mempunyai syariat. Bukan hanya sekedar hafal, tahu sifat-sifatnya tapi mengenal ALLAH dengan hati sehingga di hayati. Maka akan timbul rasa cinta dan takut dan ingin berkhidmat kepadaNya. Beribadah kepada ALLAH melalui pelbagai ibadah dan berkhidmat kepada masyarakat akan terasa indah dan nikmat, sebab atas dasar cinta dan takut dengan ALLAH.
Mengenal ALLAH sebagai Tuhan, itulah rahmat paling besar. Itulah obat bagi penyakit-penyakit manusia di dunia ini. Apabila seseorang tidak mengenal Allah, segala amal baiknya tidak akan sampai kepada Allah SWT. Sedangkan, segala perintah suruh yang kita buat, baik yang berbentuk fardhu maupun sunat, dan segala perintah larangan yang kita jauhi, baik yang berbentuk haram ataupun makruh, merupakan persembahan yang hendak kita berikan kepada Allah SWT.
Kalau kita tidak kenal ALLAH SWT, maka segala persembahan itu tidak akan sampai kepadaNya. Ini berarti, sia-sialah segala amalan yang kita perbuat. Bila seseorang itu sudah kenal ALLAH SWT, barulah apabila ia berpuasa, puasanya akan sampai kepada ALLAH SWT. Apabila ia shalat, maka shalatnya akan sampai kepada ALLAH SWT. Apabila dia berzakat, zakatnya akan sampai kepada-Nya. Apabila dia menunaikan ibadah haji, maka hajinya akan sampai kepada ALLAH SWT. Apabila dia berjuang, berjihad, bersedekah dan berkorban, serta membuat segala amal bakti, semuanya akan sampai kepada-Nya.
Oleh itu makrifatullah (mengenal Allah) itu sangat penting bagi kita. Jika kita tidak kenal Allah, kita bimbang segala amal ibadah kita tidak akan sampai kepada-Nya, ia menjadi sia-sia belaka.
Boleh jadi kita hanya akan tertipu syaitan saja. Kita menyangka amalan yang kita perbuat sudah kita persembahkan pada Allah SWT, padahal itu adalah perangkap syaitan. Inilah akibatnya jika tidak mengenal Allah SWT, sehingga kita tidak mampu membedakan ILAH (Allah SWT) atau syaitan yang menipu daya.
Sebab itu mengenal Allah SWT itu hukumnya fardhu a'in bagi tiap-tiap mukmin. Mengenal Allah dapat kita lakukan dengan cara memahami sifat sifat-Nya. Kita tidak akan mengenal Allah melalui zat-Nya karena membayangkan zat Allah itu adalah suatu perkara yang sudah diluar batas kesanggupan akal kita sebagai makhluk Allah SWT. Kita hanya dapat mengenal Allah melalui sifat-sifat-Nya. Untuk mengenal Allah itu, kita memerlukan dalil aqli dan dalil naqli.
Dalil aqli adalah dalil yang bersumber dari akal (aqli/akal).
Dan dalil naqli adalah dalil yang bersumber dari Al Qur'an dan As-sunnah.
Melalui dalil aqli dan dalil naqli ini sajalah kita dapat mengenal Allah SWT. Tanpa dalil-dalil, kita tidak dapat mengetahui sifat-sifat Allah SWT, dan kalau kita tidak mengetahui sifat-sifat Allah SWT, berarti kitapun tidak mengenal Allah SWT.
SIFAT SIFAT ALLAH
sifat-sifat wajib
sifat kesempurnaan yang pasti dimiliki Allah SWT, jumlahnya ada 20.
Sifat-sifat mustahil
sifat-sifat yang mustahil yang dimiliki Allah SWT, jumlahnya juga ada 20.
Sifat Jaiz/mubah
sifat-sifat bagi Allah SWT, jumlahnya hanya satu, iaitu ALLAH SWT berkehendak sesuatu atau tidak berkehendak.
Rasulullah SAW berjuang selama tiga belas tahun di Makkah. Itulah masa Rasulullah berdakwah dan menghimpun para pengikutnya. mula-mula secara sembunyi-sembunyi dan kemudian secara terang-terangan. Dalam masa tiga belas tahun itu, Rasulullah hanya 'membawa Tuhan' kepada para Sahabat dan memperkenalkan para Sahabat kepada Tuhan. Dalam majelis yang resmi atau tidak resmi, dalam keramaian, apabila sedang berjalan-jalan dengan para Sahabat, bahkan di setiap waktu Rasulullah menceritakan tentang Allah dan hari Akhirat. Tentang kebesaran, kesucian dan kekuasaan-Nya. Tentang kasih sayang dan keampunan-Nya. Tentang kuasa dan iradah-Nya dan tentang segala sifat yang ada pada Tuhan.
Segala sifat-sifat Allah itu sangat-sangat dihayati oleh para Sahabat hingga mereka menjadi amat kenal dengan Tuhan. Bukan sekedar tahu, tetapi sangat kenal. Mereka menjadi orang-orang yang arifbillah. Hati-hati mereka sangat dekat dengan Tuhan, sangat sensitif dan peka dengan Tuhan. Mereka sangat menghayati kebesaran dan keagungan Tuhan.
Akhirnya jadilah para Sahabat orang-orang yang sangat cinta dan takut kepada Tuhan. Dalam hidup mereka, Allah lah yang menjadi perhatian utama. Allah lah yang bertakhta di hati-hati mereka. Banyak di kalangan Sahabat yang menjadi begitu takut dan rindu pada Tuhan dan karenanya hanya Tuhan yang memenuhi fikiran dan perasaan mereka. Perasaan takut dan cinta ini sangat kuat dan mendalam hingga adakalanya hati-hati para Sahabat tidak dapat menanggung bebannya. Ada Sahabat yang langsung mati ketika mengingat kebesaran Allah. Ada yang mati ketika ada orang menyebut nama Allah.
Sementara yang jatuh pingsan dan tidak sadarkan diri lebih banyak lagi. Bila disebut nama Allah, gementar hati-hati mereka. Namun dengan hati yang begitu tergila-gila dan rindu pada Tuhan, mereka tidak mempunyai jalan atau cara untuk melepaskan perasaan mereka. Mereka tidak ada cara untuk berhubungan atau berinteraksi dengan Tuhan. Maka terpaksa mereka menanggung dan memendam rasa cinta dan rindu itu. Mereka seolah-olah orang yang begitu dahaga tetapi tidak mendapat air untuk diminum. Mereka seperti orang yang sangat kelaparan tetapi tidak ada apa-apa untuk dimakan.
Mereka seperti orang yang sangat merindukan Kekasih Agungnya tetapi tidak dapat bertemu untuk memuji-muji dan meluahkan segala perasaan yang terpendam dan tercetus di hati. Allah biarkan saja mereka jadi begitu. Hanya pada tahun yang kesebelas, baru berlaku peristiwa Isra' Mi'raj.
Akhirnya baru pada tahun kesebelas datang perintah shalat. Itulah satu hadiah yang sangat besar yang Allah kurniakan kepada para Sahabat supaya mereka dapat berinteraksi dan berhubung dengan-Nya. Supaya mereka dapat melepaskan segala perasaan rindu yang selama ini mereka tanggung. Supaya mereka dapat mengadu, berbicara, berbisik-bisik dan meminta-minta kepada Tuhan. Supaya mereka dapat meluahkan segala isi hati mereka dan bermanja-manja dengan Tuhan. Sungguh shalat itu suatu karunia yang amat besar bagi para Sahabat. Ia ibarat air di kala dahaga. Ia ibarat makanan di kala lapar. Ia ibarat pertemuan dengan kekasih yang sangat dirindukan.
Shalat menjadi buah hati Rasulullah dan para Sahabat. Shalat adalah istirahat/relaksasi bagi mereka.
Sabda Rasulullah SAW:
"Shalat adalah penyejuk mataku."
Baginda juga pernah menyuruh Sayidina Bilal r.a. untuk azan dengan berkata :
"Wahai Bilal, berilah istirahat kepada kita semua!"
Demikianlah kedudukan shalat di hati Rasul dan para Sahabat. Tidak heranlah mereka tenggelam di dalam shalat. Mereka 'mi'raj' di dalam shalat. Tidak heran juga, ketika shalat, mereka lupa tentang dunia ini dan segala isinya baik yang berupa nikmat maupun kesusahan. Mereka asyik dan masyuk dengan Tuhan dalam shalat. Sayidina Ali k.w. lantaran khusyuknya di dalam shalat, tidak terasa apa-apa ketika dicabut anak panah dari betisnya. Shalat mereka yang sebeginilah yang telah menjadikan mereka pribadi-pribadi agung. Agung keimanan mereka. Agung keyakinan mereka dan agung akhlak mereka. Allah kurniakan kepada mereka 3/4 dunia dan semua bangsa bernaung di bawah kekuasaan mereka. Mereka membawa kedamaian dan keselamatan. Mereka penuhi dunia ini dengan keadilan dan kebahagiaan. Di sini kita sungguh-sungguh dapat melihat konsep pendidikan Rasulullah, yaitu awaludin ma'rifatullah. Awal-awal agama mengenal Allah.
Para Sahabat dikenalkan kepada Allah hingga mereka menjadi orang-orang yang arifbillah, yaitu orang-orang yang sangat takut, cinta dan rindu kepada Allah dan orang-orang yang mabuk cinta dengan Allah. Dalam keadaan begitulah baru mereka diperintahkan untuk shalat dan menegakkan syariat Allah. Keseluruhan perintah syariat yang beribu-ribu itu diturunkan di Madinah. Ia hanya memakan waktu 10 tahun,
dibanding memperkenalkan Tuhan yang esa itu, yang memakan waktu 13 tahun di Makkah.
Orang-orang yang menegakkan syariat Allah di Madinah itu sebenarnya ialah orang-orang yang sudah teramat takut dan cinta pada Tuhan. Orang-orang yang arifbillah. Hanya orang-orang seperti ini sahaja yang mampu menegakkan syariat Allah. Yang mampu memperjuangkan agama Allah. Yang mampu berkorban ke jalan Allah. Itulah kelemahan umat Islam hari ini. Sekedar tahu tentang Tuhan. Sekedar ada ilmu tentang Tuhan. Sekedar alimbillah. Tuhan masih di akal saja, belum di hati. Belum ada rasa bertuhan.
Orang yang belum kenal Tuhan dan orang yang belum memiliki rasa takut dan cinta pada Tuhan, mereka tidak akan mampu mendirikan shalat dan menegakkan syariat. Kalau pun mereka melakukannya, ia dilakukan secara terpaksa. Melakukan kerja secara terpaksa memang pahit, sakit dan perih. Sulit untuk istiqomah. Kenapa kita tidak membawa Tuhan kepada mereka?.... Kenapa tidak kita perkenalkan Tuhan kepada mereka?....
Jika manusia betul-betul kenal Tuhan, mereka tidak akan dapat mengelak diri dari jatuh cinta dan rindu kepada-Nya. Mereka tidak akan dapat mengelak diri dari mau berbakti kepada-Nya untuk merebut cinta dan kasih sayang-Nya. Bagaimana kita tidak sayang dan tidak jatuh hati kepada Allah yang begitu menjaga, begitu mengawasi dan memenuhi segala keinginan dan keperluan kita. Yang penuh kasih dan belas kasihan kepada kita. Yang menyayangi kita lebih dari ibu kita sendiri. Yang menjaga kita siang dan malam tanpa istirahat dan tanpa tidur. Yang tidak pernah melupakan kita.
Marilah kita kembalikan manusia kepada Tuhan. Marilah kita perkenalkan Tuhan kepada manusia supaya manusia kenal akan Tuhan. Karena awal-awal agama adalah mengenal Tuhan. Selagi kita belum kenal Tuhan, selagi itu kita belum mampu untuk beragama atau untuk menegakkan agama. Mengenal Tuhan itu tidak cukup sekedar tahu tentang Tuhan atau tahu tentang sifat-sifat Tuhan secara ilmunya, tetapi bagaimana merasakannya di hati. Hati mendapat rasa bertuhan, hati merasa Tuhan sentiasa melihat, hati merasa Tuhan itu Maha Mendengar, hati merasakan Tuhan itu berkuasa berbuat apa saja kepada hamba-Nya, hati merasakan Tuhan itu pengasih dan penyayang, yang sentiasa mencurahkan rezeki kepada hamba-Nya.
Setelah hati memiliki rasa bertuhan, hati akan dipenuhi rasa kehambaan, iaitu rasa lemah, rasa berdosa, rasa bergantung harap kepada-Nya. Hati merasa takut dan cinta pada Tuhan sepertimana yang dirasakan oleh para Sahabat yang di didik oleh Rasulullah lebih 1400 tahun yang lalu.
Wallahu'alam....
Thursday, October 22, 2009
Surah Al-Fatihah

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”
Sejak dahulu sudah menjadi kebiasaan di kalangan umat manusia bahwa pekerjaan-pekerjaan penting selalu dimulai dengan menyebut nama para pembesar mereka untuk mendapat berkah darinya. Umpamanya, para penyembah patung atau berhala, mencari berkah dengan nama atau dengan kehadiran para kepala negara. Akan tetapi, Dzat yang lebih besar diantara segala sesuatu yang besar adalah Allah SWT dimana kehidupan segala sesuatu yang hidup ini bermula dari-Nya.
Bukan hanya kitab alam semesta, akan tetapi kitab syareat, yaitu Al-Quran dan semua kitab samawi dimulai dengan nama-Nya. Islam mengajarkan kepada kita agar pekerjaan-pekerjaan kita, yang kecil dan yang besar, makan dan minum, tidur dan bangun, bepergian dan menaiki kendaraan, berbicara dan menulis, kerja dan usaha, dan seterusnya hendaknya kita mulai dengan dengan menyebut nama Allah (Bismillah).
Jika seekor binatang disembelih tanpa menyebut nama Allah, maka kita dilarang memakan daging binatang tersebut. Kata-kata "Bismillah" tidak terbatas pada agama Islam saja. Menurut ayat-ayat Al-Quran, kapal Nabi Nuh as juga bergerak diawali dengan kalimat "Bismillah." Begitu juga surat Nabi Sulaiman as kepada Ratu Balqis. "Bismillah adalah sebuah ayat lengkap, dan bagian dari Surat Al-Fatihah.
Oleh sebab itu, Ahlul Bait Nabi SAWW tidak menyukai orang yang tidak membacanya atau membacanya dengan suara pelan di dalam salatnya. Mereka sendiri selalu membaca ayat: "bismillahirrahmanirrahim" dengan suara keras di dalam setiap salat yang mereka lakukan.
Ada beberapa hal yang dapat kita ambil sebagai pelajaran dari ayat ini. Pertama: "Bismillah" merupakan sumber berkah dan jaminan bagi setiap pekerjaan, juga merupakan tanda tawakkal kepada Allah dan permohonan bantuan dari-nya. Kedua: "Bismillah" memberi warna ketuhanan kepada setiap pekerjaan, dan menyelamatkan pekerjaan-pekerjaan manusia dari bahaya syirik dan riya. Ketiga: "Bismillah" artinya: Ya Allah aku tidak melupakan-Mu, maka janganlah Engkau melupakan aku. Keempat: Orang yang mengucapkan "Bismillah" berarti telah menggabungkan diri kepada kekuatan tak terbatas dan lautan rahmat Ilahi yang tak bertepi.
"Segala puji hanya bagi Allah Tuhan seluruh Alam."
Setelah menyebut nama Allah, maka kalimat pertama yang kita ucapkan ialah syukur kepadanya. Allah Tuhan yang perkembangan dan kehidupan segala sesuatu di jagad raya dan alam semesta ini bersumber darinya, baik alam benda mati maupun benda hidup, baik yang ada di bumi maupun yang ada di langit. Dia-lah yang mengajarkan kepada lebah madu dari mana mencari makanan dan bagaimana cara membuat sarang. Dia juga mengajarkan kepada semut bagaimana menyimpan makanannya untuk musim dingin. Dia pulalah yang menumbuhkan batang-batang gandum yang penuh dengan biji-biji hanya dari sebutir gandum, juga menumbuhkan sebatang pohon apel dari sebutir biji apel.
Dia-lah yang menciptakan langit dengan kehebatan yang amat besar ini dan menetapkan garis peredaran setiap bintang dan setiap galaksinya. Dia-lah yang menciptakan kita dari setetes air yang memancar dan menumbuhkan kita di dalam perut ibu selama kurang lebih 6 hingga 9 bulan. Lalu setelah kita lahir ke dunia Dia pun menyediakan segala keperluan untuk perkembangan kita. Dia membentuk badan kita sedemikian rupa sehingga mampu mempertahankan diri dari kuman-kuman penyebab penyakit dan jika salah satu tulang tubuh kita patah atau retak, maka tubuh kita memiliki kemampuan untuk mengatasinya sedemikian rupa. Kemudian jika tubuh memerlukan darah maka secara alami ia memproduksinya untuk memenuhi keperluan tersebut.
Meski demikian, yang berada di tangan Allah bukan hanya perkembangan dan pemeliharan tubuh kita saja, karena Dia juga menciptakan akal dan perasaan untuk kita lalu mengutus para nabi dan menurunkan kitab-kitab samawi untuk membina kita.
Dari ayat ini ada satu hal yang dapat kita petik sebagai pelajaran yaitu bahwa ketergantungan kita dan seluruh alam semesta ini kepada Allah. Bukan hanya pada saat perciptaan, akan tetapi perkembangan dan keterpeliharaan kita juga datang dari-Nya. Oleh karena itu, hubungan Allah dengan segala yang maujud ini bersifat selamanya dan kekal.
Atas dasar ini pula kita harus mensyukuri nikmat-nikmat-Nya. Bukan hanya di dunia, di hari akhiratpun ucapan para penghuni surga ialah alhamdulillahi rabbil alamiin.
"Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
Allah yang kita imani ialah Wujud yang penuh kasih sayang, cinta, maaf dan ampunan. Contoh-contoh rahmat dan cinta-Nya terdapat di dalam kebesaran nikmat-nikmatNya yang tak terhingga untuk kita. Bunga-bunga yang indah berbau harum, buah-buahan yang manis dan lezat rasanya, berbagai bahan makanan yang lezat dan bergizi, bahan-bahan pakaian yang beraneka warna, dan lain sebagainya adalah anugerah yang diberikan Allah kepada kita.
Kecinta seorang ibu kepada anaknya Dia tanamkan di dalam sanubari ibu kita, sedangkan Allah sendiri memiliki cinta yang jauh lebih besar daripada kecintaan ibu kepada anaknya. Kemurkaan dan siksaannya pun datang dari tindakan Allah yang bertujuan memperingatkan dan adanya perhatian Allah terhadap kita. Bukannya karena sifat dendam atau niat menuntut balas.
Oleh karena itu jika kita bertaubat dan menutupi kesalahan yang kita lakukan maka Allah pasti akan mengampuni dan menghapus kesalahan. Dari ayat ini dapat kita ambil pelajaran bahwa Allah selalu mendidik dan memelihara segala yang maujud ini dengan rahmat dan mahabbah, karena di samping sifatnya sebagai Rabbul Alamin, penguasan dan pemeliharaan semesta alam, Dia juga menyebut diri-Nya sebagai Arrahman dan Arrahim, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Oleh karena itu jika para pengajar dan pendidik ingin mendapatkan sukses, maka mereka harus bekerja berdasarkan mahabbah dan kasih sayang.
"Pemilik hari pembalasan."
Kata-kata 'din' berarti mazhab atau agama juga berarti pembalasan. Adapun yang dimaksudkan dengan Yaumiddin ialah Hari Qiyamat yang merupakan hari perhitungan pemberian pahala dan pembalasan.
Meskipun Allah SWT adalah pemilik dan penguasa dunia sekaligus pemilik Akhirat, namun kepemilikan dan kekuasaan-Nya di hari Qiyamat memiliki bentuk yang berbeda. Di hari itu tak ada siapa pun yang menguasai sesuatu. Harta kekayaan dan anak sama sekali tidak memiliki peran. Sahabat dan kerabat tak memiliki kekuasaan apapun. Bahkan seseorang tidak memiliki kekuasaan terhadap anggota tubuhnya sendiri. Lidah tak diizinkan untuk mengucapkan permohonan ampun. Tidak pula pikiran memiliki kesempatan untuk berpikir. Hanya Allah yang memiliki kekuasaan penuh di hari itu.
Dari ayat ini terdapat beberapa hal yang dapat kita pelajara. Pertama, di samping harapakan akan rahmat Allah yang tak terbatas sebagaimana yang dipaparkan dalam ayat sebelumnya, kita juga harus merasa takut kepada perhitungan dan pembalasan hari kiamat. Kedua, dengan beriman kepada hari kiamat kita tidak perlu cemas bahwa perbuatan-perbuatan baik kita tidak akan memperoleh balasan atau pahala. Ketiga, Allah SWT Maha Mengetahui segala perbuatan baik dan buruk yang kita lakukan dan Dia Maha Mampu untuk memberikan balasan dan pahala.
"Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada-Mu-lah kami meminta pertolongan."
Di dalam ayat-ayat yang lalu Allah telah kita kenal bahwa Dia itu Rahman dan Rahim serta Rabbul `Alamin juga Maliki Yaumiddin. Sementara oleh karena kehebatan ciptaan-Nya dan nikmat-nikmat-Nya yang tak terhitung yang Dia curahkan kepada kita, maka kita mengucapkan syukur dan pujian kepadanya dengan mengatakan Alhamdulillahi rabbil `alamin.
Sudah sepatutnyalah jika sekiranya kita menghadapkan diri kita kepadanya, dan seraya mengakui ketidakmampuan dan kelemahan kita maka kita juga mengatakan bahwa kita adalah hamba-hamba-Nya yang tulus. Kita ucapkan, Ya Allah, hanya dihadapan perintah-Mu-lah kami menundukkan kepala, bukan dihadapan perintah selain-Mu. Kami bukanlah hamba-hamba emas dan kekayaan duniawi juga bukan budak-budaknya kekuatan dan kekuasaan imperialis.
Oleh karena solat yang merupakan manifestasi ibadah dan penyembahan Tuhan ditunaikan secara berjamaah maka umat Islam satu suara di dalam satu barisan secara kompak menyatakan 'iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta'iin' , yaitu bahwa bukan hanya aku melainkan kami semua adalah hamba-hamba-Mu dan kepada-Mulah kami memohon pertolongan. Ya Allah bahkan ibadah yang kami tunaikan ini pun adalah berkat pertolongan-Mu. Jika Engkau tidak menolong kami, niscaya kami akan menjadi hamba dan budak selain-Mu.
Kesimpulan yang dapat diambil sebagai pelajaran dari ayat ini ialah sebagai berikut:
Pertama, meskipun undang-undang yang menguasai alam materi dan formula-formula fisika dan kimia kita yakini, namun semua itu berada di bawah kekuasaan Allah dan di bawah kehendak-Nya. Karenanya, kita harus berserah diri kepada Allah, bukan kepada alam. Hanya kepada Allah kita memohon bantuan, termasuk dalam urusan materi.
Kedua, jika dalam setiap solat dengan sepenuh hati dan khusyuk kita nyatakan bahwa kita hanya menghambakan diri kepada Allah, maka kita tidak akan menjadi orang yang congkak dan takabur.
"Tunjukilah kami jalan yang lurus"
Untuk kehidupan manusia terdapat bermacam-macam jalan. Jalan yang ditentukan sendiri oleh manusia berdasarkan keinginan dan tuntutan-tuntutan pribadi, jalan yang dilalui oleh masyarakat, jalan yang dilewati oleh orang-orang tua dan orang-orang bijak kita, jalan yang digariskan untuk masyarakat oleh para taghut dan penguasa lalim, jalan kelezatan lahiriyah duniawi, atau jalan uzlah atau pengasingan diri dari segala bentuk aktifitas sosial.
Di antara sekian banyak jalan dan berbagai cara hidup, apakah manusia tidak memerlukan petunjuk untuk dapat menemukan jalan yang lurus? Allah telah mengutus para nabi dan menurunkan kitab-kitab samawi. Dan hidayah kita terletak pada ketaatan dan kesungguhan kita dalam mentaati Rasulullah SAWW, Ahlul Bait, dan AlQuranul Karim. Oleh sebab itulah dalam setiap salat kita memohon kepada Allah agar menunjuki kita jalan-Nya yang terang dan lurus.
Jalan lurus adalah jalan tengah dan moderat. Jalan yang lurus berarti jalan keseimbangan dan kemoderatan di dalam segala urusan serta keterjauhan dari segala bentuk sifat ekstrim. Sebagian orang dalam menerima pokok-pokok akidah mengalami penyimpangan, sementara sebagian yang lain dalam amal perbuatan dan akhlak, dan yang lain menisbatkan segala perbuatan kepada Allah sehingga menurut mereka manusia tak lagi memiliki kehendak dan peran dalam menentukan nasib sendiri. Ada pula orang lain yang menganggap dirinyalah yang menentukan segala urusan dan pekerjaan sehingga menurut mereka Allah SWT tak lagi memiliki peran sama sekali.
Sebagian orang kafir menganggap para pemimpin agama Ilahi sebagai manusia biasa dan bahkan martabatnya lebih rendah lagi, sebagai orang gila, misalnya. Di lain pihak, sebagian orang yang mengaku beriman menganggap beberapa nabi seperti Nabi Isa Al-Masih as sedemikian tinggi derajatnya sehingga mencapai batas ketuhanan. Pikiran semacam ini menunjukkan penyimpang dari jalan yang lurus yang dicontohkan oleh Rasulullah SAWW dan Ahlul Bait as.
Al Qur'an Al Karim juga memerintahkan kita agar menjaga keseimbangan dan jalan tengah dalam urusan ibadah, ekonomi dan sosial. Beberapa ayat berikut ini adalah contoh yang akan kita tampilkan: Di dalam ayat 31 surat Al-A'raf, Allah SWT berfirman yang artinya:"Makan dan minumlah, akan tetapi janganlah kalian berlebihan". Di dalam ayat 110 surat Al-Isra' Allah SWT berfirman yang artinya: "Janganlah kalian meninggikan bacaan shalat kalian dan janganlah memelankannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya". Demikian pula di dalam ayat 67 surat Al-Furqan, Allah SWT berfirman: "Dan orang-orang yang jika menafkahkan harta, tidak berlebihan dan tidak pula terlalu kikir. Mereka mengambil jalan tengah di antara keduanmya".
Islam sangat menekankan agar anak berbakti dan berlaku baik terhadap kedua orang tuanya, dan berkata, `wabil waalidaini ihsaanaa` yang artinya, "Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua". Sungguhpun demikian, Al Qur'an juga mengatakan, `falaa thuti` humaa artinya, "Jangan engkau mentaati keduanya", yaitu ketika kedua orang tua mengajak kepada perbuatan tidak baik.
Kepada orang yang mengejar ibadah dengan mengasingkan diri dari masyarakat, atau orang yang beranggapan bahwa mengabdi kepada rakyat adalah satu-satunya ibadah, Al Qur'an mengajukan shalat dan zakat secara bergandengan dalam ayatnya yang berbunyi, `aqiimush shalata wa aatuz zakaah` artinya "Dirikanlah shalat dan keluarkanlah zakat".
Kita tahu bahwa salat adalah hubungan antara makhluk dengan Khaliq. Sedangkan zakat adalah hubungan antara sesama makhluk. Orang-orang beriman yang sebenarnya adalah mereka yang memiliki dua unsur sekaligus, yaitu daya tolak dan daya tarik. Di dalam ayat terakhir surat Al-Fath, Allah SWT berfirman,
"Muhammad adalah utusan Allah. Dan orang-orang yang bersamanya bersifat keras terhadap orang-orang kafir tetapi berlemah lembut terhadap sesama".
Adapun poin yang dapat kita ambil sebagai pelajaran dari ayat ke 6 surat Al-Fatihah ini adalah sebagai berikut:
Pertama, jalan kebahagiaan adalah jalan yang lurus yaitu shirat al-mustustaqim. Karena:
- Jalan Allah yang lurus bersifat tetap, berbeda dengan jalan-jalan atau cara hidup yang dibuat oleh manusia yang setiap saat berubah-ubah.
- Jarak terpendek antara dua titik adalah garis lurus yang merupakan sebuah jalan yang tidak lebih dan sama sekali tidak memiliki belokan dan tanjakan. Sehingga dalam waktu yang sangat singkat ia akan membawa manusia sampai ke tujuan.
Kedua, dalam memilih jalan juga dalam usaha bertahan untuk tetap berada di atas jalan yang lurus, kita harus memohon pertolongan dari Allah. Karena kita selalu berada dalam ancaman kekeliruan dan kesesatan. Dan jangan dikira bahwa selama ini kita tidak pernah mengalami kesesatan dan penyimpangan dan kita pun akan selamanya berada di jalan yang lurus. Betapa banyak manusia di antara kita yang telah menghabiskan sebagian umurnya dengan iman, namun dia melupakan Allah ketika telah memperoleh kekayaan atau pangkat dan kedudukan.
Oleh karena pengenalan jalan yang lurus adalah pekerjaan yang sulit, maka ayat selanjutnya selain menampilkan para teladan bagi kita agar dapat mencontoh mereka dalam rangka menemukan jalan yang lurus ini, juga menampilkan orang-orang yang menyimpang dari jalan ini agar kita tidak tersesat seperti mereka.
"Yaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat".
Dalam memilih jalan kehidupan, manusia terbagi menjadi tiga golongan. Golongan pertama ialah orang-orang yang memilih jalan Allah, dan meletakkan kehidupan pribadi dan masyarakat mereka di atas dasar undang-undang dan perintah-perintah yang telah Allah jelaskan di dalam Kitab-Nya. Golongan ini selalu tercakup oleh rahmat dan nikmat Ilahi yang khusus.
Golongan kedua berada di dalam keadaan yang berlawanan dengan golongan pertama. Mereka ini meskipun mengetahui adanya kebenaran, namun tetap saja menolak Allah bahkan lari menuju kepada selain-Nya. Mereka ini lebih mengutamakan hawa nafsu mereka, hasrat buruk orang-orang dekat dan keluarga serta masyarakat mereka daripada keinginan dan kehendak Allah SWT.
Kelompok ini secara perlahan memperlihatkan akibat-akibat perbuatan dan perilaku mereka di dalam keberadaan mereka. Sedikit demi sedikit mereka menjauh dari shirath al-mustaqhim dan bukan menuju ke arah rahmat Allah SWT dan rahmat-Nya. Mereka terpelosok masuk ke jurang kesengsaraan dan kesusahan serta menjadi sasaran kemurkaan dan kemarahan Ilahi yang disebut oleh ayat ini sebagai orang yang `maghdluubi 'alaihim`, orang-orang yang dimurkai.
Sementara itu, kelompok ketiga ialah orang-orang yang tidak memiliki jalan yang jelas dan tertentu. Mereka ini disebut sebagai orang-orang yang bingung dan tidak mengetahui. Di dalam ayat ini, mereka disebut sebagai `dlollin`, atau orang-orang yang sesat.
Dalam setiap salat kita mengatakan, `ihdinash shiraathal mustaqiim`, yang artinya, "Ya Allah tunjukilah kami jalan yang lurus". Jalan yang dilalui oleh para Nabi, auliya', orang-orang suci dan orang-orang yang lurus. Mereka yang selalu berada di bawah curahan rahmat dan nikmat-nikmat khusus-Mu. Dan jauhkanlah kami dari jalan orang-orang yang telah menyimpang dari kemanusiaan dan menjadi sasaran kemurkaan-Mu, juga dari jalan orang-orang yang kebingungan dan sesat.
Siapakah orang-orang yang sesat itu? Di dalam Al Qur'an banyak kelompok dan kaum yang disebut dengan sebutan di atas. Di sini kita akan menyinggung salah satu contohnya yang jelas dan nyata.
Al Qur'an menyebut Bani Israil, yang sejarah kehidupan mereka berada di bawah kekuasaan Fir'aun hingga mereka diselamatkan oleh Nabi Musa AS, sebagai umat yang pernah memperoleh rahmat dan anugerah Allah yang tak terhingga berkat ketaatan mereka kepada perintah-perintah-Nya. Bahkan Allah SWT telah melebihkan mereka dari segenap bangsa di atas muka bumi. Hal ini dapat kita baca dalam ayat 47 surat Al-Baqarah yang artinya:
"Wahai Bani Israil, ingatlah nikmat-Ku yang ku berikan kepada kalian dan bahwa Aku telah mengutamakan kalian di atas segenap penghuni alam".
Akan tetapi karena perbuatan dan tingkah mereka di kemudian hari, maka Bani Israil ini juga ditimpa murka Ilahi. Dalam hal ini Allah SWT berfirman,
`Wa baauu bi ghadlabin minallaah`. Artinya, "Merekapun ditimpa murka Allah". Karena para pemuka agama Yahudi suka mengubah-ubah ajaran-ajaran samawi di dalam kitab Taurat, `yuharriful kalima 'an mawaadli'ihi`. Selain itu, mereka juga suka memakan uang hasil riba dan perbuatan-perbuatan haram lainnya, `wa aklihimur riba` .
Kemudian, masyarakat umum Yahudi pun di kemudian harinya juga suka memburu kesenangan duniawi dan terbuai oleh kemewahan hidup sehingga mereka enggan berjuang membela agama dan tanah air. Karenanya, ketika Nabi Musa as mengajak mereka untuk berjuang mengusir penjajah dari tanah air mereka, mereka berkata, “Idzhab anta wa rabbuka faqaatilaa innaa hahunaa qoo'iduun”, artinya, “Pergilah kamu dan Tuhanmu untuk berperang, sedangkan kami akan menunggu di sini”.
Orang-orang yang tergolong baik diantara umat Yahudi ini juga diam tanpa berbuat sesuatu saat menyaksikan penyimpangan dan kesesatan ini. Akibatnya, kaum ini juga terperosok ke dalam jurang kehinaan padahal sebelumnya mereka berada di puncak kemuliaan
Beberapa hal berikut ini dapat kita jadikan sebagai pelajaran dari ayat yang telah kita pelajari ini.
Pertama, dalam memilih jalan yang lurus, kita memerlukan teladan yang telah disebutkan oleh Allah di dalam ayat 69 surat An-Nisa', yaitu para Nabi, shiddiqiin (orang-orang yang mengakui kebenaran), syuhada' dan sholihin. Mereka adalah orang-orang yang selalu mendapatkan rahmat, inayah, dan nikmat-nikmat Allah SWT.
Kedua, meskipun segala sesuatu yang datang dari Allah SWT merupakan nikmat, namun kemurkaan Alah akan datang menimpa kita jika maksiat kita lakukan. Oleh karena itu, berkenaan dengan nikmat Ilahi, Al Qur'an mengatakan, `an'amta` artinya, "Engkau telah memberi nikmat". Namun, ketika berbicara tentang kemurkaan Al Qur'an tidak mengatakan `ghadlibta` yang artinya, "Engkau telah murka", melainkan mengatakan `maghdlubi alaihim`. Kata-kata `maghdlubi alaihim adalah sifat yang menunjukkan lebih kekalnya kemurkaan tersebut.
Tafsir Suroh Al-Mu'minun Ayat 62-70
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(62) وَلا نُكَلِّفُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَها وَ لَدَيْنا كِتابٌ يَنْطِقُ بِالْحَقِّ وَ هُمْ لا يُظْلَمُون
Tidaklah Kami pikulkan kepada suatu diri, melainkan sekedar kesanggupannya. Dan di sini Kami tersedia sebuah Kitab yang berkata dengan benar„ dan mereka tidaklah akan dianiaya.
(63) ﴿ بَلْ قُلُوبُهُمْ في غَمْرَةٍ مِنْ هذا وَ لَهُمْ أَعْمالٌ مِنْ دُونِ ذلِكَ هُمْ لَها عامِلُونَ َ
Tetapi (sayang), hati mereka tersesat dalam hal ini, clan mereka pun ada pula mempunyai amal amal yang mereka kerjakan selain ini.
(64) حَتَّى إِذا أَخَذْنا مُتْرَفيهِمْ بِالْعَذابِ إِذا هُمْ يَجْأَرُونَ َ
Sehingga bila telah Kami timpakan azab siksa ke atas orangorang yang hidup mewah di antara mereka, ketika itulah mereka akan berteriak-teriak meminta tolong.
(65) لا تَجْأَرُوا الْيَوْمَ إِنَّكُمْ مِنَّا لا تُنْصَرُونَ
Tak usahlah kamu berteriakteriak meminta tolong pada hari
ini, karena sesungguhnya tidaklah kamu akan mendapat pertolongan Kami lagi.
(66) قَدْ كانَتْ آياتي تُتْلى عَلَيْكُمْ فَكُنْتُمْ عَلى أَعْقابِكُمْ تَنْكِصُونَ َ
Sesungguhnya telah dibacakan kepada kamu ayat-ayat Kami, namun kamu mundur balik belakang.
(67) مُسْتَكْبِرينَ بِهِ سامِراً تَهْجُرُونَ َ
Kamu menyombong , dan seketika memperkatakan al-Quran itu malam hari , kamu keluarkan kata-kata yang kotor.
(68) أَفَلَمْ يَدَّبَّرُوا الْقَوْلَ أَمْ جاءَهُمْ ما لَمْ يَأْتِ آباءَهُمُ الْأَوَّلينَ َ
Tidakkah mereka mau memperhatikan kata-kata itu? Ataukah tela}i datang kepada mereka hal yang tidak pernah datang kepada nenek-moyang mereka?
(69) أَمْ لَمْ يَعْرِفُوا رَسُولَهُمْ فَهُمْ لَهُ مُنْكِرُونَ َ
Ataukah mereka tidak mengenal Rasul mereka, lalu mereka ingkari dia?
(70) أَمْ يَقُولُونَ بِهِ جِنَّةٌ بَلْ جاءَهُمْ بِالْحَقِّ وَ أَكْثَرُهُمْ لِلْحَقِّ كارِهُونَ َ
Atau hendak mereka katakan bahwa dia itu (Rasul) adalah seorang gila. Bahkan Rasul itu telah datang kepada mereka dengan kebenaran, cuma lebih banyak di antara mereka yang tidak suka kepada kebenaran itu.
Agama Tidaklah Berat
Pada ayat 57 sampai ayat 61 sekali lagi diterangkan Tuhan sifat-sifat orang yang beriman, diterangkan bahwa orang yang beriman itu senantiasa berlomba berbuat baik, karena cemas dan rusuhlah kalau-kalau dia datang kelak kembali kepada Tuhan dengan catatan yang tidak baik. Orang yang berfikir dan merenungkan diri clan menilai hidup, mudahlah memperbaiki tujuan hidupnya. Mudahlah mereka memikul tanggungjawab yang dipikulkan Tuhan kepadanya. Maka pada ayat 62 ini dijelaskan lagi oleh Tuhan bahwasanya menjadi seorang yang beriman, pengikut Nabi, penegak kebenaran tidaklah perkara sukar. Asal mau mengerjakan agama tidaklah ada pekerjaan agama itu yang berat tiada terpikul. Tuhan tidaklah mendatangkan suatu amar (perintah) kalau tidak sesuai dengan diri atau jiwa manusia.
Ingat sajalah kalimat perlambang seketika Rasulullah s.a.w. Mi'raj ke langit menghadap Hadhrat Rububiyah, sedianya akan dijatuhkan perintah kepada ummat Muhammad mengerjakan sembahyang 50 waktu. Tetapi setelah diberi pertimbangan oleh Nabi Musa bahwa 50 waktu itu berat bagi ummatnya mengerjakan dan dimohonkan kepada Tuhan agar dikurangi permohonan itu telah dikabulkan. Demikian sembahyang malam (Qiaamullail) yang dikerjakan Nabi setiap malam sampai ketal dan semutan kakinya, diikuti beramai-ramai oleh ummat, telah datang Wahyu menyatakan bahwa tidak usah ikut berpayahpayah bangun malam sebagai Nabi itu pula. Cukuplah sekedarnya saja. Maka segala perintah yang didatangkan Tuhan dan segala larangan yang diberikanNya, semuanya itu adalah yang dapat dipikul dan tidak dilebihi Tuhan daripada batas (maksimum) kekuatan manusia.
Bekerjalah dan beramallah sekedar kekuatan tenagamu, jangan dikurangi dari tenaga dan jangan dilebihi. Karena mengurangi adalah kesia-siaan dan melebihi adalah membawa. diri kepada kepayahan, apatah lagi kalau menambah-nambah, itu dapat membawa kepada menambah-nambah agama sendiri, sehingga jadi bid'ah. Semua amalan itu tiadalah lepas dari catatan Tuhan di dalam Kitab yang telah maklum. Sehingga apabila datang hari perhitungan kelak akan kedapatan bahwa semuanya telah tertulis dengan jelasnya, dan tak usah khuatir, karena tidak ada yang akan dikurangi, semuanya tertulis dan tidak ada yang akan teraniaya.
Amatlah mendalamnya pengaruh ayat ini, berisi rayuan, bujukan yang lemah-lembut supaya orang sudi berbuat baik. Karena berbuat baik itu bukanlah buat orang lain melainkan buat kepentingan din sendiri. Betapa tidak? Sedang di dalam Hadis ada disebutkan, kalau seseorang berbuat baik dia akan mendapat sepuluh pahala, sedang kalau dia terlanjur berbuat jahat, dosanya hanya satu. Kalau hati telah cenderung kepada Tuhan, tidak ada lagi niat hendak mencari jalan lain, memperturutkan hawa nafsu, maka jalan kebaikan itu lebih mudah daripada jalan kejahatan.
Tetapi sayang, kata ayat 63, mereka masih berkeras dalam jalan sesat. Mereka tidak mau perduli Seruan Tuhan untuk muslihat diri mereka sendiri mereka abaikan, tidak mereka acuhkan. Seketika datang seruan Ilahi supaya mereka berbuat yang baik, mereka berbuat juga, tetapi berbuat yang jahat. Asing kehendak Tuhan, lain pula kehendak mereka. Diserukan supaya menempuh jalan kanan, mereka hendak ke kiri juga. Ditunjukkan jalan lurus, supaya cepat sampai dengan selamat kepada yang dituju, namun mereka masih membelok juga sehingga terpilih jalan yang akan membawa mereka kepada kesesatan, sehingga hilang apa yang dituju.
APA SEBAB JADI BEGfTU ?
Pada ayat selanjutnya,.(64), dikatakan bahwa kelak apabila orang-orang yang hidup bermewah-mewah telah ditimpa oleh azab siksaan, barulah mereka memekik-mekik, berteriak meminta tolong, meraung, menggerung mencari pegangan.
Di ayat 65 dijelaskan bahwa pada waktu azab siksa telah datang, pekikteriak tidak ada faedahnya lagi karena mereka tidak juga akan dapat ditolong, sebab nasi sudah menjadi bubur.
Orang-orang Yang Hidup Mewah
Inilah pangkal penyakit HIDUP MEWAH:
Pada pokoknya tidaklah terlarang hidup mewah. Karena dengan demikian dapat juga kita menyatakan nikmat Tuhan yang telah dianugerahkan kepada kita. Tuhan senang sekali apabila hambaNya menunjukkan bekas nikmatNya atas dirinya. Tetapi haruslah digali dalam jiwa sendiri apa yang mendorong akan mewah itu?
Kebanyakan orang hidup mewah bukanlah karena mensyukuri nikmat Tuhan, hanyalah karena hendak menunjukkan kelebihan daripada orang lain, hatinya menjadi kesat kasar, sebab dia lupa bahwa di samping hidupnya yang berlebih-lebihan itu ada lagi makhluk Ilahi, yang diselubungi kemiskinan, kadang-kadang makan, kadang-kadang tidak.
Selanjutnya kemewahan menyebabkan seseorang tidak lagi.dapat menguasai harta bendanya yang dipunyainya itu melainkan dia sendirilah yang diperbudak oleh kemewahan harta benda. Selalu merasa belum cukup, selalu hendak tinggi sebenang dari orang. Padahal ujung kehendak kemewahan itu tidak pernah ada.
Banyak orang yang menyangka bahwa nilai kehidupan ditentukan oleh rumah yang indah, villa yang besar dan bungalow yang mungil, mobil model tahun terakhir yang menterng , berapa juta uang simpanan di bank dan berapa pelayan dalam rumah.
Tidak diperdulikannya lagi nilai-nilai kebenaran dan pegangan hidup. Bahkan untuk itulah orang hendak merebut kekuasaan, sebab kekuasaan adalah kesempatan yang luas untuk berbuat mewah dan sekehendak hati.
Segala bantahan, acuh tak acuh yang dilakukan kaum kafir kepada Nabi, sebagaimana tersebut di ayat-ayat di atas, adalah akibat hidup mewah. Kemewahan timbul dari kalangan yang mampu (the have) dan yang menderita ialah yang tidak mampu (the have not). Kebiasaan orang yang telah diperbudak mewah itu, kecil kerdil jiwanya. Baru azab siksa datang, mereka berteriak, memekik, meraung, meminta tolong. Alangkah tepat bunyi ayat itu.
Tadinya mereka mencela dan mengejek Nabi-nabi dan Rasul-rasul, atau orang yang membawa seruan Nabi dan Rasul. Karena Utusan-utusan Tuhan itu pada umumnya adalah orang-orang yang hidup sederhana. Sekarang apabila siksaan Tuhan datang, mereka tidak malu-malu meraung-raung meminta tolong kepada orang-orang yang tadinya diejeknya dan dipandangnya tidak berharga karena tidak mempunyai kemewahan sebagai mereka.
Dan apabila terjadi sesuatu pergolakan hebat, memang rumah indah, mobil bagus, TV, kulkas tidak ada gunanya.
Keruntuhan bangsa-bangsa ialah apabila kemewahan yang mampu sudah amat berlebih-lebihan, sehingga tidak ada lagi orang tengah di antara si kaya dengan si miskin. Nilai kebenaran diabaikan orang. Tidak lagi ditanyakan orang apa jasamu di dalam masyarakat, melainkan lambung-melambungkan, pujimemuji, sanjung-menyanjung, pada perkataan yang kosong. Amal dan usaha sedikit, tetapi reklame dan propaganda amat banyak.
Jadi si miskin yang memeras keringat, si tani yang menanam dan mengeluarkan hasil, hilang, karena mereka tidak termasuk orang mewah. Namun orang yang mewah mendapat lagi tumpukan kehormatan dan pujian, laksana menimbun gunung. Lantaran itu kian lama pintu menerima kata yang benar tertutup ke dalam hati mereka. Akhirnya apabila bahaya datang, si mewah tidak dapat bertahan, hanya si melarat juga yang jadi kurban.
Kejatuhan bangsa-bangsa Yunani dan Romawi purbakala ialah apabila kemewahan telah merusak jiwa. Orang Islam pun telah pernah memerintah di Spanyol 700 tahun lamanya. Spanyol pernah menjadi kemegahan Islam dengan seninya yang tinggi dan fikirannya yang mulia dan kebudayaannya yang bersumber dari Tauhid.
Tetapi mereka akhimya diusir dari Jazirah Iberia dan tidak dapat lagi mempertahankan dirinya setelah jiwa diselaputi oleh kemewahan! Seketika terjadi peperangan, tentara Islam sebagai penguasa negeri itu, dengan kaum Nasrani yang ingin kembali merebut kuasa atas negerinya, tentara-tentara Islam itu telah tampil ke medan perang dengan pakaian wamawami, sutera dewangga, pelana kuda dan sanggurdi yang bertatahkan emasperak.
Padahal tentara Kristen tampil ke medan perang memakai zirah, topeng dan pakaian peperangan dari besi, bukan dari sutera. Kaum Nasrani berperang dengan gagah perkasa, sedang pihak Islam berperang laksana barisan wanita dengan bersolek berhias. Peperangan ini dikenal dengan sebutan: "Pertempuran di Thibirnah". Akhirnya meskipun pihak Islam banyak bilangannya, mereka kalah. Maka bersyairlah seorang penyair demikian bunyinya:
"Mereka memakai pakaian besi ke medan perang; dan kamu memakai pakaian sutera aneka wama.Alangkah indahnya kamu, dan alangkah buruknya mereka. Kalau tak kejadian di Thibimah app yang telah kejadian itu."
Kemewahan meracun jiwa, mengerdilkan semangat dan memadarnkan semangat perjuangan. Orang menjadi takut akan menghadapi mati, karena jiwa telah dibelit oleh akar-akar kemewahan.
Tak usahlah kamu berteriak-teriak meminta tolong pada hari ini, karena pertolongan itu tidak akan datang. Jalan yang kamu tempuh yang salah sejak bermula, mesti berakhir dengan kesalahan pula. Penyesalan tidak dapat lagi ditimpakan kepada orang lain, apatah lagi kepada Tuhan. Ayat-ayat Tuhan telah cukup dibacakan, namun Dia kamu belakangi selama ini.
Bahkan kamu menyombong. Apatah lagi apabila telah berkumpul kamu sesama kamu, mengobrol pada malam hari di terang bulan, jika kamu membicarakan seruan al-Quran, tidaklah untuk kamu perhatikan, hanyalah untuk kamu ejek dam kamu cela, kamu keluarkan perkataan-perkataan kotor penuh cemuh. Demikian tersebut dalam ayat 66 dan 67.
Pada ayat-ayat yang selanjutnya, ditunjukkan sifat perangai yang biasa bertemu pada orang yang ingkar, yang kafir.
أَفَلَمْ يَدَّبَّرُوا الْقَوْلَ"
Tidakkah mereka mau memperhatikan kata-kata itu?" (ayat 68).
Cobalah pergunakan pertimbangan yang adil dan fikiran yang terang. Coba tanyai hati sanubarimu sendiri, bukankah perasaan hati sanubari itu mengakui sendiri akan kebenaran apa yang dibawa oleh al-Quran. Susun bahasanya, soal yang dibawanya, seruan clan ajakannya, semuanya tidaklah dapat ditolak oleh hati sanubarimu itu. Kalau kamu bantah clan kamu cemuhkan, bukanlah bantahan dan cemuhan itu timbul daripada pertimbanganmu yang bersih, hanyalah dari sebab kekerasan kepala clan belitan kemewahan tadi. Nafsu angkaramu merasa sakit menerima kebenaran.
َ أَمْ جاءَهُمْ ما لَمْ يَأْتِ آباءَهُمُ الْأَوَّلينَ َ
"Ataukah telah datang kepada mereka hal yang tidak pemah datang kepada nenek-moyang mereka yang dahulu?" (ayat 68).
Bukankah riwayat manusia yang datang di belakang adalah semata-mata meneruskan apa yang telah dijalani oleh nenek-moyang yang telah terdahulu? Mereka sendiri mengakui bahwa sebelum Muhammad s.a.w., nenek-moyang yang telah terdahulu itu pun telah didatangi oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul clan membawa soal-soal clan ajaran bagi kemuslihatan mereka itu. Khusus kepada ummat Arab telah datang Nabi Ibrahim atau puteranya Ismail. Mereka telah mendirikan Ka'bah sebagai lambang kesatuan akidah seluruh ummat Tauhid di dunia, bahkan itulah Bait Allah yang mula-mula didirikan untuk manusia.
Ka'bah itu masih berdiri dengan jayanya dan mereka lihat setiap hari dengan mata kepala mereka.
أَمْ لَمْ يَعْرِفُوا رَسُولَهُمْ فَهُمْ لَهُ مُنْكِرُونَ َ
"Ataukah mereka tiada mengenal Rasul mereka, lalu mereka ingkari Rasul mereka?" (ayat 69).
Kalau sekiranya Nabi Muhammad s.a.w. itu orang lain yang datang dari tempat jauh, bolehlah difahami kalau mereka tolak ajarannya. Padahal mereka menyaksikan kehidupan Muhammad sejak kecilnya, mengetahui sejarahnya dan sejarah keluarganya Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib. Mereka mengakui bahwa semuanya itu orang baik-baik di zaman lampau. Apatah lagi Muhammad itu sendiri, mereka kenal sejak kecilnya, dan mereka kenal kejujurannya, dan mereka kenal kebaikan budinya. Bukankah seketika terjadi perselisihan di antara mereka tentang siapa yang layak menjadi pendamai, ketika berebut hendak mengembalikan "Hajarul Aswad" (batu hitam) ke tempatnya semula, Muhammadlah yang mereka angkat menjadi hakim, lalu mereka beri dia gelar "Al-Amin", yaitu orang yang amat dipercaya.
Seorang yang jujur lalu menjadi pengikut Nabi Muhammad, yaitu Ja'far bin Abu Thalib, saudara dari Ali bin Abu Thalib seketika hijrah ke negeri Habsyi, menceritakan tentang peribadi Nabi Muhammad s.a.w. di hadapan raja Najasyi (Negus): "Allah telah mengutus kepada kami seorang Rasul, yang kami kenal nasab keturunannya dan kami kenal kejujurannya dan amanatnya."
Bahkan Abu Sufyan sendiri, yang sampai saat takluknya negeri Makkah ke dalam kekuasaan Nabi, masih bertahan dan memimpin perlawanan terhadap beliau, seketika ziarah ke Syam dan menghadap raja Hiraqlu telah mengakui terusterang bahwa Muhammad itu adalah seorang yang jujur dan tidak ingin akan pangkat. Bahkan seketika Nabi Muhammad mengawini anak perempuannya Ummi Habibah, Abu Sufyan tidaklah'dapat menyembunyikan rasa kebanggaannya, walaupun dia sendiri memusuhi Nabi. Dia mengakui bahwasanya Muhammad adalah jodoh yang pantas bagi anaknya.
أَمْ يَقُولُونَ بِهِ جِنَّةَ
"Ataukah hendak mereka katakan bahwa dia itu (Rasul) adalah seorang gila," (ayat 70), miring otak, psychopad.
Mereka tuduh dia kena penyakit yang mendekati gila, ataupun gila samasekali (majnun). Padahal dari kecil pula mereka mengenal dia sebagai seorang pemuda yang sihat dan kuat.
Memang, sudah diakui sebagai satu bagian dari Ilmu Sosiologi bahwa manusia tidak cepat mau berkisar daripada kedudukannya yang lama. Perkembangan akal budi selalu dikalahkan oleh ikatan-ikatan. Nabi Muhammad mencela penyembahan berhala, sedang mereka memasukkan penyembahan berhala dalam sebagian hidupnya.
Nabi Muhammad mencela keras perzinaan, sedang berzina adalah menjadi adat bagi orang-orang besar kaumnya.
Nabi Muhammad mencela orang-orang yang makan riba, sehingga orangorang yang melarat tidak terlepas dari hutang, sedang memberi pinjam dengan riba adalah mata pencarian orang-orang hartawan pada masa itu. Kedatangan Nabi Muhammad membawa ajaran yang baru itu mereka tuduh "gila", sebab berniat hendak merombak masyarakat yang "stabil" dalam keadaan begitu.
Mereka sengaja menyumbat telinga daripada mendengarkannya, sebab kalau didengarkan juga tidak dapat membatalkannya. Itu sebabnya maka disebut dalam sambungan ayat selanjutnya:
بَلْ جاءَهُمْ بِالْحَقِّ وَ أَكْثَرُهُمْ لِلْحَقِّ كارِهُونَ َ
"Bahkan Rasul itu telah datang kepada mereka dengan kebenaran, cuma lebih banyak di antara mereka yang tidak suka kepada kebenaran itu." (ayat 70).
Nyatalah sekarang dari ujung ayat itu bahwa soalnya sekarang bukanlah bahwa yang dibawa oleh Rasul itu ajaran yang tidak benar. Mereka dalam hati sanubarinya mengakui kebenaran itu, sebab jibillah manusia, dasar fikiran yang sadar tidaklah dapat menolak kebenaran. Soalnya sekarang bukan lagi benar atau tidak benar seruan Nabi. Tetapi yang jadi soal ialah bahwa mereka tidak mau menerimanya, mereka tidak mau tunduk kepadanya. Karena kalau mereka tunduk kepadanya, niscaya mereka wajib melepaskan kebiasaan yang lama, mengubah samasekali kebiasaan hidup yang buruk, tetapi telah dirasa enaknya. Itu adalah berat!
Mereka rupanya hanya mau tunduk dan mengakui Muhammad sebagai Rasul, mereka hanya mau mencabut rasa bencinya kepada Nabi kalau soalsoal yang mengenai hawanafsu mereka itu jangan disinggung-singgung, bah kan dibiarkan saja. Biarkan mereka terus menyembah berhala, biarkan mereka terus memakan riba, biarkan mereka terus berbuat zina. Bahkan kalau sekiranya Muhammad suka menutup mulut, tidak lagi membongkar-bongkar kebiasaan mereka yang buruk itu, mereka akan hormat kepada Muhammad dan memberikan dia kedudukan yang layak. Karena dalam hati, sudah terasa bahwa Muhammad memang seorang yang layak dibenarkan.
Oleh karena itu pemahlah mereka tawarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. pangkat yang tinggi, yaitu menjadi raja bagi mereka semua atau kalau Muhammad suka, mereka pun sudi memilihkan gadis-gadis Quraisy yang jelita buat menjadi kekasihnya, atau kalau dia ingin berniaga, mereka pun suka memberi modal besar, asal pekerjaan mencela-cela adat kebiasaan lama ini, mencela penyembahan berhala itu, dihentikannya.
Tetapi Nabi Muhammad telah menjawab kepada pamannya Abu Thalib seketika beliau menjadi perantara menyampaikan tawaran itu clan orang Quraisy:
"Wahai Paman, walaupun akan diletakkan matahari sebelah kananku dan bulan sebelah kiriku, supaya aku berhenti dari seruanku ini, tidaklah dia akan aku hentikan, sebelum Tuhan Allah sendiri memberikan keputusan siapa di antara kami yang akan menang."
Alangkah jauhnya jalan fikiran mereka daripada cita yang ditegakkan Nabi. Mereka mengukur seorang Nabi dengan ukuran mereka sendiri. Disangkanya Nabi akan sudi menerima diangkat menjadi raja, tetapi jadi raja yang mempertahankan penyembahan berhala. Mereka telah menjanjikan ganti uang kekayaan, disangkanya bahwa Nubuwwat clan Wahyu dapat dinilai dengan pangkat, jabatan dan harta dan kecantikan perempuan. Disangkanya Nabi dapat dibeli. Alangkah jauh perbedaan pangkalan tempat bertolak fikiran di antara Iman dengan Kufur.
Perbedaan yang sekali-kali tidak dapat didamaikan.
Tafsir Suroh An-Nuur ayat 30 - 31
قُلْ لِلْمُؤْمِنينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصارِهِمْ وَ يَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذلِكَ أَزْكى لَهُمْ إِنَّ اللهَ خَبيرٌ بِما يَصْنَعُونَ
3O Katakanlah kepada 0rang-0rang beriman (laki-laki) itu, supaya mereka menekurkan sebahagian pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian adalah lebih bersih bagi mereka, Sesungguhnya Tuhan Allah lebih mengetahui apa yang mereka kerjakan.
وَ قُلْ لِلْمُؤْمِناتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصارِهِنَّ وَ يَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدينَ زينَتَهُنَّ إِلاَّ ما ظَهَرَ مِنْها وَ لْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدينَ زينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبائِهِنَّ أَوْ آباءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنائِهِنَّ أَوْ أَبْناءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوانِهِنَّ أَوْ بَني إِخْوانِهِنَّ أَوْ بَني أَخَواتِهِنَّ أَوْ نِسائِهِنَّ أَوْ ما مَلَكَتْ أَيْمانُهُنَّ أَوِ التَّابِعينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلى عَوْراتِ النِّساءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ ما يُخْفينَ مِنْ زينَتِهِنَّ وَ تُوبُوا إِلَى اللهِ جَميعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
31 Dan katakan pula kepada 0rang- orang yang beriman (perempuan) supaya mereka pun , menekurkan pula sebahagian pandang mereka dan memelihara kemaluan mereka. Dan janganlan mereka perlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada yang zahir saja. Dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan selendang. Dan janganlah mereka nampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka sendiri atau kepada ayah mereka , atau bapa dari suami mereka, atau anak mereka sendiri, atau anak-anak dan suami mereka (anak tin) atau saudara laki-laki mereka , atau anak dari saudara laki-laki mereka , atau anak dan saudara perempuan mereka, atau sesama mereka perempuan atau siapa-siapa yang dimiliki oleh tangan mereka, atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan atau anak-anak yang belum melihat aurat perempuan. Dan janganlah mereka hentak kan kaki mereka supaya diketahui orang perhiasan mereka yang tersembunyi. Dan taubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar supaya kamu mendapat kejayaan .
Laki-Iaki Dan Wanita
Tujuan Islam ialah membangunkan masyarakat Islam yang bersih sesudah terbangun rumah tangga yang bersih. Manusia laki-laki dan perempuan diberi syahwat kelamin (sex) agar supaya mereka jangan punah dan musnah dari muka bumi ini. Laki-laki memerlukan perempuan dan perempuan memerlukan laki-laki. Jantan memerlukan betina dan betina memerlukan jantan. Tetapi masyarakat dlberi akal, dan akal sendiri menghendaki hubungan-hubungan yang teratur dan bersih. Syahwat adalah keperluan hidup. Tetapi kalau syahwat tidak terkendali maka kebobrokan dan kekotoranlah yang akan timbul . Ke- kotoran dan kebobrokan yang amat sukar diselesaikan .
Untuk itu maka kepada laki-laki yang beriman, diberi ingat agar matanya jangan liar bila melihat wanita cantik , atau meman- dang bentuk badannya yang menggiurkan syahwat. Dan hendaklah pula dia memelihara kemaluannya , ataupun memelihara tenaga kelaki-lakiannya supaya jangan diboroskan .
Pandangan mata yang tidak terkendali memberansang syahwat buat memiliki . Apabila syahwat telah menguasai diri , sehing- ga tidak terkendali lagi maka kelamin menghendaki kepuasaannya pula. Dan syahwat selamanya tidakkan puas.
Apabila sekali syahwat yang tidak terkendali itu telah menguasai kelamin , sukarlah bagi seseorang melepaskan din daripada kungkungannya. Sehingga lama-kelamaan segenap ingatannya sudah dikuasai belaka oleh syahwat itu . Dia akan berzina , dan zina sekali adalah permulaan dari zina terus. Kata orang , syahwat nafsu kepada seorang wanita, hanyalah semata-mata sebelum disetubuhi dan setelah nafsu itu dipuaskan , dia meminta lagi dan meminta lagi .
Memuaskan kehendak syahwat sekali, artinya ialah permulaan dari penyakit tidak akan puas Selama-lamanya, sampai hancur peribadi dan hilang kendali atas diri. Menjadilah kita orahg yang kotdr. Kadang-kadang terperosok lagi kepada penyaki penyakit lain yang bertemu gejalanya dalam zaman moden ini.
Sehingga 0rang-0rang yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat ditimpa penyakit “homo sexuil ", laki-laki menyetubuhi laki-laki atau perempuan menyetubuhi perempuan (lesbian) atau memainkan alat kelamin dengan tangan sendiri (onanie).
Nlaka dalam ayat 30 itu diterangkan bahwa usaha yang pertama ialah menjaga penglihatan mata. Jangan mata diperliar !
Pandang pertama tidaklah disengaja. Namun orang yang beriman tidaklah menuruti pandang pertama dengan pandang kedua. Kedua talah memelihara kemaluan atau kehormatan diri . Karena alat kelamin adalah amanat Allah yang disadari oleh manusia yang berakal apa akan gunanya . Menahan penglihatan mata itu adalah menjamin kebersihan dan ketenteraman jiwa.
Pada ayat yang seterusnya disuruh pula Nabi menerangkan kepada kaum perempuan supaya dia pun terlebih-lebih lagi hendaklah memelihara penglihatan matanya , jangan pula pandangannya diperliarnya. Tunjukkanlah slkap sopanmu pada pandangan matamu, sebab pandangan mata wanita itu ialah :
Rama-rama terbang di dusun,
anak Keling bermain kaca;
Bukan hamba mati diracun,
mati ditikam si sudut mata.
Hal ini disuruh Tuhan memperingatkan kepada orang yang beriman , artinya yang ini mempunyai dasar kepercayaan kepada Tuhan Allah dan kepercayaan kepada nilai kemanusiaan , baik laki-laki atau perempuan. Orang yang beriman tidaklah dikendalikan oleh syahwat nafsunya. Jika sekiranya berbahaya pandangan laki-laki , niscaya sepuluh kali lebih berbahaya lagi ditikam sudut mata perempuan :Ke pekan ke Payakumbuh , membeli ikan tenggiri .
Kalau tak nampak tanda sungguh , takutlah laki-laki menghampiri .Peringatan kepada perempuan , selain menjaga penglihatan mata dan memelihara kemaluan, ditambah lagi, yaitu janganlah dipertontonkan perhiasan mereka kecuali yang nyata saja. Cincin di jari , muka dan tangan , itulah perhiasan yang nyata. Artinya yang sederhana dan tidak menyolok dan menganjurkan. Kemudian diterangkan pula bahwa hendaklah selendang (kudung) yang telah memang tersedia ada di kepala itu ditutupkan kepada dada.
Memang amatlah payah menerima anjuran ini bagi orang yang lebih tenggelam kepada pergaulan moden sekarang ini. Kehidupan moden adalah pergaulan yang amat bebas di antara laki-laki dan pérempuanlah permulaan dan penyakit yang tidak akan sembuh selama-lamanya, sampai hancur peribadi dan hilang kendali atas din.
Menjadllah kita orang yang kotor , orang dipaksa mesti sopan dan berpekerti halus terhadap wanita, tetapi pintu-pintu
buat mengganggu syahwat dibuka selebar-lebamya. Mode·mode pakaian wanita terlepas sama sekali dari kendali agama, lalu masuk ke dalam kekuasaan "diktator" ahli mode di Paris, London dan New York.
Kaum wanita adalah dibawah cengkeraman ahli mode “Chnstian Dior". Tempat-tempat permandian umum terbuka dan dikerumuni oleh pakaian·pakaian yang benar-benar mempertontonkan tubuh wanita dan pria. Ahli-ahli film membuat bentuk pakian yang mendebarkan seluruh tubuh dengan nama “You can see” (Engkau boleh lihat). Dan rok mini yang memperlihat kan pangkal paha perempuan yang menimbulkan syahwat.
Dalam ayat ini disuruh menutupkan selendang kepada ’juyub” artinya “lobang" yang membukakan dada sehingga kelihatan pangkal susu. Kadang-kadang pun tertutup tetapi pengguntingnya menjadikannya seakan terbuka juga. Dalam ayat ini sudah diisyaratkan bagaimana hebatnya peranan yang diambil oleh buah dada wanita dalam menimbulkan syahwat,
Wanita yang beriman akan membawa ujung selendangnya ke dadanya supaya jangan terbuka , karena ini akan menimbulkan minat laki-laki dan menyebabkan kehilangan kendali mereka atas diri mereka.
Dalam “filsafat” pandangan hidup modem dikatakan bahwasanya hubungan yang amat dibatasi di antara laki-laki dengan perempuan akan menimbulkan semacam “tekanan batin" pada seseorang. Oleh sebab itu dalam pergaulan yang bebas, sekedar pandang-memandang , bercakap bebas , bergaul dan bersenda-gurau yang tak keterlaluan di antara laki-laki dan perempuan hendaklah dibiarkan. Supaya tekanan syahwat terpendam itu dapat dilepaskan sedikit.
Filsafat yang begini dimulai oleh pendapa-pendapat yang dikeluarkan oleh Sigmund Freud, ahli ilmu jiwa yang terkenal dari Austria. Menurut pendapat dan pandangan beliau, segala kegiatan hidup ini, segala amanat semangat berapi-api dalam perjuangan, kalau dikaji berdalam-dalam asalnya ialah dari pada “syahwat terpendam" itu `asalnya dari "Libido".
Teori-teori ajaran agama yang selalu membatasi dan mengekang hubungan laki-laki dengan perempuan adalah menjadi sebab “penyakit” dalam jiwa itu sendiri. Malahan menurut beliau, agama itu pun asalnya ialah karena manusia merasa berdosa.Sebab pada mulanya dahulu kala , entah apabila "beliau sendiri tidak tahu”, karena timbul dari beliau sendiri, yang dikatakan "ilmiah" sebab beliau "Professor”.
Katanya dahulu kala manusia laki-laki setelah lahir dari perut ibunya, dia kian lama kian besar dan dewasa, lalu dia jatuh cinta kepada ibunya itu. Karena saking cintanya kepada ibunya, lalu dibunuhnya ayahnya dan disetubuhinyalah ibunya. Akhirnya dia menyesal lalu taubat dan dibuatnyalah agama. Jadi agama itu kata ilmiah Professor Yahudi Freud ialah karena manusia hendak taubat dari setubuh! lnilah yang dinamai teori Oedipus.
Dengan demikian Freud hendak menelanjangi manusia daripada peri kemanusiaan nya yang telah diagung agungkan beribu tahun lamanya. Sebagai kawannya Marx (sama-sama Yahudinya) berfilsafat bahwa asal-usul segala pertentangan hidup ini adalah dari perut, maka Freud menjawabnya turun kebawah sedikit dari perut, yaitu alat kelamin.
Menurut ajaran Freud ini, te-kanan pada batin karena aturan agama , terutama karena ajaran "dosa waris” dalam agama Kristen hendaklah dihabiskan dengan memberikan kebebasan pergaulan laki-laki dengan perempuan.
Karena menurut penyelidikan beliau , demi setelah menyelidiki penyakit-penyakit dari orang-orang yang abnormal, dengan mengadakan Psykhoanarlisa , lebih daripada 70% adalah karena sex (syahwat).
Sebab itu hendaklah dilatih diri itu supaya jangan ditekan oleh urusan-urusan demikian. Bebaskanlah ..... !
Sekarang apa jadinya? Benarkah dalam pergaulan yang telah mentaati teori Freud itu, dengan pergaulan bebas, manusia telah terlepas cengkeramannya ?
Orang mandi di kali Ciliwung yang masih secara primitif, atau perempuan-perempuan Bali yang terbuka dadanya, tidaklah dengan niat pada mereka sendiri hendak menggiurkan syahwat orang yang lalu-lintas. Tetapi mode pakaian yang tertutup untuk lebih terbuka, sekali pandang sudah nampak bahwa ketika membuat dan memakainya sudah ada maksud “tertentu”. Yaitu untuk menarik mata laki-laki.
Punggung terbuka , dada terbuka , paha terbuka , dengan maksud apa ? orang disuruh sopan, tetapi dia “diperintahkan" melihat. Laki-laki pun menjadi nakal. Segala sikap, lenggang dan lenggok, seakan-akan meminta lawan, seakan-akan meminta dipegang. Diadakan berbagai etiket supaya laki-laki berlaku sopan terhadap kenyataan yang ada di hadapan matanya itu. Orang tidak akan dapat mengendalikan din lagi, jatuhlah kepada penyakit jiwa. Freud menyatakan soal penyakit jiwa dari sebab “sex”, padahal setelah mempertututkan teorinya , penyakit sex meningkat berlipat-ganda dari pada dahulu.
Memang positifnya laki-laki dan negatifnya perempuan adalah Undang-undang dan alam itu sendiri , Fithrinya ialah ingin bertemu karena keduanya mempunyai tugas, yaitu melahirkan manusia untuk menyambung turunan. Manusia tidak boleh punah dan musnah, sebab manusia tidakkah khalifah Allah dalam dunia ini.
Kecenderungan laki-laki kepada perempuan dan sebaliknya , tidaklah dapat dibunuh·oleh karena tugas suci itu, tidaklah
boleh dia dilepaskan dari kekangnya, melainkan dipelihara dan diatur. Kalau peraturannya tidak ada, payahlah mengendali kan dan mengekang siksaan batin yang tidak berhenti-hentinya , yang telah terbukti pada pergaulan hidup moden ini,
Sungguh, gelak ramai perempuan menimbulkan syahwat, gerak lenggang-lenggoknya menimbulkan syahwat, pandang matanya menikam syahwat , tidaklah pantas kalau hal itu dibatasi ? Sehingga kecenderungan syahwat itu dapat disalurkan menurut jalannya_yang wajar ? Kemudian itu diterangkan pula kepada siapa perempuan hanya boleh memperlihatkan perhiasannya. Dia hanya boleh memperlihatkan perhiasaan-nya hanya kepada:
(1) Suaminya sendiri.
(2) Kepada ayahnya.
(3) Kepada bapa suaminya (mertua laki—laki). ·
(4) Kepada anaknya sendiri.
(5) Kepada anak suaminya (anak tiri dan perempuan itu).
(6) Kepada saudara laki-laki mereka.
(7) Anak laki-laki dari saudara laki-laki
(8) Anak laki-laki dan saudara perempuan (keponakan).
(9) Sesama wanita.
(10) Hamba sahaya budak (semasih dunia mengakui perbudakan).
(11) Pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan.
(12) Anak-anak yang belum melihat tegasnya, belum tahu apa bagian yang menggiurkan syahwat dari tubuh perempuan.
Dengan suami pergaulan memang telah bebas , dan hati kedua belah pihak pun sama terbuka apabila beperhiasan. Ayah ,
mertua laki-laki, cucu, keponakan, memang sudah tidak halal nikah. Sama-sama wanita tidak apa-apa. Budak-budak yang ada dalam rumah, ke luar ke dalam, sudah dengan sendirinya si wanita merasa jiwanya lebih tinggi, sehingga tidak akan menimbulkan apa-apa, karena dari pangkal sudah nyata tadi, dia adalah perempuan yang beriman.
Demikian juga peIayan-pelayan rumah tangga, orang-orang gajian. Apatah lagi kanak-kanak yang masih kecil, yang belum kenal bagian-bagian tubuh wanita yang sakit. Ini pun hanya semata-mata kebolehan memperlihatkan perhiasan tetapi membuka aurat atau kemaluan tetap terlarang juga.
Dengan ayat teranglah bahwa berhias tidak dilarang bagi wanita. Kalau dia wanita, dia mesti ingin berhias. Agama tidaklah menghambat “instink” atau naluri. Setiap wanita cantik, dan kelihatan cantik , Perhiasan pun tidak sama dahulu dengan sekarang, tetapi dasar keinginan berhias tidak berbeda dahulu dengan sekarang. Kadang-kadang perhiasan itu berputar-putar laksana menghesta kain sarung.
Setelah digali orang kuburan Fir‘aun di Mesir, bertemulah perhiasan yang dipakai 4,000 tahun yang lalu, lalu ditiru dan dijadikan mode, dia pun baru kembali. Islam tidak menghalanginya, hanya mengaturnya. Untuk siapa perhiasan itu ? Tujukanlah kepada orang satu , yaitu suami , teman hidup.
Berhiaslah terus untuk menambat hatinya jangan menjalar kepada orang Iain.Berpuluh tahun pun pergaulan suami isteri, setiap han akan dirasai baru terus, asal saja keduanya berhias untuk yang lain. Jangan sampai di rumah bersikotor-kotor saja, tetapi kalau sudah akan keluar melagak, berhias sepuas-puas hati. Untuk menarik mata siapa ? Mata perhiasan yang zahir itu ? Nabi kita Muhammad s.a.w. telah mengatakan kepada Asma binti Abu Bakar as-Shiddiq demikian:
يااسماء انّ المرأة اذا بلغت المحيض لا يصلح أن ير منها إ لاّ هذا فأ شار
الى وجهه وكفّيه
“Hai Asma ! Sesungguhnya perempuan kalau sudah sampai masanya berhaidh, tidaklah dipandang dari dirinya kecuali ini. (Lalu- beliau isyaratkan mukanya dan kedua telapak tangunnya) ! Bagaimana yang lain ? Tutuplah baik-baik dan hiduplah terhormat.
Islam pun mengakui estetika (keindahan) dan kesenian . Tetapi hendaklah keindahan dan kesenian yang timbul dari kehalusan perikemanusiaan , bukan dari kehendak kehewanan yang ada dalam din manusia itu . Keindahan bukan untuk mempertontonkan diri dan bertelanjang, atau menggiurkan seakan-akan sikap dan isyarat berkata: "Pegang aku." Di tegah lagi, jangan dihentakkan kaki ke tanah agar jangan diketahui oleh orang perhiasanya yang tersembunyi.
Alangkah mendalamnya maksud ayat ini jika dikaji dengan ukuran ilmu jiwa. Diketahui benar bahwa khayal dalam soal kelamin ini kadang·kadang lebih tajam dari kenyataan. Syahwat seorang pengkhayal bisa timbul hanya karena melihat tumit wanita, lebih dari melihat tubuhnya sendiri , Hal ini dibincangkan oleh ahli-ahli jiwa moden panjang lebar. Jangan dihentakkan kaki agar perhiasan tersembunyi jangan kelihatan. Alangkah dalam maksudnya , Artinya ialah bahwa segala sikap yang mengandung "daya tarik" untuk laki-laki yang "mabuk kepayang" hendaklah dibatasi, kalau engkau mengakui seorang perempuan yang beriman .
Akhirnya Tuhan tutup périntah itu dengan seruan ;
وَ تُوبُوا إِلَى اللهِ جَميعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُون
“Dan taubatlah kamu sekaliannya kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beroleh kejayaan."
Disuruh taubat, karena selama laki-laki masih laki-laki dan perempuan masih perempuan, selama burung di dahan dan binatang di hutan masih berkelamin jantan dan betina, selamanya itu pula manusia tidak akan terlepas dan rayuannya. Jaranglah hati laki-Iaki yang tidak tergetar melihat perempuan cantik. Jaranglah perempuan yang tidak terpesona melihat
laki-laki gagah tampan (ganteng kata orang Jakarta). Islam tak menutup mati perasaan itu , sebab dia tidak dapat dipisahkan dari hidup itu sendiri. Tetapi Islam menyuruh menjaganya baik-baik dan mengaturnya supaya dituntun oleh iman , diperintahkan mernbatasi diri, menekurkan mata, menahan hati dan menjaga kehormatan.
Kesopanan Iman
Sekarang timbullah pertanyaan: " Tidakkah al-Quran memberi petuniuk bagaimana hendaknya gunting pakaian ?
Apakah pakaian yang dipakai diwaktu sekarang oleh wanita Makkah itu telah menuruti petunjuk al-Quran ?
Yaitu yang hanya matanya saja kelihatan ? Al-Quran tidaklah masuk sampai kepada soal detail itu, al-Quran bukan buku model Al-Quran tidak menutup rasa keindahan (estetika) manusia dan rasa seninya . Islam adalah anutan manusia di Barat dan di Timur. Di Pakistan atau di Skandinavia. Bentuk dan gunting pakaian terserahlah kepada ummat manusia menurut ruang dan waktunya.
Yang ditekankan oleh Islam ialah pedoman iman yang ada dalam dada dan sikap hidup yang diatur oleh kesopanan iman. Bentuk pakaian sudah termasuk dalam ruang kebudayaan , dan kebudayaan ditentukan oleh ruang dan waktu ditambahi dengan kecerdasan. Sehingga kalau misalnya wanita Indonesia , karena harus gelombang zaman , beransur atau bercepat menukar kebaya dengan kain batiknya dengan yurk dan gaun secara Barat, sebagaimana yang telah merata sekarang ini, Islam tidaklah hendak mencampurinya.
Barangkali larangan dari kesadaran kebangsaan dan peribadi bangsa akan lebih keras daripada Iarangan Islam sendiri. Karena kalau suatu bangsa telah mudah saja meniru-niru pakaian bangsa Iain, tandanya bahwa pertahanan jiwa bangsa itu mulai goyah.
Yang diperingatkan oleh Islam kepada ummatnya yang beriman, baik Iaki-laki maupun perempuan ialah supaya mata jangan diperliar, kehormatan diri dan kemaluan hendaklah dipelihara, jangan menonjolkan perhiasan yang seharusnya tersembunyi, jangan membiarkan bagian dada terbuka, tetapi tutuplah baik-baik.
Di samping pakaian-pakaian menyolok mata yang dipakai bintang-bintang film, atau pakaian mandi bikini yang ditolak oleh rasa susila, wanita Barat pun mempunyai pakaian yang sangat sopan, baik di Amerika ataupun di Eropa. Banyak mode pakaian mereka yang sesuai dengan kehendak al-Quran.
Apabila keluar rumahnya mereka memakai pakaian luar (coat) menutupi pakaian dan perhiasan dalam, tangan dan kaki diberi kaus, kepala ditutup dengan topi , dada tertutup rapat , dan rasa keindahan dan berhias tidak hilang.
Bila sampai di rumah kembali , barulah coat Iuar itu ditanggalkannya, sehingga perhiasan dalam hanya dilihat oleh suami dan anak-anak dan orang-orang gajiannya.
Kalau gelombang dan harus pakaian Barat itu sudah tak dapat ditolak Iagi mengapa tidak pakaian yang sesuai dengan kehendak agama kita yang hendak kita tiru ? Mengapa tidak kita memilih yang sesuai dengan keperibadian kita ?
Tidaklah seluruh pakaian Barat itu ditolak oleh Islam , dan tidak pula seluruh pakaian negeri kita dapat menerimanya.
Kebaya model Jawa yang sebagian dadanya terbuka, tidak dilindungi oleh selendang, dalam pandangan Islam adalah termasuk pakaian "You can see" juga.
Baju kurung cara-cara Minang yang guntingnya sengaja disempitkan sehingga jelas segala bentuk badan laksana ular melilit, pun ditolak oleh Islaml
Dalam mode pakaian Barat pun ada selendang. Alangkah manisnya jika "Babosca" cara Italia dililitkan di kepala diikatkan ke leher sebagai pasangan gaun ? Mengapa meniru pakaian Barat tanggung-tanggung , dan dipilih hanya yang sesuai dengan selera sendiri saja, padahal ditegur oleh agama kita ? Alhasil, dari merenungi kedua ayat di atas nampaklah bahwa kehendak agama Islam ialah ketenteraman dalam pergaulan , kebebasan yang dibatasi oleh aturan syara‘ , penjagaan yang mulia terhadap setiap peribadi, baik Iaki-Iaki rnaupun perempuan.
Membawa manusia naik ke atas puncak kemanusiaan. Bukan membawanya turun ke bawah, menghilangkan ciri-cirinya sebagai insan, lalu turun menjadi binatang, sesudah mendapat Psychoanalisa dari paduka tuan Professor Freud.
Hasil yang lain pula yang didapat dari kedua ayat ini ialah pertanggunganjawab memelihara iman yang sama diperintahkan Tuhan kepada laki-laki dan perempuan, tidak ada perbedaan. Sebagai laki-laki disuruh memelihara penglihatan dan memelihara kemaluan , maka perempuan beriman pun dapat peringatan demikian. Tegasnya, jiwa perempuan beriman disuruh berkembang sendiri dengan tuntunan ilahi, sebagai juga jiwa laki-laki.
Kalau terdapat dalam beberapa negeri Islam perempuan dikurung dalam rumah (purdah) dan disuruh menutupi seluruh badannya, sehingga hanya yang sesuai dengan selera sendiri bukanlah hal itu peraturan Islam. Hal itu timbul ialah setelah kaum laki-laki membukut segala kekuasaan dan menutup keras perempuan, supaya jangan buka mulut. Karena si laki-laki ingin berkuasa sendiri.
Dia dinding dengan serba macam dinding, sehingga lama-lama perempuan itu sendiri pun tidak percaya lagi atas dirinya sendiri. Segala pintu hubungan ke luar rumah ditutup rapat, sehingga iman itu sendiri pun tidak dapat masuk ke dalam rumah. Lantaran itu maka yang menjadi pembicaraan perempuan sesamanya lain tidak hanya bergunjing, bersolek, takhyul mengintip-intip dari belakang tabir, ingin bebas berlari ke luar. Bebas melihat segala laki-laki dan lalu-lintas, dan haram dilihat oleh orang lain.
Kalau di Barat wanita bebas lepas sesuka dengan tidak ada kontrole, maka di negeri-negeri Islam yang jumud wanita dikurung oleh laki-laki. Keduanya kehilangan pedoman hidup. Maka jalan yang baik ialah kembali kepada jalan tengah yang diwariskan Nabi s.a.w. Kaum wanita tidak dikurung dan ditindas, dan tidak pula dibiarkan mengacaukan masyarakat dengan kerling matanya. Tetapi dipupuk rasa tanggung jawabnya atas dirinya, dengan bimbingan lakilaki , dalam rangka membangun masyarakat yang beriman!
Thursday, July 30, 2009
PESANAN KHAS BUAT KAUM HAWA
6 pesanan khas untuk kaum Hawa, juga tidak ketinggalan secara umumnya untuk kaum Adam.
1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun dan tidak dapat solat, duduklah di atas tikar sembahyang supaya anak-anak tidak lihat si ibu yang diharamkan mendirikan solat dalam tempoh tersebut.
2. Hidupkan bacaan hadith Nabi SAW di rumah dengan keluarga. Dianjur baca hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa dunia/akhirat.
3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya sepotong ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab-Mu pada hari ini."
4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.
6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di masjid akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.
ISRAK MIKRAJ
Lima pengajaran utama peristiwa Israk Mikraj
Oleh Mohd Ali Muhamad Don
Kembara Rasulullah ke alam lain perkuat lagi akidah mengenai kepercayaan ghaib, perintah solat
KINI selepas 40 tahun angkasawan Niel Amrstrong bersama Apollo 11, menjejakkan kaki ke bulan, masih banyak lagi rahsia langit yang tidak diketahui akal fikiran manusia. Malah akal tidak mampu untuk memikirkan sesuatu kecuali berdasarkan apa yang dapat dicapai pancaindera. Justeru, wahyu dan pertolongan Allah SWT saja yang boleh merungkai segala rahsia alam.
Contohnya peristiwa kembara agung Rasulullah SAW ke langit menjadi bukti kepada orang beriman betapa Allah Maha berkuasa menjemput kekasihnya, Nabi Muhammad SAW menerusi perjalanan menakjubkan daripada Masjidil Haram di Makkah, melalui ruang udara Madinah kemudian menuju ke Baitul Maqdis di Palestin, lalu dibawa naik melepasi langit ke tujuh dalam satu malam bertemu zat Allah SWT Yang Maha Mulia.
Peristiwa menghairankan ini dirakamkan oleh Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud;
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui . (Surah al-Isra':1)
Sehubungan dengan itu, umat Islam diingatkan agar tidak menjadikan peristiwa ini sebagai acara tahunan yang hanya dipenuhi dengan sesi ceramah dan juadah enak yang menyelerakan saja tanpa berusaha mengambil pelajaran daripada kejadian itu. Banyak kewajipan agama sama ada yang tersurat mahupun tersirat boleh dijadikan pedoman untuk manusia memperkuat keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Antaranya ialah;
* Wajib beriman dengan perkara ghaib
Peristiwa Israk Mikraj adalah peristiwa ghaib yang pernah menyebabkan sebilangan masyarakat Arab murtad kerana tidak dapat menerima perkhabaran disampaikan Nabi Muhammad SAW. Mana tidaknya, perjalanan mengambil masa berbulan-bulan ditempuhi Baginda SAW tempoh satu malam. Oleh itu, setiap umat Islam wajib percaya dengan perkara ghaib yang menjadi asas tauhid kepada Allah SWT. Ia bukanlah sesuatu yang begitu sukar kerana di dunia ini banyak perkara dibuktikan sains wujud tetapi tidak terlihat pandangan mata kasar. Contohnya oksigen dihidu oleh manusia setiap masa masih tidak diketahui hakikat sebenarnya.
* Perintah wajib mengerjakan sembahyang ¿ Ibadah sembahyang yang difardukan Allah SWT pada malam Israk dan Mikraj adalah suatu kaedah unik yang diadaptasi daripada pelakuan malaikat bagi melaksanakan tanggungjawab ibadah kepada Allah SWT. Setiap umat Islam wajib melaksanakan perintah ini, dalam apa situasi tanpa sebarang persoalan. Sembahyang lima waktu adalah tiang agama yang wajib dilaksanakan dengan penuh rasa khusyuk sambil mengharapkan keredaan.
*
* Wajib percaya dengan hari Kiamat
Sayugia difahami bahawa kehidupan dunia hanya sementara, seluruh manusia akan dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk dihisab segala perlakuan ketika di dunia. Berdasarkan gambaran dunia laksana wanita tua yang uzur dan tak berdaya yang dipertontonkan kepada Nabi Muhammad SAW di malam Israk dan Mikraj, dunia kini di ambang kehancuran. Oleh itu setiap orang Islam bukan saja wajib percaya dengan Hari Kiamat tetapi diperintahkan untuk membuat persiapan berupa bekalan amal kebajikan bagi menghadapi hari dahsyat itu. Individu Muslim disaran agar meletakkan diri dalam realiti seorang pengembara dalam perjalanan bertemu Allah SWT dengan membawa berbagai bekalan kebajikan semasa di dunia bagi mengelak kesulitan untuk sampai ke destinasi yang dituju. Disamping itu persembahan hadiah berupa amalan ibadah kepada Allah SWT juga mesti disediakan agar beroleh kebahagiaan yang kekal lagi abadi.
* Wajib percaya dengan azab Tuhan
Berbagai-bagai seksaan ditunjukkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam perjalanan Israk dan Mikraj akibat perbuatan zina, makan riba', ingkar menunaikan kewajipan sembahyang dan membayar zakat, selalu berdusta serta pecah amanah membuktikan betapa Allah SWT Maha Berkuasa menghukum hamba yang berdosa. Semua gambaran itu diharap menginsafkan umat Islam agar sentiasa menjauhi perbuatan dosa.
Dari sudut lain, gambaran kurnia Ilahi kepada satu kaum yang menanam tanaman dan menuai pada hari sama seharusnya menjadikan individu Muslim memiliki semangat juang tinggi terutama ketika berhadapan dengan syaitan.
* Wajib percaya dengan qada dan qadar
Dalam mengharungi kehidupan dunia yang penuh pancaroba ini, manusia berdepan dengan dugaan dan rintangan yang mematangkan jiwa. Biasa didengar ada orang yang beroleh kenikmatan dan terdapat pula yang ditimpa musibah. Nabi Muhammad SAW sebagai insan biasa juga tak lekang daripada ujian itu. Sebelum dijemput naik ke langit, Nabi Muhammad SAW diuji dengan kehilangan 2 individu penting dalam karier dakwahnya iaitu Aminah isterinya dan Abu Talib bapa saudaranya. Tetapi baginda SAW tetap tabah menghadapi ujian itu sehingga dipertemukan dengan Kekasihnya di malam Israk dan Mikraj yang penuh keberkatan. Maka selayaknya umat Islam mencontohi perbuatan Nabi Muhammad SAW dengan menerima segala qada dan qadar Ilahi tanpa terlalu bersedih apabila ditimpa musibah ataupun terlalu bergembira apabila diberi kenikmatan kerana ia suatu bentuk penilaian Allah SWT kepada hamba-hambanya.
Ada pelbagai lagi iktibar yang boleh diperoleh oleh sesiapa yang dibukakan hatinya oleh Allah SWT. Namun yang lebih utama, janganlah kita hanya berseronok merayakan berbagai hari kemuliaan Islam tanpa merenung pelajaran di sebalik setiap peristiwa yang berlaku.
