Hadis Ibnu Abbas r.a:
Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapat anjing atau gambar-gambar. (Riwayat Muslim)
Hadis Aisyah r.a katanya:
Kami mempunyai kain langsir yang bergambar burung. Orang yang hendak masuk, tentu akan melihat kain langsir yang bergambar tersebut. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: "Gantilah kain langsir ini, kerana setiap kali aku masuk dan melihatnya aku menjadi ingat kepada dunia." (Riwayat Muslim)
Hadis Ibnu Umar r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Orang-orang yang membuat atau melukis gambar-gambar akan diseksa pada Hari Kiamat. Maka akan difirmankan kepada mereka: Hidupkan apa yang telah kamu ciptakan." (Riwayat Muslim)
Sunday, March 7, 2010
~Gambar-Gambar Di Rumah~
Thursday, March 4, 2010
~Mengapa Solat Awal Waktu?~


Mengapa solat awal waktu? Apakah kelebihannya?
Saudara,
Apabila azan dilaungkan maka frekuensi azan akan dirambatkan keserata tempat. Frekuensi azan ini akan menjadikan frekuensi sekitar ke tahap theta yang paling rendah (deep theta). Untuk memahami tentang frekuensi, sila rujuk artikel frekuensi yang saya jelaskan sebelum ini di sini.
Mari bersolat DI AWAL WAKTU secara BERJEMAAH
*** 
Saudara,
Air merupakan salah satu makhluk Allah yang mampu untuk menurunkan frekuensi gelombang otak ke alpha dengan cepat. Kerana itu apabila kita berada di dalam keadaan marah, kita diminta untuk mengambil wudhuk agar kita menjadi tenang.
Begitu juga jika anak menangis. Kita boleh sapukan dengan air sambil meminta izin pada Allah dan berkomunikasi dengan air itu sendiri. Air juga makhluk Allah dan kita meminta bantuan air sepertimana kita meminta pada manusia. Ingatlah semua benda di dunia ini adalah makhluk Allah. Milik Allah.
Juga lagi jika kita berada di dalam keadaan stress akibat kerja yang banyak atau juga stress kerana study (baik untuk mereka yang sedang membuat PhD), minumlah air yang banyak. Air boleh menenangkan stress.
Mohonlah agar diberi ketenangan daripada Allah kerana Allah adalah pemilik kepada air dan diri kita. Mohonlah juga kepada air atas hubungan sesama makhluk iaitu kita dan air.
***
Berbalik kepada solat awal waktu. Apabila azan dilaungkan maka azan tersebut mampu menurunkan frekuensi persekitaran ke tahap theta yang paling rendah (deep theta). Apabila kita mengerja solat ketika ini dan ditambah dengan adanya wudhuk, maka frekuensi fikiran kita akan mampu turun sampai ke tahap theta ataupun sekurang-kurangnya alpha yang paling bawah (deep alpha). Ketika ini pastinya menjadi mudah untuk mencapai tahap khusyuk.
Deep theta + Alpha = theta atau deep alpha
Jika kita solat di tengah atau di akhir waktu, maka tenaga frekuensi azan ini telah berkurangan dan mungkin sudah habis. Maka agak sukar sedikit untuk mencapai tahap theta tersebut.
Jika kita bersolat di masjid atau surau secara berjemaah, maka lebih kuat frekuensi thetanya kerana dari masjid dan suraulah azan dilaungkan. Sebab itu kita lebih mudah mencapai tahap khusyuk jika bersolat di masjid atau surau di awal waktu. Maha Besar Allah yang menjadikan sesuatu itu tidak ada sia-sianya.
***
Saudara,
Marilah kita berkomunikasi dengan Allah meminta agar kita sentiasa bersolat di awal waktu. Jika kita malas, atau ada lagi kerja yang ingin dilakukan, maka berkomunikasi dengan Allah dengan memohon keizinan untuk solat lewat waktu.
“Ya Allah, aku ingin buat kerja dahulu ya Allah. Aku ingin siapkan sedikit sahaja lagi kerja ini. Aku minta kebenaran padaMu ya Allah. Izinkan aku solat lewat”.
PERCAYALAH. Pengalaman saya berkomunikasi dengan Allah sedemikian rupa TIDAK akan membawa kepada apa-apa kejayaan. Hati dan jiwa saya serta tubuh saya secara automatik akan bangun dan terus mengambil wudhuk untuk mengerjakan solat. Permohonan saya untuk lewat solat sentiasa menemui KEGAGALAN.
***
Semoga Allah sentiasa melimpahkan ilmunya kepada kita semua. Ameen.

Wednesday, March 3, 2010
~Maksiat Di Depan Mata, Dimanakah Kita?~
Hari ini, ketika ini, dan saat ini, ketika kemungkaran dan maksiat menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat dan ummat yang kita sayang, DIMANAKAH KITA?
Dimanakah kita yang mengatakan bahawa kita meletakkan
• Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perlembagaan,
• Rasulullah sebagai model ikutan,
• Allah sebagai tujuan dan
• Jihad fi sabilillah sebagai penamat kehidupan??
Amatlah jelik sekali pada masa ini ketika ummat yang lantang berkata kononnya kita menegakkan negara Islam di kalangan pemimpin-pemimpin kita,mereka yang dengan lantang mengatakan kita ikut langkah Islam dalam negara ini, turut sama leka dalam jalan taghut.
Malah amat lagi menyedihkan bilamana maksiat itu dilihat sebagai perkara biasa yang normal untuk berlaku dimana-mana.
Saudara ku,
Syaitan akan mengindahkan pandangan manusia ini atas maksiat yang kita lakukan.
Perhubungan tanpa batasan atas nama cinta sejati antara dua insan dipandang indah oleh masyarakat, dipandang cantik oleh sahabat handai malah dipopularkan oleh ramai dalam kalangan kita dan bahkan ia dipandang mulia.
Namun, perhubungan untuk membina baitul muslim secara baik dan suci tanpa ikatan dan perhubungan yang keji dipandang kolot dan ketinggalan zaman bahkan tidak lagi sesuai dengan zaman ini.
Pemuda-pemuda dan para pejuang yang membawakan dakwah Islamiyah, yang ingin meletakkan kefahaman yang betul kepada ummat dipandang sebagai orang penyibuk bahkan mungkin sekali akan dilabel sebagai ‘terrorist’, pengganas, malah dilabel juga sebagai ‘extremist’. Wujudkah ekstremist dalam beragama? Andai mereka yang mahu menegakkan perintah Allah, mendukung kebenaran serta menjalankan perintah Allah itu digelar ekstrem, bukanlah patut kita gelarkan mereka yang sengaja mahu melanggar perintah Allah juga sebagai ekstrem? ‘Ekstrem’ dalam melakukan kemungkaran. Tidak layakkah begitu?
Para pendokong yang ingin membawa semula ummat Islam kepada Islam dipandang sebagai lebai-lebai yang kuno,kolot dan ketinggalan zaman. Bahkan senang sekali dikatakan:
“Aku enjoy,enjoy gak. Ibadat,ibadat jugak”.
Maka adakah kehidupan kita ini membezakan kehidupan ini dengan Islam?
Bukankah sebagai muslim, kehidupan kita adalah Islam dan Islam itu adalah kehidupan. Bahkan untuk berseronok sakan pun bukankah lebih cantik dan lebih indah sekali kalau ianya selari dengan jalan Islam.
Tiada pergaulan tanpa batas. Tiada kelucahan. Bahkan da`wah juga dapat disampaikan melalui hiburan. Ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Tidak semestinya lagu nasyid sahaja perlu ada unsur da`wah. Bukankah lebih cantik andai lagu rock juga ada unsur da`wah?
Tidakkah lebih jelik pabila ketika ada segolongan pihak yang ingin membuat tugas menyedarkan ummat tentang hakikat Islam ini dihalang dengan kuatnya. Tetapi mereka yang ingin melakukan konsert, pesta, keraian yang bukan-bukan dibenarkan dengan sesuka hatinya? Maka dimanakah kononnya Islam yang dilaung-laungkan itu?
Adakah Islam itu hanya tertegak dengan kata? Adakah Islam itu tertegak hanya dengan ceramah dan jualan air liur sahaja? 
Saudaraku,
Islam itu adalah kehidupan kita. Saat kita mengucapkan shahadah, kita telah berikrar dan mengikat perjanjian untuk menerima Islam sepenuhnya.
Tiada istilah “part time Muslim”. Hari ini aku ikut jalan kafir, esok aku ikut jalan Islam. Tiada istilah pengasingan Islam dari kehidupan. Tidak ada pengasingan Islam itu dari pemerintahan. Kerana Islam ini sungguh lengkap dan syumul.
Segalanya dari aspek kehidupan seharian, pemerintahan malah kematian. Ketika kita bershahadah, kita telah berikrar pada aqidah kita dan juga kita juga berikrar bahawa kita sanggup mengikut Islam ini.
Adakah shahadah itu sekadar hanya kata-kata kosong??? Renung-renungkan bersama.

Tuesday, March 2, 2010
~Permasalahan Dakwah~

Dakwah ini bukan jalan tol yang lengang tiada halangan. Juga bukan jalan yang indah ditaburi bunga. Sebaliknya, jalan dakwah ini adalah jalan yang panjang, penuh onak dan duri, kerikil-kerikil tajam, tanjakan-tanjakan curam, dan belokan-belokan berliku. Maka, adalah hal yang sangat wajar jika tik ramai manusia yang mahu memijak jalan ini untuk meraih kemenangan sejati.
Dengan demikian, memasuki wilayah dakwah bukan sederhana. Kalau misalnya seorang daie sudah bulat tekad untuk menapaki jalan ini, belum tentu keluarganya: isteri atau suaminya, anak-anaknya, orang tua dan atau mertuanya, juga demikian. Bahkan, tetangga pun kadang kala turut serta dalam rombongan orang-orang yang menentang pilihan langkah sang daie.
Isteri atau suami mana yang bersedia diajak hidup susah? Orang tua atau mertua mana yang tega melihat anak-cucunya menderita? Apalagi dalam keadaan kewangan yang hidup segan mati tak mahu, misalnya, peruntukan dana untuk dakwah malah lebih besar daripada peruntukan dana untuk keperluan harian. Dalam situasi demikian semangat untuk berjihad di jalan Allah-dengan harta dan jiwa menjadi terasa sangat berat.
Padahal Allah berfirman,
"Berangkatlah kamu-berperang di jalan Allah ini dalam keadaan ringan (lapang) maupun berat (sempit). Dan berjihadlah kamu dengan harta dan jiwamu di jalan Allah..." (At-Taubah: 41)
Ertinya, tentangan dakwah yang pertama kali dihadapi seorang dai adalah tentangan internal: Problem diri dan keluarganya. Mengenai perkara ini, Ustaz Rahmat Abdullah rahimahullah membuat gambaran yang sangat menyentuh hati.
''Alkisah, sepasang belia membangun rumah tangga. Lepas walimah, sang suami pun harus berangkat kembali membina kader-kader dakwah. Kerja yang biasa dilakukan hingga larut malam. Malam panjang tanpa suami pun mendera, membungkusnya dalam selimut sunyi lalu melemparnya ke dalam nyala bara yang menghanguskan keindahan hari-hari madu mereka. Perang pun mulai berkecamuk: zauji au da'wati? (Istriku atau dakwahku).
Dengan mantap sang dai merangkum kata menang, 'Adindaku, kita bertemu di jalan dakwah. Allah melimpahkan kebahagiaan kepada kita dengan membimbing langkah kita ke dakwah yang diberkahi-Nya. Haruskah kita meninggalkannya, sesudah kekuatan itu bersatu dan bertambah untuk lebih meningkatkan kontribusi kita bagi dakwah? ]angan kita langgar janji kita kepada-Nya, sehingga keturunan kita kelak akan tercerai-beraikan oleh pengkhianatan kita.'
Tahun-tahun silihberganti. Ketika bayang-bayang kejenuhan dan kepenatan melintas, istri tercintalah yang tak bosan-bosan mengobarkan semangat dakwah dan pantang menyerah. Sampai anak-anak mereka tak punya pikiran menyuruh tamu menelpon di lain waktu karena ayahnya sedang istirahat. Mereka berlomba membangunkannya. Ia jadi yakin, dakwahlah yang membangunkannya bukan anak-anak yang berkolaborasi dengan tamu dan penelpon yang tak tahu etika itu.
Profil yang lain menghadapi hal yang sama: 'Istriku atau dakwahku?' Satu jurus saja ia jatuh. Ketika dievaluasi, ia menangis dan bertekad; hujan, guntur dan badai tak boleh lagi menghalanginya dati tugas dakwah. Dan saat ia telah bersiap melaksanakan tekad dan ikrarnya, tiba-tiba terdengar suara sang mertua, 'Mertuaku atau dakwahku?' Sekali lagi ia tersungkur.
Tahun-tahun berlalu. Kedua profil itu bertemu; yang satu dengan produk dakwah yang penuh berkah yang lain dengan kemurungan, dunia yang membelenggu dan urusan keluarga yang tak kunjung selesai." Pada saat yang sarna, ketakutan akan kekurangan rezeki kadang juga datang menghampiri. Kekhawatiran akan keselamatan diri dan keluarga turut mengancam. Ada seorang aktivis dakwah dari kalangan pegawai negeri sipil, diancammeski secara tidak langsung-oleh atasannya akan dimutasi ke daerah terpencil jika masih aktifikut kegiatan partai. Sang aktivis takut, kalau-kalau ancaman itu serius, bisa-bisa kariernya akan mati. Istrinya menimpali, "Ya, Mas! Berhenti saja ngaji-nya, daripada nanti dipecat, ke mana lagi kita akan mencari pekerjaan?"
Ya, contoh-contoh seperti diungkapkan Al-Ustaz ada dalam dakwah kita. Kerana daie juga manusia, yang punya rasa, punya hati. Ada masanya iman meningkat dan segala ujian dakwah terasa ringan. Tapi ada pula masanya iman menurun, dan semua yang ada di jalan dakwah terasa sebagai beban yang sangat berat. Pada saat seperti itulah syaitan datang menawarkan janji-janji manis bahawa "mundur sejenak" dari jalan dakwah adalah pilihan yang sepenuhnya rasional. 
"Setan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir) . Sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Mahaluas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Al-Baqarah: 268)
Mereka berkata, seperti orang-orang Badui yang tidak mau ikut ke Hudaibiyah, "syaghalatna amwaluna wa ahwaluna (kami sibuk dengan berbagai urusan pekerjaan dan urusan keluarga)." (Al-Fath:ll) Jika seorang daie berjaya menghadapi semua ujian "domestik" seperti itu, bukan bererti rintangan dakwah sudah habis. Lepas dari tentangan internal dia akan masuk dalam ujian-ujian eksternaI, iaitu derita-derita dakwah yang ditimbulkan oleh orang-orang yang memang tidak suka dakwah ini berkembang, baik dari kalangan non-muslim maupun orang-orang yang bergabung dengan musuh-musuh dakwah dalam tubuh umat Islam sendiri.
Syaikh Musthafa Masyhur mengatakan, tentangan eksternal pertama yang dihadapi seorang daie adalah keengganan manusia dari jalan Allah. Kerana itu, setiap daie wajib mempersiapkan diri untuk menghadapi penolakan masyarakat terhadap dakwahnya. Ia harus benar-benar faham bahwa untuk mendapat sambutan yang menggembirakan atau mencapai hasil yang memuaskan dalam dakwah bukanlah hal yang mudah. Mengapa? Kerana ia mengajak pada sesuatu yang bertentangan dengan hawa nafsu manusia, mengajak untuk meninggalkan tradisi jahiliah yang sudah mendarah daging dalam kehidupan mereka. Bahkan, mengajak untuk melawan thaghut yang selama ini mencekik leher mereka. Tentu saja, itu bukan hal yang ringan bagi mereka.
Dalam hal ini, setiap aktivis dakwah harus sabar dan terus meningkatkan kesabarannya. Walaupun manusia lari dari dakwahnya, ia tidak boleh putus asa. Ambillah teladanvNabi Yunus as. Beliau diberi "pelajaran" oleh Allah dengan dilemparkan ke dalam perut ikan paus karena meninggalkan umatnya yang tidak mau beriman meskipun beliau sudah berdakwah siang malam. Alhamdulillah, setelah mendapat pelajaran dari peristiwa luar biasa-ditelan ikan paus-tersebut, beliau menyedari kesalahannya dan segera kembali pada jalan dakwah dengan sabar, sehingga pada akhirnya umatnya pun beriman. Tentangan eksternal lainnya adalah ejekan, hinaan atau cercaan. Tidak jarang seorang daie yang mengajak umat ini kembali kepada Islam justru dianggap sebagai aneh atau bahkan dituduh sesat dan menyesatkan, meski yang diserukan itu tidak sedikit pun keluar dari Al-Quran maupun As-Sunnah. Istilah-istilah seperti fundamentalis, ekstrem, garis keras, bahkan disejajarkan dengan teroris, adalah yang biasa dialamatkan kepada aktivis dakwah yang istiqamah menyeru manusia kembali ke jalan Allah. Itu semua adalah pasti. Jangankan kita yang manusia biasa, Rasulullah saw. yang ma'shum (terpelihara dari kesalahan dan dosa) saja selalu diejek sebagai orang gila, dituduh berdakwah demi kepentingan dunia, memecah-belah persatuan dan kesatuan bangsa, dan sebagainya.
Bukan sekadar hinaan, rintangan dakwah juga berupa embargo ekonomi, penganiayaan, penyiksaan bahkan pembunuhan dan pengusiran dari kampung halaman. Rasulullah saw. beserta seluruh keluarga bani Hasyim dan bani AI-Muthalib selama tiga tahun diboikot di lembah (syi'b/camp) Abi Thalib. Musuh-musuh dakwah itu membuat piagam perjanjian yang melarang semua elemen masyarakat untuk melakukan akad nikah, berteman, berkumpul, berbicara, bertamu, dan mengadakan transaksi apa pun dengan keluarga beliau (bani Hasyim dan bani AI-Muthalib) secara keseluruhan.
Allah swt. berfirman,
"Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir memikirkan daya upaya untuk menangkapmu, memenjarakanmu, membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah-lah sebaik-baik Pembalas tipu daya." (AI,Anfal: 30)
Kisah Bilal bin Rabah ra., Khabbab bin Al-Arts ra., keluarga Yasir ra., dan kisah lainnya dari generasi sahabat ra. adalah contoh-contoh nyata. Demikian pula yang dialami oleh generasi-generasi sebelumnya seperti bani Israel pada masa Nabi Musa as., generasi ashabul ukhdud, ashabul kahfi dan lainnya, mahupun generasi-generasi sesudahnya hingga hari Kiamat. Di zaman kiwari ini, kita dapat melihat dengan mata kasar, misalnya, bagaimana para aktivis dakwah dari jamaah Ikhwanul Muslimin di Mesir dianiaya dengan sangat tidak manusiawi oleh rejim Jamal Abdul Nasir; dipenjara hingga puluhan tahun, digiring untuk kerja paksa, dimasukkan dalam sel bersama anjing herder yang kelaparan, dicambuki dengan cemeti atau rotan, sehingga tidak sedikit dari mereka yang mati karena siksaan yang teramat kejam, dan sebagainya. Lebih teruk lagi, kekejian itu bukan saja ditimpakan kepada kalangan ikhwan tetapi juga kepada akhawat. Demikian juga ikhwan dan akhawat di Suriah, mereka dibantai tanpa peri kemanusiaan oleh rejim Ba'ats Annushairiyah pimpinan Hafidz Al-Asad.
Mengapa para aktivis dakwah mesti mengalami penyiksaan seperti itu? Bukankah mereka mengajak pada kebenaran, berjuang menegakkan keadilan dan menuntun manusia pada kesejahteraan hidup dunia dan akhirat? Itulah sunnatullah. Tidak seorang pun yang mengajak pada kebenaran dan berjuang menegakkan keadilan kecuali pasti menghadapi tentangan dari para ahli kebatilan dan pendukung-pendukung kezaliman.
Allah swt. berfirman,
"Dan begitulah, telah Kami tetapkan bagi tiap-tiap nabi, musuhmusuh dari para pendosa. Dan cukuplah Tuhanmu menjadi Pemberi petunjuk dan Penolong. " (Al-Furqan:31)
"Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan karena orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah yang Mahaperkasa lagi Maha Terpuji Yang mempunyai kerajaan
langit dan bumi; dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu." (Al-Buruj:8-9)
"Sebagai sunnatullah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum kamu, dan sekali-kali kamu tidak akan mendapati perubahan pada sunnatullah." (AI,Ahzab: 62)
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Walaupun demikian, adalah sunnatullah juga bahawa pada akhirnya dakwahlah yang akan memperoleh kemenangan. Kebenaran dan keadilan akan tegak kokoh di muka bumi. Allah swt. berfirman,
"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan beramal shalih bahwa Dia benar-benar akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nyauntuk mereka, dan Diabenar-benarakanmenukar (keadaan) mereka, sesudah dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka menyembah-Ku dan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." (An-Nur:55)
Itulah janji Allah dan janji-janji Allah pasti dipenuhi-Nya. Allah swt. berfirman,
"Tetapi kepunyaan Allah lah segala urusan itu. Tidakkah rang-orang yang beriman tahu, seandainya Allah menghendaki Dia akan memberi petunjuk kepada manusia semuanya. Dan orangorang kafir senantiasa ditimpa bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri atau bencana itu terjadi dekat tempat kediaman mereka, sehingga datanglah janji Allah. Sesungguhnya, Allah tidak pernah menyalahi janji-Nya." (Ar-Ra'd: 31)
Mahasuci Allah. Segala puji hanya bagi-Nya.

~11 Disiplin Bentuk Pendakwah Berjaya~

ORANG yang pada mulanya berminat memahami isu agama dan cuba untuk mendalaminya, akhirnya lari dan menyepikan diri kerana sikap ditunjukkan 'pendakwah awam' atau umat Islam yang tidak bijak membicarakan ilmu agama. Nabi Muhammad SAW pernah berpesan kepada Muaz bin Jabal dengan sabda yang bermaksud:
"Permudahkanlah orang dan janganlah kamu menyusahkan mereka! Gembirakanlah orang dan janganlah membuatkan mereka lari daripada kamu." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Konsep 'memberi kemudahan' serta 'menggembirakan' orang yang ingin mengenali Islam disuruh Nabi SAW kepada umatnya. Tidaklah menghairankan dalam masa kurang daripada 100 tahun risalah dakwah dibawa Nabi Muhammad SAW, suara azan sudah berkumandang di benua timur dan barat, melepasi batas budaya dan sempadan negara.
Bagi menghasilkan natijah terbaik pada diri individu Muslim yang ingin menjadikan dirinya sebagai seorang pendakwah berjaya, ada beberapa faktor penting yang perlu dikaji antaranya:
1. Memperbaiki diri dan mendidik jiwa ke arah iman dan takwa. Pendakwah akan menyeru orang lain menerusi perbuatannya terlebih dulu sebelum dinilai melalui tutur perkataannya. Perkara itu ditekankan kerana ia senjata paling penting daripada sudut penilaian manusia di persekitarannya.
2. Pendakwah juga perlu membersihkan jiwanya daripada sifat mazmumah seperti angkuh, sombong, ego, penakut, bakhil, malas dan pendendam. Jika tidak dikikis segala ia pasti mengundang keburukan pada wajah Islam itu sendiri yang menjadi cerminan pada pendakwah berkenaan. 
~BIODATA RASULULLAH S.A.W~

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dipersilakan...
Nama penuh: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama 'Abdul Muttalib
Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib
Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun
Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)
Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]
Pengalaman bekerja Rasulullah:
• Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
• Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
• Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
• Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
• Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
• Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.
Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.
Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)
kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.
Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.
Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)
wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.
Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: "Bacalah!" (Iqra'). Lalu Rasulullah menjawab; "Saya tidak pandai membaca." Lalu kata beliau: "Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: "Bacalah!" Tetapi aku jawab: "Aku tidak pandai membaca!" Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.
Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: "Bacalah!", yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan," sampai kepada ujung "Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu." Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.
Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: "Selimutilah aku, selimutilah aku." (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: "Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?" Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: "Aku ngeri atas diriku."

Saturday, February 27, 2010
~6 Perkara Yang Mendorong Seseorang Itu Mengumpat Menurut Imam Al Ghazali~
SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain
dilaknat oleh Allah.
Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan
mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.
Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan
keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan
mereka.
Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu
orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan
sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal
di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada
Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka
yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan
yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai
beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."
Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu
mengumpat;
1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup
mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat
dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;
2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi
dan kehormatan seseorang;
3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh
dan rendah;
4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung
dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;
5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan
kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan
6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong
kerana memandang rendah orang lain.
Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk
menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;
Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu
berdosa besar;
#Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; dan
#Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana
mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.
