Thursday, July 30, 2009

PESANAN KHAS BUAT KAUM HAWA

6 pesanan khas untuk kaum Hawa, juga tidak ketinggalan secara umumnya untuk kaum Adam.

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun dan tidak dapat solat, duduklah di atas tikar sembahyang supaya anak-anak tidak lihat si ibu yang diharamkan mendirikan solat dalam tempoh tersebut.

2. Hidupkan bacaan hadith Nabi SAW di rumah dengan keluarga. Dianjur baca hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya sepotong ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab-Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di masjid akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

ISRAK MIKRAJ

Lima pengajaran utama peristiwa Israk Mikraj
Oleh Mohd Ali Muhamad Don

Kembara Rasulullah ke alam lain perkuat lagi akidah mengenai kepercayaan ghaib, perintah solat

KINI selepas 40 tahun angkasawan Niel Amrstrong bersama Apollo 11, menjejakkan kaki ke bulan, masih banyak lagi rahsia langit yang tidak diketahui akal fikiran manusia. Malah akal tidak mampu untuk memikirkan sesuatu kecuali berdasarkan apa yang dapat dicapai pancaindera. Justeru, wahyu dan pertolongan Allah SWT saja yang boleh merungkai segala rahsia alam.

Contohnya peristiwa kembara agung Rasulullah SAW ke langit menjadi bukti kepada orang beriman betapa Allah Maha berkuasa menjemput kekasihnya, Nabi Muhammad SAW menerusi perjalanan menakjubkan daripada Masjidil Haram di Makkah, melalui ruang udara Madinah kemudian menuju ke Baitul Maqdis di Palestin, lalu dibawa naik melepasi langit ke tujuh dalam satu malam bertemu zat Allah SWT Yang Maha Mulia.

Peristiwa menghairankan ini dirakamkan oleh Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud;

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui . (Surah al-Isra':1)

Sehubungan dengan itu, umat Islam diingatkan agar tidak menjadikan peristiwa ini sebagai acara tahunan yang hanya dipenuhi dengan sesi ceramah dan juadah enak yang menyelerakan saja tanpa berusaha mengambil pelajaran daripada kejadian itu. Banyak kewajipan agama sama ada yang tersurat mahupun tersirat boleh dijadikan pedoman untuk manusia memperkuat keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Antaranya ialah;

* Wajib beriman dengan perkara ghaib

Peristiwa Israk Mikraj adalah peristiwa ghaib yang pernah menyebabkan sebilangan masyarakat Arab murtad kerana tidak dapat menerima perkhabaran disampaikan Nabi Muhammad SAW. Mana tidaknya, perjalanan mengambil masa berbulan-bulan ditempuhi Baginda SAW tempoh satu malam. Oleh itu, setiap umat Islam wajib percaya dengan perkara ghaib yang menjadi asas tauhid kepada Allah SWT. Ia bukanlah sesuatu yang begitu sukar kerana di dunia ini banyak perkara dibuktikan sains wujud tetapi tidak terlihat pandangan mata kasar. Contohnya oksigen dihidu oleh manusia setiap masa masih tidak diketahui hakikat sebenarnya.

* Perintah wajib mengerjakan sembahyang ¿ Ibadah sembahyang yang difardukan Allah SWT pada malam Israk dan Mikraj adalah suatu kaedah unik yang diadaptasi daripada pelakuan malaikat bagi melaksanakan tanggungjawab ibadah kepada Allah SWT. Setiap umat Islam wajib melaksanakan perintah ini, dalam apa situasi tanpa sebarang persoalan. Sembahyang lima waktu adalah tiang agama yang wajib dilaksanakan dengan penuh rasa khusyuk sambil mengharapkan keredaan.
*


* Wajib percaya dengan hari Kiamat

Sayugia difahami bahawa kehidupan dunia hanya sementara, seluruh manusia akan dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk dihisab segala perlakuan ketika di dunia. Berdasarkan gambaran dunia laksana wanita tua yang uzur dan tak berdaya yang dipertontonkan kepada Nabi Muhammad SAW di malam Israk dan Mikraj, dunia kini di ambang kehancuran. Oleh itu setiap orang Islam bukan saja wajib percaya dengan Hari Kiamat tetapi diperintahkan untuk membuat persiapan berupa bekalan amal kebajikan bagi menghadapi hari dahsyat itu. Individu Muslim disaran agar meletakkan diri dalam realiti seorang pengembara dalam perjalanan bertemu Allah SWT dengan membawa berbagai bekalan kebajikan semasa di dunia bagi mengelak kesulitan untuk sampai ke destinasi yang dituju. Disamping itu persembahan hadiah berupa amalan ibadah kepada Allah SWT juga mesti disediakan agar beroleh kebahagiaan yang kekal lagi abadi.

* Wajib percaya dengan azab Tuhan

Berbagai-bagai seksaan ditunjukkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam perjalanan Israk dan Mikraj akibat perbuatan zina, makan riba', ingkar menunaikan kewajipan sembahyang dan membayar zakat, selalu berdusta serta pecah amanah membuktikan betapa Allah SWT Maha Berkuasa menghukum hamba yang berdosa. Semua gambaran itu diharap menginsafkan umat Islam agar sentiasa menjauhi perbuatan dosa.

Dari sudut lain, gambaran kurnia Ilahi kepada satu kaum yang menanam tanaman dan menuai pada hari sama seharusnya menjadikan individu Muslim memiliki semangat juang tinggi terutama ketika berhadapan dengan syaitan.

* Wajib percaya dengan qada dan qadar

Dalam mengharungi kehidupan dunia yang penuh pancaroba ini, manusia berdepan dengan dugaan dan rintangan yang mematangkan jiwa. Biasa didengar ada orang yang beroleh kenikmatan dan terdapat pula yang ditimpa musibah. Nabi Muhammad SAW sebagai insan biasa juga tak lekang daripada ujian itu. Sebelum dijemput naik ke langit, Nabi Muhammad SAW diuji dengan kehilangan 2 individu penting dalam karier dakwahnya iaitu Aminah isterinya dan Abu Talib bapa saudaranya. Tetapi baginda SAW tetap tabah menghadapi ujian itu sehingga dipertemukan dengan Kekasihnya di malam Israk dan Mikraj yang penuh keberkatan. Maka selayaknya umat Islam mencontohi perbuatan Nabi Muhammad SAW dengan menerima segala qada dan qadar Ilahi tanpa terlalu bersedih apabila ditimpa musibah ataupun terlalu bergembira apabila diberi kenikmatan kerana ia suatu bentuk penilaian Allah SWT kepada hamba-hambanya.

Ada pelbagai lagi iktibar yang boleh diperoleh oleh sesiapa yang dibukakan hatinya oleh Allah SWT. Namun yang lebih utama, janganlah kita hanya berseronok merayakan berbagai hari kemuliaan Islam tanpa merenung pelajaran di sebalik setiap peristiwa yang berlaku.

Tuesday, June 16, 2009

Tiada Kekuatan Selain Allah

'LAHAULA WALA QUWATA ILLA BILLAH HIL ALIYIL A’ZIM'

'Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia'

Berzikirlah selalu kerana ia adalah salah satu cara untuk kita menghubungkan diri kita dengan Allah, disamping itu, cara ini jugalah yang akan menjadikan hati manusia lembut. Sedangkan Saidina Umar R.A memeluk islam dengan mendengar adiknya sendiri berzikir (membaca surah Taha), padahal sebelum ini, beliaulah seorang yang paling kuat menentang ajaran agama islam yang dibawa oleh rasulullah.

Walaupun hanya sebaris ayat, tetapi jika dihayati sedalam-dalamnya, ia akan memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupan. Sesungguhnya manusia ini semuanya lemah. Tidak berkuasa. Dan yang berkuasa pun, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kekuasaan Allah.

Malahan kuasa tersebut dkurniakan oleh Allah, bukan untuk kita kufur kepadaNya, tetapi untuk kita lebih mendekatkan diri kepadaNya. Selemah-lemah manusia, tidak berdaya untuk berbuat apa-apa, kecuali dengan kehendak Allah semata-mata. jika Allah tidak mahu ia berlaku, ia mustahil akan berlaku. Tetapi apabila Allah menyebut ‘Kun’, maka ‘Yakun’ lah apa yang dikehendakiNya.

Oleh itu, apa-apa pun perbuatan yang kita lakukan ataupun hendak kita lakukan, mestilah bersandarkan konsep zikir ini. Malahan, ayat ini juga boleh menjadikan motivasi untuk kita mencapai kejayaan. Tetapi mestilah disertakan dengan usaha yang bersungguh. insyaAllah, walaupun kita rasa mustahil akan berlaku, ia akan berlaku.

Jadikanlah zikir ini sebagai nyanyian mulut kita setiap hari, terutamanya dikala waktu kesusahan menimpa diri. Kerana apabila manusia terus-menerus mengingati Allah sewaktu dalam kesusahan, maka mereka tidak akan sekali-kali berputus asa kerana yakin atas apa yang Allah taqdirkan.

Sama-samalah kita menggunakan zikir-zikir dan ayat-ayat al-Quran sebagai motivasi kita dalam kehidupan.

Saturday, May 30, 2009

Gurau Dan Canda Rasulullah SAW

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermainmain dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja. Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,

"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya. "Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW. "Ia tidak mampu", kata perempuan itu. "Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta". "Ia tidak mampu". Para sahabat yang berada di situ berkata, "bukankah unta itu juga anak unta?"

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu". "Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?".

"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".Perempuan itu lalu menangis. Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini, Serta kami telah menciptakan istri-istri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya,Rasulullah turut tersenyum.Smile

Bercinta..??? Mampukah Elak Zina Hati..???

Memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra, surah ke 17, dalam ayat yg ke 32 ¿Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk¿


Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu.Dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun anda ingin bercinta tetap tak dapat lari daripada zina hati !

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai.. I Love Allah
Wink

MENCARI CINTA?

Bercinta..??? Mampukah Elak Zina Hati..???

Memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra, surah ke 17, dalam ayat yg ke 32 ¿Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk¿


Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu.Dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun anda ingin bercinta tetap tak dapat lari daripada zina hati !

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai.. I Love Allah
Wink

~PERJALANAN INI~

Mulanya, kuanggap mudah perjalanan ini. Dengan idealisme khas remaja, ku sambut hangat uluran tangan mereka yang ramah mnegajakku. Pada awalnya belum memahami sepenuhnya arti perjalanan ini. Begitupun arti perjumpaan dengan yang Maha Agung, yang konon merupakan puncak kebahagiaan manusia.


Agaknya, kekurangpahaman ini menyebabkan banyaknya rekan seperjuanganku yang mengurungkan niat, atau mereka segera letih atau memilih jalan lain yang tampaknya lebih menjanjikan kemudahan. Namun, aku tiada terganggu, sementara jalan dihadapanku semakin menanjak dan menyempit, dan waktu pun terus berlalu ….. Aku dan yang lainnya terus melangkah, terseret-seret. Hampir sudah seperempat usia aku habiskan dijalan ini. Dan kini kupahami tabiat jalan yang telah kupilih ini.


Entah sudah untuk yang keberapa lutut ini bergetar. Nafaspun mulai tersenggal, kadang kujumpai seseorang berdiri ditengah jalan Ia tampaknya tidak menyukai kehadiranku, tapi, aku harus melewati jalan itu. Dengan segenap kemampuanku kuhadapi ia, terkadang saudara-saudaraku tidak tinggal diam membiarkanku berkelahi sendirian


Entah berapa kali sudah aku tersungkur, orang bilang aku terlalu ringkih untuk menuntaskan seluruh perjalanan, tapi aku tidak mau peduli, masih pekat kepercayaanku, Ia yang akan kujumpai disana senantiasa akan memberikan kekuatan gaibNya kepadaku


Kini dihadapanku berdiri angkuh tebing terjal. Tanahnya cokelat basah, ada jalan setapak, dipinggirnya ada semak-semak liar yang menatap kami dengan masam, sementara dari sudut mataku, dapat kutangkap adanya jalan lain yang lebih mudah, tak ada tanah licin yang menantiku tergelincir, tak ada semak yang akan mengejek, jalannya pun lapang dan tatapanku kearah tebing angkuh tadi, samar dapat kulihat jejak-jejak kaki orang-orang sebelumku. Namun kadang tak terlihat jejak sama sekali.

Dan babak baru perjalanan kami mulai, setiap langkah harus diperhitungkan dengan cermat, salah pijak, hampir pasti akan trgelincir. Terpaksa kuakui kalau nyali ini agak menciut. Namun kututupi sedapatnya, aku pun terus melangkah naik.


Ah seorang saudaraku tergelincir, tepat disebelahku!

Kuulurkan tangan menahan lajunya, tapi terlalu berat, dengan pasti aku ikut terseret, namun ia tidak berusaha untuk turut naik sementara pijakankupun semakin tak pasti


Namun ampuni aku ya Rabbi, betapa seringnya hamba ini tertegun ragu, untuk melanjutkan perjalanan panjang ini. Semuanya dikarenakan karena kelemahan hati ini, yang masih mengharap mencicipi kenikamatan duniawi.


Kinipun hati yang peragu ini masih diguncang gundah.

Akankah kau terima buah karya tangan lemah ini?

Akankah Kau hargai, apabila saat ini hatiku masih juga mengharapkan wajah selain wajah Mu?

Jika masih kunanti senyum lain selain senyum Mu?

Jika masih kudamba pujian selain dari Pujian Mu?

Betapa semakin berat persangkaanku akan kesia-siaan amalanku, jika kuingat Engkau Maha Pencemburu !

Ada kudengar jalan lain yang jauh lebih sulit dari yang kutempuh. Orang-orang yang melewatinya adalah orang-orang perkasa, dengan nyali melebihi singa. Mereka mempertaruhkan segalanya, sampai nyawa sekalipun. Mereka meyakini dan merasakan, meregangnya nyawa dari jasad justru mempercepat perjumpaan mereka dengan Sang Kekasih.


Ada terpikir oleh ku untuk melewati pula jalan itu. Namun aku cukup arif untuk menyadari, betapa diri ini tak layak untuk disejajarkan dengan mereka. Siapakah aku ini, dibandingkan mereka yang senantiasa bersimbah peluh dan debu Untuk membuktikan kecintaan kepada Nya


Dengan berat kuputuskan untuk melepaskan peganganku. Ia mengerti kalau aku paham bahwa keberaniannya telah luruh.ia ingin segera menuju jembatan yang memisahkan jalan kami dengan jalan lain yang lebih ramah, walau entah kemana


Bahkan sempat kudengar kabar, terhentinya perjalan salah seorang saudaraku, yang dulu turut membimbingku melewati masa-masa awal perjalanan. Dan semakin banyak saja yang mengikuti jejaknya.


Di setiap jalur yang kami tempuh, ada tempat-tempat peristirahatan sejenak. Tempat kami melepaskan segala keluh kesah dan keletihan. Biasanya, ia akan menurunkan pembantuNya menghibur kami, orang-orang yang mendamba perjumpaan dengan Nya. Disini aku bisa menangis sejadinya. Menghimpun keberanian guna melanjutkan langkah


Rabbiku, telah kupenuhi panggilanMu, mambawa tubuh ringkih ini melewati jalan yang Kau kehendaki.

Telah kucoba melepas segenap medan yang menghalangi

Telah coba kuatasi, sedapatnya, panasnya hari-hari yang kulewati


Betapa lancangnya aku, mengukur diri dengan mereka

Yang menghabiskan malam-malamnya dengan sujud tersungkur, mengharapkan ampunan dan cinta Nya

Sedang akupun harus bersabar…


Kupandangi tanah datar dihadapanku, disalah satu sisinya ada lembah yang terus menyatu dengan kaki gunung. Perlaha ku dengar gemericik air kali, kuseret langkah kesana. Gemericik suara dedaunan dan kerikan serangga ilalang menemani kesunyianku


Kulepas alas kaki, hati-hati kumasukan kaki ke kebeningan air. Terus menuju ketengah arus, kuresapi dan kunikmati kesejukannya, kuusap wajah dan kepala, dan segera kurasakan kesejukkan luar biasa

Selanjutnya, aku telah tertunduk di sebongkah batu besar di tengah-tengah kali


Sejuta angan dan pikiran bersatu dibenaku. Perjalanan panjang telah mengantarkanku kemari kuharap kesunyian tempat ini dapat meneduhkan gejolak panas dibenakku

Tapi sampai berapa lama aku berada dalam kesunyian seperti ini. Gunung diam dihadapanku justru mempertebal kebosananku , kicauan burung yang ramai pun tak mampu menembus kekosongan hatiku

Kulihat sekelilingku…Sepi

Aku harus segera berlari, kembali kerombonganku

Pesona tempat ini ternyata tak mampu mengobati hatiku yang sunyi. Aku harus bergabung bersama mereka, kembali melintasi semak berduri. Seraya terus menetapkan angan akan suatu peristirahatan abadi. Akan suatu taman yang rindang yang kaya akan aneka buah buah yang dibawahnya mengalir sungai sungai…

Semoga Allah senantiasa memberikan kekuatan untuk tetap bertahan di jalan ini, sehingga kita dapat meninggalkan sedikit jejak yang dapat memberikan manfaat bagi kelangsungan dakwah ini…

Ya Allah Istiqomahkanlah hati ini di jalan Mu


Ikhlas

Abu Thalib al-Makki berkata, "Seseorang tidak boleh meninggalkan amal

shalih karena takut terkena penyakit pada amal tersebut, karena memang

itulah yang dikehendaki oleh musuhnya (syetan). Tetapi dia harus

kembali kepada niatnya semula, niat yang benar. Jika amal tersebut

tersusupi oleh penyakit, maka hendaknya ia segera mencari obatnya,

berusaha menghilangkannya dan tetap pada niat yang benar dan tujuan

yang baik. Tidak boleh meninggalkan suatu amalan karena manusia, atau

karena malu terhadap mereka. Sebab beramal karena manusia adalah

syirik, dan meninggalkannya karena mereka adalah riya'. Meninggalkan

amal karena khawatir akan masuknya penyakit (riya') di dalam hati

adalah kebodohan, dan meninggalkannya ketika amal tersebut sedang

dilakukan (karena keikhlasannya terganggu) adalah suatu kelemahan.

Siapa saja yang beramal karena Allah dan meninggalkannya juga karena

Allah, maka tidak ada masalah baginya selagi masih berada dalam

koridor ini, tentunya setelah ia dapat membuang jauh-jauh segala niat

buruk. "

MyQuran.org