Saturday, April 3, 2010

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته







Sumber : http://raudhahtribune.blogspot.com/

~Lihat rokok Ingat Babi~

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dkirim oleh epondok di April 3, 2010

KUALA LUMPUR – Ekoran dakwaan penemuan sel darah babi dalam penapis (filter) rokok, Kementerian Kesihatan mengambil tindakan segera menghantar sampel rokok di negara ini ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tindakan itu bagi menyiasat sejauh mana kebenaran dakwaan Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney, Australia mengenai penemuan itu.

Wallahu`alam

http://epondok.wordpress.com/

~Peguam Muslim bantah ubah hukuman sebat Kartika~

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Dikirim oleh epondok di April 3, 2010

Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini menzahirkan perasaan dukacita mereka dengan arahan Sultan Pahang yang meringankan hukuman sebatan syarie ke atas bekal model Kartika Sari Dewi Sukharnor kepada perintah menjalankan kerja khidmat kemasyarakatan.

http://epondok.wordpress.com/

Menurut PPMM, titah Sultan itu langsung tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika yang sebelum ini mahu disebat secara syarie atas kesalahannya itu dilaksanakan.

Kartika ditahan pihak berkuasa ketika minum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008 dan selepas mengaku bersalah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan.

“PPMM yang mewakili lebih seribu ahli yang berkelulusan undang-undang dan syariah khuatir titah perintah ini tidak mempunyai keabsahannya di sisi undang-undang kerana walaupun bertindak sebagai ketua agama negeri KDYMM Sultan Pahang seharusnya mempertahankan undang-undang Islam serta memperkukuhkan institusi mahkamah syariah.

“Hak dan kuasa sebagai ketua agama hendaklah dijalankan mengikut hukum agama itu sendiri,” menurut kenyataan media yang dikeluarkan di Bangi, Selangor.

Kata PPMM lagi, undang-undang Islam telah menetapkan secara definitif hukuman bagi kesalahan meminum arak.

“Walaupun sebatan syarie sebanyak enam kali itu tidak mencapai jumlah yang ditetapkan oleh hukum syarak, namun ianya hendaklah dilaksanakan juga kerana ia lebih hampir kepada hukum syarak.”

Sebatan syarie amat ringan

Menurut PPMM, mereka juga musykil peringanan hukuman itu yang didakwa berasakan faktor kemanusiaan sedangkan hukuman berkenaan sendiri adalah amat ringan dan mempunyai falsafahnya yang tersendiri.

“Sebatan syariah amat berbeza dengan sebatan sivil yang mencedera dan menzalimi pesalah. Sebatan syariah lebih bersifat mendidik sebagaimana bapa mendidik anaknya,” kata kenyataan itu.

PPMM berkata undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan diperkenan oleh Sultan memperuntukkan kaedah peringanan hukuman bagi pesalah syariah.

“Peringanan hukuman bagi kesalahan syariah pula hendaklah dibuat atas nasihat Mufti. Mufti pula bertanggungjawab menasihati DYMM Sultan berdasarkan hukum syarak.

“Dalam hal yang demikian PPMM tidak dapat menggarap peruntukan yang manakah terpakai kepada peringanan hukuman kepada kerja kebajikan ini,” kata kenyataan itu.

Menurut PPMM lagi, tindakan beberapa ahli-ahli politik termasuk menteri-menteri dan kumpulan NGO lain berhubung isu itu jelas membelakangkan undang-undang Islam dalam pendirian mereka mengaut keuntungan politik atau populariti.

Kartika mula jalani khidmat masyarkat

“Setiap undang-undang yang ditetapkan oleh Allah itu mempunyai falsafahnya yang tersendiri dan kadang-kadang menjangkaui logik akal manusia. Oleh itu, kita tidak boleh menggunakan akal fikiran sendiri bagi menandingi ketetapan Allah itu.”

Berikutan titah Sultan Pahang itu, Kartika memulakan hukuman khidmat masyarakat di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, di Kuantan kira-kira jam 9.35 pagi tadi.

Sebelum itu, beliau diberi taklimat di Bahagian Penguatkuasa di Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) selama 20 minit.

Kartika menerima sepucuk surat Rabu lalu yang memaklumkan mengenai keputusan itu.

Surat berkenaan ditandatangani Timbalan Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu, Pahang, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Surat tersebut berbunyi:”Menjunjung titah perintah kebawah Duli Yang Maha mulia Sultan Pahang, saya dengan ini memaklumkan kepada Puan bahawa berikutan daripada Majlis Mengadap Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang yang diadakan pada 3 Mac 2010, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sulatan Pahang selaku Ketua Agama Islam Negeri Pahang telah berkenan memutuskan bahawa sebagai ganti kepada hukuman sebat Puan dititah perintah supaya menjalankan kerja khidmat kemasyarakatan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatima, Kuantan di alamat Jalan Tengku Muhammad, 25050 Kuantan selama 3 minggu mulai 2 April 2010.”

~Jalan Taubat Terbuka~

Oleh: PROF. DATO' DR. SIDEK BABA

SETIAP manusia biasa melakukan dosa. Para remaja juga melakukan dosa. Ada yang sifatnya dosa besar dan ada yang bentuknya dosa kecil. Sifat manusia itu ialah nisyan atau lupa dan ghaflah atau lalai. Di peringkat umur remaja kelalaian dan kelupaan lebih ketara. Mereka perlu diingatkan selalu. Kadang-kadang leteran juga berlaku. Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan remaja silap dan salah. Kelupaan menyebabkan remaja melanggar pedoman Allah. Kelalaian menyebabkan remaja melampaui batas.

Mengulangi melakukan dosa ia ibarat titik-titik hitam di hati. Terlalu banyak titik hitam menyebabkan warna hati bertukar. Secara rohaniahnya, titik-titik hitam yang tidak dibersihkan akan menyebabkan lebih banyak kelupaan dan kelalaian. Ia boleh mendorong ke arah tabiat keji dan mungkar. Hati remaja diibaratkan seperti cermin. Cermin yang baik ialah cermin yang ada kilauan. Cermin yang jernih memantulkan imej wajah yang jernih. Bila cermin terkandung banyak titik hitam, titik itu ada melitupi cermin dan cermin akan kehilangan daya pantulan.

Cermin yang hilang daya pantulan ibarat hati yang hilang sensitivitinya terhadap perkara baik dan mungkar. Bila hati tidak lagi ada daya pantulan remaja akan mengalami penyakit mati rasa. Penyakit mati rasa menyebabkan perlanggaran dosa dianggap perkara biasa. Melakukan kesalahan dan kemungkaran dianggap lazim. Dan akhirnya apabila dosa terus dilakukan cermin hati akan dilitupi ibarat hijab menutup wajah.

Sifat ibadah khusus dalam Islam dilakukan berulang-ulang. Tujuan dihantarkan Nabi dan Rasul pun antaranya ialah membawa khabar gembira dan peringatan. Perulangan dalam ibadah khusus seperti sembahyang, puasa, zikir dan lain adalah proses tazkiah an nafs iaitu latihan rohaniah untuk membentuk nilai-nilai baik dan murni supaya jiwa kehambaan yang tinggi wujud pada diri insan. Jiwa kehambaan yang membawa sifat patuh, taat, akur dan tunduk boleh membentuk watak remaja menjadi orang-orang yang sentiasa berfikir untuk mendapat reda Allah.

Manifestasi ibadah khusus boleh menjadi jalur pengembangan maksud ibadah yang lebih luas. Ketundukan kepada pedoman Allah iaitu bersifat jujur kerana-Nya, ikhlas kerana-Nya, amanah kerana-Nya, adil kerana-Nya, tulus dan telus kerana-Nya membimbing manusia melihat seluruh pekerti dalam hidupnya terkandung sifat-sifat rohaniah yang tinggi. Bercakap benar dan tidak berdusta adalah gambaran sifat rohaniah yang tinggi. Memimpin dengan amanah dan jujur adalah gambaran sifat orang-orang yang beriman. Takut akan azab Allah dan insaf keTuhanan yang tinggi God-conciousness adalah gambaran orang-orang yang berjiwa muttaqin. Kualiti ini apabila menjadi amalan remaja ia akan berhikmah atau berpulang kembali kepada dirinya atau kepada orang lain.

Seseorang remaja yang jujur dan amanah, bila sifat itu diamalkan dalam hidupnya, tidak saja kebaikan itu dirasakannya tetapi kebaikan itu juga dirasakan oleh orang lain. Seseorang remaja yang cintakan ilmu, kebaikan ilmu itu tidak saja memberikan suluh kepada jalan hidupnya tetapi akan menerangi orang lain. Seseorang remaja, sabar dalam menghadapi ragam hidup, kesabarannya itu akan menyebabkannya terelak daripada kegelojohan kerana kesabaran adalah mutiara kebijaksanaan.

Mengapa remaja melakukan dosa? Pertama, remaja mungkin tidak memiliki kesedaran rohaniah yang meyakini bahawa Allah itu Maha Perkasa dan Maha Mengetahui. Konsep berTuhan hanya sekadar percaya. Percaya yang tidak ditunjangi oleh ilmu boleh berubah-ubah kadang-kadang berada dalam kesamaran. Kesamaran boleh menyebabkan remaja ragu-ragu. Ragu-ragu dalam keyakinan dan pendirian boleh menyebabkan perlanggaran. Perlanggaran dalam amal dan perbuatan boleh menyebabkan dosa.

Kedua, remaja tidak dititipkan ilmu-ilmu yang berguna dan bermanfaat dan tidak mempunyai kesempatan yang berkesan untuk melalui proses didik dan hadir dalam persekitaran yang membantu ke arah pembentukan akhlak yang baik. Akibatnya remaja tidak memiliki perasaan peka nilai. Ia menyebabkan remaja tidak menjadikan nilai-nilai murni sebagai jalan hidup keremajaan sebaliknya menjadikan naluri dan nafsu sebagai jalur memenuhi niat dan hajat.

Ketiga, ramai remaja yang tidak memiliki qudwah atau contoh yang baik dan cemerlang dalam hidup. Ia menyebabkan remaja kekosongan dalam mencari contoh yang fitrah untuk diteladani dan diikuti. Atas dorongan naluri dan nafsu-nafsi remaja boleh terdorong untuk membina idola dan diva yang akhirnya menjerumuskan remaja kepada ‘pemujaan’ terhadap selebriti seperti artis, pelakon dan juga personaliti-personaliti lain.

Keempat, sesetengah remaja tidak ada rasa berdosa terhadap apa dan terhadap sesiapa pun. Dorongan naluri dijadikan pedoman dan gesaan nafsu dijadikan turutan. Akhirnya dosa-dosa kecil berlaku secara berterusan dan dosa besar semacam suatu kebiasaan.

Dalam Islam ruang untuk bertaubat dan mohon keampunan sentiasa terbuka. Sebab itu para remaja yang insaf tentang hubungannya dengan Allah akan sentiasa melakukan istighfar bila berlaku sesuatu kesilapan, merenung ke dalam diri, mencari sebab-musabab kejadian dan berazam tidak mengulangi lagi.

Kesilapan yang dilakukan oleh remaja tidak bermakna itulah akhirnya hidup. Dalam sejarah sahabat-sahabat Nabi baik di Mekah mahupun di Madinah, ramai yang melakukan pelbagai dosa kecil dan besar tetapi apabila keinsafan timbul, hidayah diberikan dan kembali kepada diri yang fitrah bertukar menjadi pejuang-pejuang di barisan depan Islam. Saidina Omar, sebagai contoh, pada zaman jahiliahnya melakukan pembunuhan anak perempuan tetapi bila mendengar ayat-ayat Allah digemakan, timbul keinsafan yang amat mendalam untuk kembali kepada fitrah. Dan apabila menerima akidah tauhid, beliau menjadi benteng utama perjuangan Islam yang amat digeruni oleh musuh.

Di Malaysia, remaja Melayu dibesarkan dalam keluarga orang-orang Islam. Paling tidak secara keturunan mereka adalah orang-orang Islam. Harus ada didikan di peringkat keluarga, sekolah dan masyarakat tentang kesedaran rasa bersalah dan rasa berdosa di kalangan mereka. Kesedaran ini amat penting wujud dalam diri remaja supaya ada perisai dalam diri remaja untuk mengenal dan membentengi diri supaya mengetahui yang salah itu salah dan yang benar itu tetap benar.

Remaja Islam harus insaf bahawa kumpulan mereka ini sedang dijadikan sasaran oleh musuh-musuh umat khususnya para pendakwah yang menguasai media cetak dan elektronik, melabur dengan kos yang tinggi terhadap acara-acara yang bersifat festival dan hiburan yang berterusan dengan harapan apabila para remajanya asyik dengan hiburan dan festival yang melampau ia akan memesongkan perhatian remaja untuk cemerlang dalam bidang ilmu dan pendidikan. Bila hiburan, muzik, festival dan bahan-bahan lucah dalam internet menjadi ketagihan, para remaja mula alpa tentang tanggungjawab kepada Allah dan akhirnya mudah terjebak dalam perangkap dosa yang kadang-kadang menyebabkan remaja hilang jalan kembali.

Oleh itu kembali kepada Allah ialah dengan melakukan taubat. Melakukan taubat mesti ada keikhlasan dan kejujuran pada diri. Keikhlasan yang diikuti untuk tidak mengulanginya lagi bakal memimpin remaja ke jalan yang direda. Dosa remaja dengan dengan remaja lain atau sesama manusia harus diselesaikan sesama manusia dan dosa remaja terhadap Allah harus langsung dengan-Nya.

Remaja yang melakukan taubat dan berazam untuk melakukan kebaikan dan amal yang bermanfaat dalam hidup, ibarat seorang anak yang lahir semula. Sebagai anak yang baru lahir, para remaja hendaklah mendedahkan diri dalam suasana dan persekitaran yang baik supaya kebaikan persekitaran boleh membantu remaja yang kekal dalam kebaikan. Sekiranya berlaku dosa kecil kembali mohon keampunan kepada Allah dan apabila amalan yang baik sebati pada diri remaja, ia akan memberikan rasa kekebalan remaja untuk menghadapi cabaran yang lebih besar. Bertaubatlah sebelum terlambat kerana Allah s.w.t. Maha penerima taubat dari hamba-Nya.

Friday, April 2, 2010

~Diri Saya~

MySpace

Suka berlari-lari

MySpace

Suka ketawa sorang-sorang

MySpace

MySpace

Kuat tido

MySpace

MySpace

MySpace

Suka Menyanyi

MySpace

MySpace

Suka beriadah

Itulah serba-serbi sedikit tentang peribadi saya...

MySpace

Thursday, April 1, 2010

~Anda Ingin Cantik ?~

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat

~April Fool ?~

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Utk renungan dan pengajaran semua..


Asal Usul April Fool

Assalamualaikum..

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan
bersama.

Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan
budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali.

Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan.Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.

Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan.

Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca tentang suatu terjadi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia
mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah
bertapak berkurun-kurun lamanya si Granada, Sepanyol, kerajaan Islam
akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam
di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk
menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas
hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar
dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka
dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang
Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan,
telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
lalu menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan
kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera
Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah - Peliharalah Allah, nescaya Allah akan
memelihara kamu ......rawahu ttirmizi Illal Liqaq