Wednesday, March 31, 2010

~A..B..atau C ?~

Assalammualaikum kepada abang2ku,kakak2ku,adik2ku,sahabat2ku dan sesiapa saja kamu melainkan kamu bukan makhluk ALLAH.... semoga kamu semua dalam keadaan baik lagi dirahmati ALLAH..amin,,

Persoalan:
Jika seorang hamba ALLAH bernama Muhammad Islam berkata
"sekarang ALLAH telah mmberiku sakit lagi...ALHAMDULILLAH,kerana ALLAH itu bukan adil,,baru sekarang aku tahu"



apakah yang akan kamu semua katakan pada Muhammad Islam???



A: sungguh jahil,tidak berakal lagi tidak berguna hamba yg bernama Muhammad Islam itu...apakah kamu fikir ALLAH jadikan kamu sebagai "main2"??


B: Aku mmbenarkan kata2 Muhammad Islam..



C: ...(kamu boleh sertakan jawapan
kamu sendiri)**insyaallah aku tidak
akan bangga @ marah dengan jawapan
kamu itu)




ALHAMDULILLAH,nanti jawap ler camtu bila munkar dan nakir tanya



ALHAMDULILLAH,terima kasih...

Bissmillahirrahmanirrahaim...

berkata pula Muhammad_islam kepada:-

Si fulan 'A'
-"jika seseorang berkata 'banyak orang sudah rosak'..maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak"
-H.R Muslim-
"mereka berfatwa tanpa ilmu,mereka sesat dan menyesatkan orang lain"
-H.R Muslim-

*saudaraku,aku tahu mungkin niat kalian baik..Kalian bukan jenis yang suka mengatakan banyak orang telah rosak..tetapi hanya dengan sedikit kelalaian,kalian telah pun melakukannya. Bukankah..berfikir sebelum membuat keputusan itu perkara yang sangat baik? Sabda rasulullah "berfikir dalam 1saat terlebih afdhal dari beribadat 70 tahun"


Si fulan 'B'
-sahabat yang baik adalah berkata yang benar bukan sekadar membenarkan kata2.
Sabda rasulullah "tangan yang diatas(memberi) lebih baik dari tangan yang dibawah(menerima)

*saudaraku..ketahuilah iktikad(pegangan)/iman tidak bOleh was2(50-50),iman ikutan juga tidak sah..iman mestilah dengan yakin.. ini cuma peringatan kerana aku tahu kalian cuma berhati2 malah mungkin saja kalian lah yang lebih faham lebih dari apa yang aku faham

si fulan 'C'
-ALLAH dan Rasul yg tahu..pada pendapat aku yang lemah mendapat pendapat,aku fikir apa pun jawapan kalian pasti tidak lari dan akan merujuk kembali kepada jawapan 'A' dan 'B'..kerana tiada tempat ketiga bagi makhluk,,cuma setuju @ tidak setuju,kaya@miskin,hidup@mati,islam@kafir...jika kita tidak dimasukkan ke dalam syurga,sudah pastinya kita akan dimasukkan ke dalam neraka dan tiada lg tmpat ketiga..


"ya memang benar ALLAH itu bukan adil..tahukah kalian apa yg bakal menimpa nasib kalian jika ALLAH itu adil??pastinya kalian akan sentiasa gelisah..
jika hari ini kalian diberi rezki..pastinya keesokkan harinya ALLAH akan mencabut rezki kalian itu kemudian diberikan lagi pada hari seterusnya kemudian dicabut lagi..@ tahun ini ALLAH beri rezki,tahun hadapan ALLAH akan mengambilnya kembali.. dan begitulah seterusnya yg berlaku pada 2 perkara yg brlawanan,pastinya sesuatu perkara tidak akan melebihi @ kurang dari sesuatu perkara yang berlawanannya..
Jika hari ini kalian sihat,esoknya pasti kalian sakit..
Pernahkah kalian lihat dilangit dan dibumi 2 perkara yg berlawanan berlaku dalam satu waktu yang sama?
Pernahkah kalian melihat seOrang yang mati jam 5petang dan pada jam 5petang dia hidup?pernahkah kalian memejam dan membuka mata dalam satu waktu yg sama??

saudaraku,ketahuilah ALLAH itu bukan adil tetapi ALLAH MAHA ADIL..ALLAH menciptakan RahmatNYA lebih luas dari KemurkaanNYA.. ALLAH memberikan nikmat penglihatan,pndengaran,percakapan kepada kita sejak dari kita lahir..tetapi sampai sekarang ALLAH belum mengambil kesemua nikmatNYA itu.. ALLAH memberi kesihatan yang panjang dan hanya sedikit kesakitan pada kita.. APAKAH KAMU TIDAK MAHU BERSYUKUR??
saidina umar pernah menanyakan pada sahabat beliau "nikmat apakah yg kamu nampak pada Org ini(iaitu Org yg pekak,bisu,buta dan berpenyakit)..?? sambung beliau(umar) "tidakkah dia membuang air kecil dan besar dengan mudah?"

"islam bermula dengan dagang(asing).Dan ia akan kembali dagang.Maka beruntunglah orang2 yg asing"
-H.R MUSLIM-

semoga kita semua tergolong dalam golongan yang dagang itu..amin,,

hamba yang dhaif ini ingin memohon maaf jika ada apa2 salah dan silap sepanjang kita bermuzakarah.. jika kalian ada apa2 nak tambah atau nak di perbetulkan sangat di alu2 kan..
yang baik itu dari ALLAH,yg tak baik pun dari ALLAH yg telah dizahirkan keatas diriku.. Oleh itu jika ada apa2 kesalahan katakan ia dari kelemahanku kerana ALLAH tidak pantas dipersalahkan..

Hasil nukilan daripada sahabatku,Muhammad Islam....

0 comments: