Thursday, April 29, 2010

~ Wajah Suci Itu ~



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Ke hadapan sahabat-sahabat perjuanganku sekalian..
pada detik ini..tanpa kita sedari..zina telah berlaku secara berleluasa..
tanpa kita sedari..dalam masa beberapa minit..sudah berapa ramaikah yang sudah melakukannya...
tanpa kita sedari..dalam masa beberapa minit..berapa ramaikah bayi luar nikah yang sudah dilahirkan....
apakah punca berlakunya semua ini ? tertanya di benakku...
jikalau dikaji...banyak faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku..dan saya menganggap semua sahabat-sahabat sudah dapat memahami dan berfikir apakah jawapannya...
Keimanan yang utuh diperlukan bagi melawan hawa nafsu..bahkan jihad nafsu lebih sukar sekali daripada berjihad di medan perang..
Kita yakin bahawa setiap orang yang berzina pastu akan dihukum dengan Hududullah (Hukum ALLAH), tetapi kenapa kita masih melakukannya..??? tidakkah kita malu pada ALLAH ?




Namun,saya menyeru kepada semua sahabat-sahabat yang di luar sana..sama-samalah kita menjaga keimanan kita...
Iman ini punyai kemanisan..jikalau hilang kemanisannya..maka hilanglah imannya..
Marilah kita sama-sama hayati lirik lagu ini..tanda tazkirah dan peringatan kepada kita..

Wajah Suci
Album : TigaSatuTiga
Munsyid : Mestica

Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
SAyu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina

Kesimpulan : Setiap anak Adam pasti melakukan dosa..dan sebaik-baiknya ialah bertaubat..

0 comments: